Thursday, 14 February 2013

~ cinta awan dan hujan ~




"Hujan, tolong jangan pergi...” Kata Awan..
“Awan..., ada waktunya melepaskan itu lebih baik. Aku tidak sanggup melihatmu menanggung beban di dadamu hanya kerana tidak ingin aku pergi.”..Kata Hujan
“Tapi aku masih mampu...” Kata Awan..
Hujan tersenyum sambil berkata
“Ya, mungkin kau masih mampu.Tapi sampai bila kau akan mampu
bertahan?..”
Awan terdiam....
“Aku harus patuh pada perintah Tuhan. Dan kau pun harus akur
pada takdirNya. Dia tahu betapa beratnya kau menanggung beban, kerana itu Dia perintahkan aku untuk turun ke bumi membasahi hamparan ciptaanNya yang Maha Agong menyejukkan tanah-tanah gersang yang lebih memerlukan aku daripada kau perlukan aku.” Kata Hujan...
Didada Awan semakin sedih, kesedihan itu membuatkan jiwa Awan terlalu mendung...
“Wahai Awan..Sungguh, kadang-kadang melepaskan itu lebih baik walaupun saat itu terasa begitu berat sekali. Tapi, Allah kan ada,mengapa mahu bersedih?” Kata Hujan pada Awan...Hujan sebak menahan perasaan....
“Pergilah kau Hujan. Aku rela demi Tuhanku dan Tuhanmu Hanya demi Tuhanku aku redha..Terima kasih Hujan. Mendengar kata-katamu,aku lebih mengenal siapa diriku.” Kata Awan....
“Allahuuuuuu Rabbiiiiiiiiiiiiiii Selamat tinggal wahai Awan. Doakan aku bermanfaat untuk mereka yang lain...
Allahuakbar!!!!!!!!” Jerit Hujan bersama guruh berdentum kuat... Airmata Awan jatuh tanpa henti-henti kerana tersedar kembali lalu insaf kerana selama ini cintanya pada Hujan melebihi cinta pada Ilahi.Hujan pun turun bersama air mata. Sakit. Saat melepaskan. Tapi Allah lebih tahu segalanya. Perasaan ini hanya sementara. Mungkin Langit tidak akan mengerti akan kesakitan Awan dan Hujan. Langit hanya menyaksikan. Tapi belum tentu Langit itu faham pengorbanan. Awan, Hujan menghadiahkanmu Pelangi. 



Kamu lihat bukan?
Subhananllah... 

~ bagaimana keadaannya neraka? ~


Dari Anas bin Malik r.a berkata: Jibrail datang kepada Nabi Muhammad S.A.W pada waktu yang ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh Rasulullah S.A.W: “Mengapa aku melihat kau berubah muka?”. Jawabnya: “Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.”
Lalu Rasulullah S.A.W bersabda: “Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.” Jawabnya: “Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.
Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ke tujuh. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak,andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.”
Nabi s.a.w. bertanya: “Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?” Jawabnya: “Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya dibawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.” (Nota kefahaman: Iaitu yang lebih bawah lebih panas)
Tanya Rasulullah S.A.W: “Siapakah penduduk masing-masing pintu?” Jawab Jibrail: “Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafik dan orang-orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa a.s serta keluarga Firaun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang Musyrikin bernama Jahim. Pintu ketiga tempat orang Shobi’in bernama Saqar. Pintu keempat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum Majusi bernama Ladha. Pintu kelima orang Yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang Nasrani bernama Sa’eir.”
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah S.A.W sehingga ditanya: “Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?” Jawabnya: “Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari umatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat.” Maka Rasulullah S.A.W jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala Rasulullah S.A.W di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar Rasulullah S.A.W bersabda: “Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?” Jawabnya: “Ya, iaitu orang yang berdosa besar dari umatmu.”
Kemudian Rasulullah S.A.W menangis, Jibrail juga menangis. Kemudian Rasulullah S.A.W masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.
Dari Hadith Qudsi:
Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahariKu. Tahukah kamu bahawa:
Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai70,000 rantai
Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat



