Tuesday, 28 May 2013

.. sayang abah kerana Allah ..

assalamualaikum..

lama sangat dah tak menjengah ke sini.. bukan tak tahu ape nak tulis.. si murai tercabut ekor macam saya ni memang takkan pernah kering idea untuk bercakap atau menulis.. tapi entahlah.. bukan entah.. cuma terlalu sibuk sangat kebelakangan ni.. sekarang semuanya sudah selesai.. cuma mengira hari-hari terakhir kat upsi ni sambil tunggu final exam.. saya dah start fikir apa nak buat sempena cuti lama sebelum posting ni.. macam-macam plan ada.. nak kerja.. nak lepak kat rumah je.. or nak buat bisnes.. haa nak tahu!.. masa dalam kereta ngan mak n abah mase g hantar abah mengurut sebab abah sakit urat hari tu.. abah ade cakap macam gini lebih kurang -----> " kaklong tak payah keje lah.. tak payah buat apa-apa.. duk kat rumah je tolong mak ye.. nanti dah posting dah takde mase lagi nak bersama keluarga lagi dah.." oh abah...... abah sayang sangat kat anak-anak dia.. kalau mak marah or berleter kat anak-anak nanti abah akan back up n suh mak jangan marah dah.. 

abah....... tak sabar nak kerja.. nak suh abah berhenti semua kerja n dok kat umah je.. bia kaklong je sara abah pulak.. in shaa Allah.. ya Allah.. sayang sangat kat abah.. abah lelaki pertama dalam hati kaklong selepas Allah dan Rasulullah.. Mr YY tu letak lepas abah.. syuhh main jauh-jauh.. hehe.. apepun abah.. kaklong janji akan jadi anak yang solehah.. solehah kerana Allah.. dan nak jadi kebanggaan abah di dunia dan akhirat.. kaklong tengah usaha ni abah.. setiap hari kaklong usaha.. sebab kaklong tahu kaklong banyak kurang.. banyak dosa.. banyak yang kena baiki.. takpe abah.. kaklong takkan pernah berhenti untuk berusaha jadi lebih baik.. jadi hamba Allah yang lebih baik.. jadi anak abah yang terbaik.. semoga kaklong akan jadi anak abah yang mampu membantu abah menempah tiket ke syurga... kat syurga nanti kaklong nak bersama abah lagi.. dengan semualah.. dengan mak n adik-adik... Allah....... bila cakap lebih-lebih mesti nak touching..... T_T dah dah cukup.. taknak tulis lagi.....



aku mencintaimu kerana Allah duhai abah..

Thursday, 16 May 2013

~ my baby ~


Assalamualaikum.. buat pertama kalinya dalam hidup saya, family saya bela kucing.. dulu, abah tak bagi sebab kami adik beradik ada asma.. tapi sekarang abah bagi.. alhamdulillah.. hoo yeahh.. epi sangat..dan inilah baby saya..baby girl tapi perangai macam bad boy..memang trouble maker kat rumah.. menambah jumlah 2 orang yang dah sedia ada.. hehe.. ada sekor lagi.. mak pada baby ni.. abah bagi nama kat mak dia "SITI ZUBAIDAH".. ahaha.. nak gelak guling-guling dengar nama tu.. apa motifnya.. btw nama mak saya ZUNAIDAH.. haha.. so korang fikirlah sendiri nape abah bagi nama tu.. ow baby baby baby.. geram  tengok gelagat dia.. nakal sangat.. sangat sangat.. bila kena marah merajuk pastu tidur! nais trick huh? rinduuuuuuuuuuuuunyeeee kat dia.. baru saya rasa macam mana sayang kat kucing.. dulu saya memang suka kucing tapi tak pernah bela.. so.. tak tahu.. hamek sekarang... bila jauh-jauh ni rindu sangaattt.. kalah pulak rasa rindu pada family.. haaa.. saya alah bulu kucing.. tapi tak kira.. memang dok cium-cium dia ni je.. lepas cium bersin-bersin.. tak duli.. skang nak dedicate satu corus lagu kat baby meow saya ni.. ehemm.. TERUS TERANG.. AKU MERINDUKANMU.. SETENGAH MATI MERINDU.. TIADA HENTI MERINDUKANMU.. hummm.. siyes rindu sangat.. tak sabar nak balik jumpa dia.. heeee.. oklah.. setakat tu jek tentang baby meow.. nnti update lagi.. lepas ni saya nak bela benda ni lak.......








































wow.. terkesima!! kamu sangat cantik duhai merak..

tapi sorry..

Allah lagi cantik.. Allah Maha Cantik.. 

~ LOV3 ALLAH~


~ Islam is the way of life ~


tepat dan tak dapat disangkal..

Alhamdulillah..

saya sedang cuba dan berusaha sungguh-sungguh untuk hidup sebagai seorang Islam yang sebenar..

semoga Allah redha..

aamiin ya Rabb..



