Wednesday, 24 April 2013

~ Ya Allah ~

Ya Allah..
sungguh..
mujahadah itu pahit..
Ya Allah..
sungguh..
istiqamah itu perit..
tetapi demiMu Ya Allah..
aku akan cuba bertahan..
sehingga tiba saat nyawaku di kerongkong..
menanti saat bertemuMu dengan senyuman manis.. 
aamiin Ya Rabb ~

Wednesday, 17 April 2013

~ duhai lelaki.. kencing duduk tak membuat kamu menjadi pondan apetah lagi jadi perempuan ~


KENCING BERDIRI PENYEBAB SIKSA KUBUR |  AIR KENCING PENYEBAB SIKSA KUBUR.
Bacalah Sejenak Artikel Ini, kerana artikel ini adalah sebuah nasihat untuk kita semua.
Wahai Saudaraku Se-Iman Dan Se-Islam..
Hati-hatilah dalam membuang air kecil, kerana banyak orang tersiksa di dalam kubur akibat air kencing tersebut.
Rasulullah saw menasihati kita.
Bersabda rasulullah saw : ”Hati-Hatilah dalam membuang air kecil (air seni) kerana banyak orang tersiksa di dalam kubur kerana tidak berhati-hati dalam membuangnya”.
Untuk itu berhati-hatilah dalam membuang air kecil. Saya temukan banyak sekali dalam kalangan lelaki yang membuang air kecil dengan cara berdiri.
Saya sendiri pernah melihat teman saya yang membuang air kecil dengan cara berdiri, kerana ada saat itu saya tidak sengaja melihatnya. Setelah ia selesai dengannya,
Lalu saya bertanya kepadanya :

”Wahai temanku, janganlah engkau kencing dengan cara berdiri kerana banyak orang tersiksa dalam kubur gara-gara tidak berhati-hati dalam membuang air kecil, dan allah swt melaknat orang yang kencing dengan cara berdiri, Kencinglah dengan cara mencangkung agar air seni itu tidak melimpah ke mana-mana.
Iya menjawab :
hai temanku, kencing dengan cara mencangkung itu bagi perempuan, nanti aku jadi perempuan lagi…
Inilah jawaban temanku itu.
Astaghfirullah, ­Sesungguhnya jika ia tahu akan siksa kubur itu, nescaya iya tidak akan kencing dengan cara berdiri. Kencing dengan cara berdiri akan membuat air kencing itu memancut dan mencurah ke mana-mana.
Air seni yang terkena pakaian maka akan menjadi najis baginya. Dan jika iya melaksanakan solat, pastilah solatnya takkan diterima allah swt.
”Allah swt tidak akan menerima shalat seseorang, kecuali dalam keadaan bersih” (Hadist Riwayat at-Thabrani dan Al-Hakim).
Oleh sebab itu janganlah biasakan kencing dengan cara berdiri. Kencing dengan cara berdiri adalah perbuatan orang nasrani. Janganlah engkau mencontohi gaya hidup mereka. Kerana gaya hidup mereka semuanya tidak ada yang berpahala, bahkan mendapat dosa.
Oleh sebab itu kita dilarang kencing dengan cara berdiri. Ingatlah bahwa kebersihan itu sebagian dari iman. Sebuah pesan (Nasihat) untuk terkasih. Dari kekasih untuk yang terkasih. Perkataan baik itu datangnya hanya dari allah, dan perkataan yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri dan kekurangan saya dalam menuntut ilmu agamanya Allah swt..
Subhanallah Wabihamdih Subhanakallah humma Wabihamdika Asyhadualla Ilaa Hailla Anta Wa’astaghfiruka ­ Wa’atubu ilaik
JIKA BERMANFAAT, SILA SEBARKAN WALAUPUN SATU AYAT!
Sabda Rasulullah SAW ;
“Siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang membaca mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada.”(HR. Muslim)

Monday, 15 April 2013

~ tolonglah jangan ~


JANGAN dalam Islam dari Ustaz Don.


- JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.

- JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

- JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna

- JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

- JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.

- JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

- JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

- JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.

- JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.

- JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.

- JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.

- JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

- JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.

- JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

- JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

- JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.


ALLAH lebih tahu. Wallahualam.. 

Thursday, 11 April 2013

~ DBP aku datang lagi ~

esok akan ke DBP.. semoga Allah merahmati perjalanan.. dan semoga Allah redha.. aamiin..


Wednesday, 10 April 2013

~ RAHSIA SURAH AL-KAUTSAR ~



BISMILLAHI RAHMANI RAHIM
INNA A'TTOINA KALKAUTSAR 
FADSALLILI ROBBIKA WANHAR
INNA SYAANIAKA HUAL AB TAR

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di makkah dan bermaksud sungai di surga.kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati nabi muhammad kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi yaitu anak lelakinya ibrahim dan bapak saudaranya abu thalib.

Berbagai khasiat terkandung di dalam surah ini boleh di amalkan:-

♥ baca surah ini ketika hujan turun dan berdoa, mudah-mudahan allah s.w.t memakbulkan doa kita.

♥ jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosokan di keher, insya allah hilang dahaga

♥ jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bangkak sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata

♥ jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x muda-mudahan allah s.w.t bagi ilham kepada kita dimana letaknya sihir itu

♥ jika membacanya 1, 000x rezeki kita akan bertambah

♥ jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan sholat

♥ jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, allah s.w.t akanmemberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi..


~ semuanya dengan izin Allah ~

~ please stay strong ~


ketahanan mental, fizikal dan emosi sedang diuji..
T_T
Allahu Allah..
hanyalah Engkau sumber kekuatanku..

NURUL JANNAH ZAKARIA..

PLEASE STAY STRONG..

ALLAH WITH YOU..


Monday, 8 April 2013

~ kenapa ikan tiada lidah? ~



Rasulullah SAW bersabda : “Sejahat-jahat manusia pada Hari Kiamat nanti ialah orang yang bermuka dua.Barangsiapa bermuka dua di dunia maka di hari kiamat kelak akan mempunyai dua lidah dari lidah api neraka jahanam.”
Sabda Rasulullah SAW lagi :”Tidak masuk syurga orang yang suka membesar-besarkan cerita.” Apabila di tanya apa hikmahnya.Baginda SAW menjawab ;”Sesungguhnya Allah SWT telah mencipkan semua makhluk itu mempunyai lidah,sama ada yang boleh berkata-kata ataupun tidak boleh berkata-kata.”
Salah seorang sahabat pun bertanya,”kenapa ikan tidak mempunyai lidah?”
Sabda Rasulullah SAW :” Setelah Allah selesai menciptakan Adam a.s maka diperintahkan sekelian Malaikat agar tunduk sujud kepadanya.Semua Malaikat patuh kecuali Iblis laknat.Oleh kerana iblis enggan sujud, maka Allah melaknatnya serta mengusirnya dari syurga dan di hapuskan rupanya yang elok itu lalu di hantar ke bumi.
Apabila diturunkan ke bumi, iblis terus menuju ke laut dan pertama yang di jumpainya ialah ikan.Iblis pun menceritakan keburukkan dan kekurangan Adam a.s kepada ikan katanya ” sesungguhnya Adam itu amat suka memburu dan membunuh binatang -binatang yang ada dilautan dan didaratan.”
Apabila ikan mendengar kata-kata iblis itu ia pun segera menghebahkannya kepada binatang laut yang lain berita tentang Adam a.s.Oleh kerana Allah tidak menyenangi perbuatan ikan inilah lalu dihilangkan lidah ikan agar tidak lagi dapat menyampaikan berita yang tidak sebenarnya.”
sumber : myberita.com