Sumber: Syahirul | Koleksi Bicara Agama Melayukini.net

Wednesday, 13 February 2013

~ celaru ~

Assalamualaikum..

masa terasa berlalu begitu pantas sedangkan kehidupan seakan begitu sukar berputar seperti roda yang berbentuk segi empat sama, tidak lagi bulat seperti biasa.. benak kian memprotes kerana terlalu sesak dengan banyak perkara.. lebih kepada perkara fana.. tetapi tidak mungkin sama sekali aku sisihkan Tuhanku.. kerana aku tahu betapa indahnya tawakal..

banyak perkara yang perlu diselesaikan dalam masa yang tak pernah tahu makna sabar.. masa tak mahu menunggu walau sedetik dan mustahil untuk menoleh, tidak sama sekali ingin bersimpati.. jadi apa yang harus dilakukan adalah mempercepatkan rancangan dan juga tindakan.. walau tak banyak boleh dibuat tetapi sekurang-kurangnya ada juga perkembangan..

berkenaan dengan diri yang masih bergelut dengan emosi dan situasi baru, memandangkan masih dalam usaha untuk istiqamah dalam penghijrahan.. tertanya pada diri, betulkah apa yang aku buat ni..? tidakkah aku berlebihan.. bertubi-tubi persoalan terbit menerjah dari minda sendiri, maka dengan itu jawapannya hanya ada pada empunya diri.. sendiri mau ingat.. lebih kurang begitulah..

syukur masih ramai yang menyokong setiap langkah yang diambil.. masih ada yang menegur supaya tidak terpesong daripada tujuan dan matlamat sebenar.. walaupun mungkin kadang-kadang banyak pula ujian yang mendatang, tetap cuba ditepis dengan iman yang masih senipis kulit bawang.. Allah, semoga Kau tambahkan iman dalam diri ini.. 

~ Wanita Berjaya Islamkan 7 Profesor Barat Hanya Dengan Jilbab ~


1: Ummu Abdul Aziz, begitulah wanita ini biasa disapa dalam hariannya. Suaminya seorang doktor yang tinggal di bandar Riyadh, Saudi Arabia.

2: Pada satu kesempatan, Ummu Abdul Aziz harus menyertai suaminya untuk menghadiri salah satu persidangan perubatan yang diadakan di salah satu negara Eropah. Dengan langkah pasti ia iringi keberangkatan sang suami. Ya, ia sedar sekali bahawa Tuhan yang selama ini ia sembah di negaranya tak lain adalah Tuhan yang akan ia jumpai di negera Eropah tersebut. Tuhan yang satu, Allah. Demikian pula halnya kaum Lelaki yang ia jumpai nya di negara asalnya, Arab Saudi. Oleh kerana itu, sebaik tiba di negara destinasi, keadaannya tidak berubah sedikitpun.

3: Komitmen untuk sentiasa melaksanakan segala perintah Tuhannya ia selalu pegang dengan baik. Hal ini nampak kelihatan jelas dari cara ia berpakaian. Potongan kain yang dikenakannya menutupi seluruh anggota tubuhnya .. Ya Ummu Abdul Azis mengenakan pakaian secara lengkap sehingga tidak tak sedikitpun anggota tubuhnya yang boleh terpandang mata, walaupun ia berada di kawasan Eropah yang serupa dengan mode-mode pakaian masa kini.

4: Oleh kerana itu wajar apabila masyarakat Eropah yang menjumpainya merasa hairan dengan pemandangan yang sangat asing seperti yang ia tampakkan. Ia pun mula menjadi pusat perhatian, seakan-akan bertanya ‘”Makhluk apakah yang ada di balik kain hitam ini?” Benar-benar pemandangan yang sungguh aneh bagi mereka.

5: Pada suatu hari, beberapa wanita Eropah berkumpul mendatanginya. Rata-rata mereka adalah para profesor yang boleh dikatakan sudah cukup berumur. Dialogpun akhirnya berlangsung di antara mereka (Qadaralllah ummu Abdul Aziz mampu berbahasa Inggeris). Dengan begitu beraninya salah seorang daripada mereka mengajukan sebuah soalan, “Kamu pasti kelihatan seperti ini hanya untuk menyembunyikan kecacatan yang ada di tubuh kamu bukan? Atau mungkin sekadar menutupi wajahmu yang nampak tidak cantik??