Sunday, 5 May 2013

~ silakan buat maksiat ~


Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.”
Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka bolehlah kamu melakukan maksiat.”
Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”
Ibrahim bin Adham berkata, “Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.”
Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?”
“Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?”
“Yang kedua,” kata Ibrahim, “Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!”
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.
Ibrahim kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya?”
“Ya! Anda benar.” kata lelaki itu.
Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, “Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!”
Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?”
“Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim.
Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan,“Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya; Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh.”
Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?”
“Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”
“Baiklah, apa syarat yang kelima?”
Ibrahim pun menjawab, “Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.”
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.”
Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. “Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah.” Katanya sambil teresak-esak.

Friday, 26 April 2013

.. berkecamuk ..

Salam alaikum..

fikiran berkecamuk.. sangat risau dengan latihan ilmiah.. 6 jam kredit kot.. memberi impak yang sangat besar dalam pointer sem ni.. hmmmm.. dengar tajuk kawan-kawan.. gempak giler.. merasakan tajuk sendiri, suam-suam kuku je.. dengan penulisan yang seakan kurang powernya.. kadang-kadang black out dari sebarang idea.. nak nanges pun ada.. kuatkan hati.. cuba untuk cekal.. apa pun usaha usaha dan usaha.. pasti ada cahaya kepada setiap yang tak berputus asa.. dalam ketakutan dan kerisauan yang memuncak.. pujuk hati.. Dia ada bersama.. Dia ada bersama.. hasbunallahu wa nik mal wakil.......... bila dah usaha.. berdoalah dan tawakal.. serah semua padaNya.. in shaa Allah.. Dia akan berikan yang terbaik dan selayaknya.. aamiin~ 

.. gila pujian ..


Jendela Hikmah: Rasulullah berpesan hati-hati beri, terima pujian

Oleh Prof Madya Maznah Daud

SUKA dipuji dan memuji diri sendiri adalah sifat mazmumah yang membuahkan sikap riak. Sebenarnya yang layak dan berhak dipuji hanyalah Allah. Inilah maksud dalam surah al-Fatihah: “Segala puji hanya untuk Allah, Pencipta dan Penguasa seluruh alam.” (Surah al-Fatihah, ayat 2)
Segala yang kita kagum dan takjub semuanya rekaan Allah Yang Maha Bijaksana termasuklah diri dan segala kepakaran serta kebolehan yang ada pada kita. Justeru, di mana letaknya kewajaran dibuai perasaan bangga dan bahagia apabila mendapat pujian yang belum teruji keikhlasannya?
Memuji Allah dengan lafaz ‘Alhamdulillah’ mengandungi pengiktirafan akan Kebesaran, Keagungan, Kesempurnaan zat dan sifat-Nya. Di samping itu, ia juga mengandungi pengertian kesyukuran tulus ikhlas di atas segala nikmat-Nya yang tidak terkira.
Memuji Allah adalah satu ibadat dan Allah sangat suka kepada hamba yang memuji-Nya. Jabir bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Zikir yang paling afdal ialah ‘LailahaillaAllah’ dan doa yang paling afdal ialah ‘Alhamdulillah’.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)
Anas bin Malik meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Di kala Allah menganugerahkan satu nikmat kepada seseorang hamba, lantas hamba itu menerimanya dengan ucapan ‘Alhamdulillah’ maka ‘Alhamdulillah’ yang diucapkan itu lebih baik daripada nikmat yang diterimanya.” (Hadis riwayat Ibn Majah)
Daripada Abdullah bin Umar, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila seseorang hamba berkata, “Wahai Tuhanku, untuk-Mu saja segala pujian yang selayaknya dengan keagungan wajah-Mu dan kebesaran kekuasaan-Mu, dua malaikat terpinga-pinga, tidak tahu apa yang hendak dicatatkan. Lalu kedua-duanya segera menghadap Allah dan berkata: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya seorang hamba-Mu mengungkap satu ucapan yang kami tidak mengetahui bagaimana menulis pahalanya. Allah bertanya apakah ungkapan itu sedangkan Dia sudah mengetahuinya. Maka malaikat itu menyebut ungkapan yang didengari. Allah berfirman kepada kedua-duanya: Kalian berdua tulislah apa yang diucapkan oleh hamba-Ku itu. Apabila tiba waktu dia kembali menemui-Ku nanti Aku akan memberinya ganjaran yang sesuai dengan ucapannya itu.” (Hadis riwayat Ibn Majah)
Diriwayatkan, Rasulullah SAW mendengar seorang lelaki memuji seorang lelaki lain, lantas Baginda SAW bersabda yang maksudnya: “Malang kamu! Sesungguhnya kamu sudah memotong lehernya! Kemudian Baginda SAW menambah: “Sekiranya seseorang daripada kamu tidak dapat mengelak daripada memuji temannya maka hendaklah dia berkata, saya kira begini, jangan sekali-kali dia menyucikan seseorang mengatasi Allah.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Muawiyah berkata bahawa Rasulullah SAW jarang sekali meninggalkan pesanan ini di dalam khutbah Jumaatnya: “Sesiapa yang Allah kehendaki kebaikan untuknya, diberinya kefahaman yang mendalam mengenai agama. Sesungguhnya harta itu manis lagi menawan. Sesiapa yang mengambilnya dengan cara yang benar, diberkati padanya. Berwaspadalah kamu daripada perangai puji memuji. Sesungguhnya pujian itu adalah sembelihan.” (Hadis riwayat Ahmad)
Namun kita perlu bezakan antara memuji (ada udang sebalik batu) dengan memberikan pengiktirafan dan penghargaan. Memberikan pengiktirafan dan penghargaan digalakkan bertujuan memberi galakkan, melebarkan silaturahim dan mengeratkan kasih sayang. Nawaitu perlu dijaga sepanjang waktu.
Kita juga dilarang memuji diri sendiri dan menyebut kebaikan diri. Firman Allah yang bermaksud: “Tidakkah engkau perhatikan (dan merasa pelik wahai Muhammad) kepada orang-orang yang membersihkan (memuji) diri sendiri? (Padahal perkara itu bukan hak manusia) bahkan Allah jugalah yang berhak membersihkan (memuji) sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan syariat-Nya); dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasan mereka) sedikitpun.” Surah an-Nisaa, ayat 49)
Menurut al-Hasan dan Qatadah, ayat ini mengenai Yahudi dan Nasrani yang mendakwa mereka adalah anak Allah dan kekasih-Nya. Mereka juga berkata: “Tidak sekali-kali akan masuk syurga melainkan orang-orang yang beragama Yahudi atau Nasran. Yang demikian itu hanyalah angan-angan mereka saja. Katakanlah (wahai Muhammad): “Bawalah ke mari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar.” (Surah al-Baqarah, ayat 111)
Al-Miqdad bin al-Aswad berkata Rasulullah SAW memerintahkan kami supaya menabur pasir ke muka orang yang suka memuji diri.” (Hadis riwayat Muslim)
Terkesan dengan tarbiah al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW, Umar bin al-Khattab pernah berkata: “Sesungguhnya perkara yang paling aku takuti menimpa kamu ialah kagum kepada buah fikiran dan diri sendiri. Sesiapa yang mendakwa dia orang yang beriman, maka sebenarnya dia kafir. Dan sesiapa yang mendakwa dia orang yang berilmu, maka sebenarnya dia jahil. Dan sesiapa yang mendakwa dia ahli syurga, maka sebenarnya dia ahli neraka.” (Hadis riwayat Ibn Marduwaih)
Artikel disediakan dengan kerjasama wanita JIM. Penulis boleh dihubungi di emel wanitajim0@yahoo.com