6: Ya kiranya anggapan seperti itulah yang tertanam di benak mereka selama ini terhadapnya. Ummu Aziz terus membawa mereka ke salah satu sudut bilik, lalu membuka cadar yang selama ini menutupinya wajahnya. Ternyata ia nampak seperti wanita normal pada umumnya, tanpa ada cacat sedikitpun sebagaimana dugaan mereka. Bahkan mungkin parasnya lebih cantik dari wanita biasanya, insya Allah. Kesempatan ini tentu tidak ia biarkan berlalu begitu sahaja tanpa menyampaikan sesuatu kebenaran.

7: Setelah memperlihatkan wajahnya, Ummu Abdul Aziz terus bermula masuk ke pembicaraan asas. Ia jelaskan kepada mereka bagaimana Islam meletakkan wanita. Ia paparkan sejauh mana penghormatan agama Allah ini terhadap kaum Hawa selain ia berikan gambaran tentang ajaran agama Islam secara umum.

8: Tahukah apa yang berlaku selepas itu? Ya setelah tiga jam berlalu, sebanyak tujuh dari sepuluh Professor wanita tadi terus mengikrarkan keislaman mereka! Tak lain kerana Ummu Abdul Aziz atas izin Allah! Bayangkan tujuh orang Professor masuk Islam hanya dalam tempoh tiga jam selepas melakukan dialog.

9: Sebagai seorang muslimah Ummu abdul Aziz tidak merasa kecil sehingga menjadi asing dengan ajaran agamanya Kehadirannya di negara pengusung faham liberalisme yang jauh dari sistem nilai sosial tersebut. Ia tetap berpakaian muslimah sejati dan tidak mempengaruhinya untuk berganti pakaian ketat dengan hiasan murahan di sana-sini seperti perhiasan kejahiliyahan layaknya barangan murahan.

10: Tujuh orang professor wanita menyatakan keislaman mereka. Allah pun meninggikan darjat mereka dengan agama ini. Agama yang selama ini menjadi satu kebanggaan tersendiri bagi peribadi seperti Ummu Abdul Aziz. Akhirnnya dari seorang muslimah yang berusaha untuk mengajak umat ini kepada jalan Allah. Ia fungsikan dirinya sebagai media turunnya hidayah bagi siapa yang Allah kehendaki.

~ kopi dan solat ~

Assalamualaikum..

dalam pukul 10 lebih malam, perut rasa lapar.. tekak rasa lain macam.. terus bangun bancuh air koooppiiii.. alhamdulillah rezeki dari Allah.. dan perantaraannya adalah mak dan abah.. baru semalam sebut.. '' mak, dah lama tak minum kopi.. rindu pulak..'' hari ni balik dari pasar tengok mak ada belikan.. 

selepas habis 1 gelas, maka tibalah waktu untuk tidur.. tapi malam ni rasa lain dari kebiasaannya.. macam susah nak lelap.. kenapa ni.. fikir punya fikir.. oh patutlah.. (berbalik pada kisah di atas).. 

ok mungkin patut buat sesuatu untuk pujuk mata ni.. buku mana buku? muka buku ke buku lali? atau sebuku penumbuk..? haha.. then baca buku barang sebaris dua.. tentang solat.. sangat menarik.. cara-cara macam mana nak khusyuk solat.. dah baca tadi, tapi baca lagi untuk lebih faham.. gementar bila baca.. tetiba, tertanya pada diri.. '' dalam seumur hidup ini pernah ke aku khusyuk dalam solat..?'' Allah.. bertambah gementar.. memang bukan menjadi hak kita untuk menghukum segala amalan kita sama ada diterima oleh Allah atau tidak.. tetapi kita yang melakukan.. mesti kita tahu, kita dah buat sehabis baik atau tidak kan.. dalam kegelisahan saya memilih untuk bersangka baik pada Allah.. dan akan berusaha memperbaiki mutu solat saya.. jom sama-sama kita..

buku yang saya baca ni sangat-sangat lah menarik.. nipis je tapi faedahnya melimpah ruah, banyak perkara menarik tentang solat yang membuat saya sangat terpegun.. in shaa Allah, saya akan kongsikan suatu masa nanti..

rasanya saya patut berhenti sekarang.. nak tidur jugak nak tidur jugak.. tapi sebelum tu nak bagi sedikit kata-kata.. 

'' sedap yang kita rasa bukan datang dari apa yang kita minum atau makan, tetapi datang dari nikmat yang dipinjamkan oleh Tuhan..''

'' solat itu bukan sekadar-kadar, solat adalah pengabdian dan rasa kehambaan kepada Allah Taala.. solat menghalang kita daripada melakukan sebarang kemungkaran.. jika kita sudah solat tetapi masih lakukan perkara yang terlarang, maka semak kembali solat kita dan segala perkara yang bersangkutan dengannya..''

semoga Allah redha kepada semua umat Islam di seluruh dunia.. dan memberikan hidayahnya kepada yang belum Islam.. Aamiin ~







Tuesday, 12 February 2013

~ monolog ~


Assalamualaikum.. dah lama juga saya tak update blog ni.. tak ada alasan yang baik yang boleh saya berikan melainkan.. agak tak berapa ada mood nak menulis.. walhal tak ada sebarang kekangan pun.. masa ada.. idea berlambak.. line internet laju semacam je.. ah, manusia punya banyak alasan kan..

adakah saya tercicir ditinggalkan waktu..? MasyaAllah.. dunia tetap beredar seperti biasa.. tiada ada yang mampu melengahkan.. seiring berputarnya waktu, mungkin ada beberapa perubahan yang berlaku.. tiada manusia yang sentiasa akan kekal di takuk lama.. sama ada menjadi lebih baik atau sebaliknya.. manusia selalu berubah seiring dengan fitrah..

sedang saya terleka, rupa-rupanya, usia sudah pun menginjak dewasa.. jika usia semakin menua, bagaimana dengan yang lainnya.. akal, pemikiran, sikap, watak, iman, akidah, akhlak, prinsip pegangan hidup dan seumpamanya.. adakah bertambah baik setelah menelan begitu banyak pengalaman..? atau tetap begitu tanpa sebarang penambahbaikan.. 

banyak yang saya fikir.. walau naluri berbisik, fikir sahaja tak guna jika tak dilaksana.. masa depan, kerjaya, rumah tangga, iman  dan amal ibadah kepada Allah, adakah seperti yang diingini..? sungguh kotak minda ini tak pernah sunyi daripada memikirkan sebarang kemungkinan.. cerahkah..? atau kelabu asapkah? atau mungkin gelap pekat seperti malam tanpa bulan dan bintang.. tak mengapa, lampu minyak tanah kan ada.. kalau nak moden sikit, torchlight kan ada.. tak bukan begitu.. yang paling penting, Dia ada pada setiap ketika..

keadaan sekeliling semakin menakutkan.. manusia tidak lagi seperti manusia.. adakah kita benar-benar manusia..? ramai antara kita yang hidup dalam kepura-puraan.. nak tipu siapa..? mungkin diri sendiri.. hidup dalam keadaan berkeluh kesah.. entah kepuasan jenis apa yang di cari.. hentikan semua ni.. jom sama-sama menuju Maha Pencipta dan Pemilik abadi..

tak ramai yang akan faham.. melainkan mereka yang benar-benar mahu memahami.. wallahua'lam ~


menongkah arus kehidupan.. semoga tak tergelincir dari landasan..