Thursday, 25 April 2013

~ kek kukus coklat cheese ~

assalamualaikum.. ermmmmm.. malam-malam buat perangai.. walau keje melambak nak update juga.. kali berbeza sikit.. nak update pasal resepi.. belum pernah cuba lagi.. tapi nak letak kat sini.. nanti boleh buat.. saya suka kek coklat cheese.. dia suka.. mereka suka.. yeay! semua pun suka! so, letak resepi ni dalam blog.. bila nak buat nanti buka blog sendiri.. senang.. hehe.. ehemm jom mulakan ~





Bahan-bahannya..



bahan A


1 cawan gula*
1 cawan susu cair *
1 cawan koko*
1/2 cawan susu pekat*
1 cawan minyak*

bahan diatas campur semuanya n masak atas api n kacau sampai sebati siap tutup api n ketepikan biar sejuk



Bahan B
3biji telur (A)



Bahan C

1cawan tepung naik sendiri



Cara-caranya..



pukul bahan B sampai kembang n gebu n masukkan dlm bahan A kacau sebati n masukkan bahan C kacau sampai sebati n leh lah dikukus separuh dulu (AIR MESTILAH DIJMASAK DULU YA)lLoyang hendaklah disapu majerin n dialas kertas nak kukus dlm bekas kecil2 pn leh juga..



Sementara tunggu masak sediakan cream cheese..



Bahan-bahannya..


250gm cream cheese
60gm gula castur
25ml air biasa
25gm tepung gandum
1biji telur



Cara-caranya..



pukul bahan diatas kecuali telur sampai kembang n gebu n masukkan telur n pukul lagi.. siap.. bila bahan coklat dah masak masukkan, cheese sampai habis n kukus lagi sampai masak siap masukkan baki coklat tadi n kukus lagi sampai masak dah masak tunggu sejuk baru dikuarkan dari loyang..



nah.. sila amek sorang sepotong ye.. ^_^

ok tu je.. bunyinye sangat mudah kan.. semudah saat nak makan nanti.. tapi nak membuatnye nanti tak tahulah jadi x.. kek-kek biasa boleh juga saya buat.. yang ni belum pernah buat.. dan cara-cara nak buatnya lain dari segi urutan.. takpe.. nanti main belasah je.. jangan lupa selawat selalu.. in shaa Allah.. apa saja yang kita masak akan jadi sedapppp.. kerana ada cinta Allah dalamnya.. ni tips paling berharga.. silalah amalkan.. hehe.. rasanya cukup sampai sini ajelah.. mmm.. lepas ni nak update resepi red velvet pulak! oklah, nak sambung buat kerja.. semoga Allah mudahkan.. aamiin ~