Sunday, 27 January 2013

~ Kisah Benar Seorang Pemuda Arab Yang Menimba Ilmu Di Amerika ~




Ada seorang pemuda arab yang baru saja menyelesaikan pengajiannya di Amerika.Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi keistimewaan oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan ia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang juru dakwah Islam. Ketika berada di Amerika, ia berkenalan dengan salah seorang Nasrani.Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah SWT memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas berhampiran dengan sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut itu meminta agar ia turut masuk ke dalam gereja. Dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri bagi memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di ketika itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini." Pemuda arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Pendeta tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya.Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya." Barulah pemuda ini berganjak keluar. Di tepi pintu dia bertanya kepada sang paderi, "Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang muslim." Pendeta itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu." Kemudian dia berganjak hendak keluar, namun sang pendeta ingin memanfaatkan kewujudan pemuda ini, iaitu dengan mengajukan beberapa soalan, tujuannya bagi memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan anutannya.Pemuda muslim itupun menerima cabaran debat tersebut.

Sang pendeta berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 soalan dan anda harus menjawabnya dengan tepat." Si pemuda tersenyum dan berkata, "Sila!
Sang paderi pun mulai bertanya

Sebutkan satu yang tiada duanya,

dua yang tiada tiganya,

tiga yang tiada empatnya,

empat yang tiada limanya,

lima yang tiada enamnya,

enam yang tiada tujuhnya,

tujuh yang tiada lapannya,

lapan yang tiada sembilannya,
sembilan yang tiada sepuluhnya,

sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh,

sebelas yang tiada dua belasnya,

dua belas yang tiada tiga belasnya,

tiga belas yang tiada empat belasnya.

Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh!

Apa yang dimaksudkan dengan kubur berjalan membawa isinya?

Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyu-kainya?

Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!

Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan apidan siapakah yang terpelihara dari api?

Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yg dia azab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?

Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar!

Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari? "

Mendengar soalan tersebut pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah. Setelah membaca basmalah berkata

Satu yang tiada duanya ialah Allah SWT.

Dua yang tiada tiganya ialah malam dan siang. Allah SWT berfirman, "Dan Kami jadikan malam dan siang

Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.

Lima yang tiada enamnya ialah solat lima waktu.

Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah hari ketika Allah swt menciptakan makhluk.

Tujuh yang tiada lapannya ialah langit yang tujuh lapis. Allah SWT berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).

Lapan yang tiada sembilannya ialah malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah SWT berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada dipenjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu lapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).

Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa: tongkat, tangan yang bercahaya, angin taufan, musim kemarau, katak, darah, kutu dan belalang dan *

Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah kebaikan. Allah SW berfirman, "Sesiapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali ganda." (Al-An'am: 160).

Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah saudara-saudara Yusuf.

Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air bagi kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu terpancutlah dari padanya dua belas mata air. "(Al-Baqarah: 60).

Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah saudara Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah SWT ber-firman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing." (At-Takwir: 18).

Kuburan yang membawa isinya adalah ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam syurga adalah saudara-saudara Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf pada berhampiran dengan barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala." Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, "tak ada cercaan terhadap kamu." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara keldai. Allah SWT berfirman, "Sesungguhnya seburuk-buruk suara adalah suara keldai." (Luqman: 19).

Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, unta Nabi Shalih dan kambing Nabi Ibrahim.

Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah SWT berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya ': 69).

Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ash-habul Kahfi (penghuni gua).

Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah tipu daya wanita, sebagaimana firman Allah SWT, "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu amat besar." (Yusuf: 2).

Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 pada bawah teduhan dan dua pada bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah tahun, ranting adalah bulan, daun adalah hari dan buahnya adalah solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan pada malam hari dan dua di siang hari.

Pendeta dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut.Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia membatalkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu soalan sahaja. Permintaan ini disetujui oleh sang pendeta.Pemuda ini berkata, "Apakah kunci syurga itu?" Mendengar soalan itu lidah sang pendeta menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rona wajahnya pun berubah. Ia berusaha menyembunyikan kekhuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir pada gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, "Anda telah melemparkan 22 soalan kepadanya dan semuanya dia jawab sementara dia hanya memberi satu soalan tetapi anda tidak mampu menjawabnya!" Paderi tersebut berkata, "Sungguh aku mengetahui jawapan dari soalan tersebut, namun bimbang kalian marah." Mereka menjawab, "kami akan jamin keselamatan anda. "Sang paderi pun berkata," Jawapannya ialah: Asyhadu La Ilaha Illallah wa asyhadu anna Muhammadar Rasulullah.