Sunday, 23 September 2012

~ pemilik cintaku selepas Allah dan Rasul ~

assalamualaikum.. Dengan izinNya.. kali ini saya ingin berkongsi tentang dua insan iaitu pemilik cinta saya selepas Allah dan Rasul.. InsyaAllah.. kepada mereka lah saya labuhkan cinta sebelum saya melangkah ke alam pernikahan.. apabila sudah nikah sudah tentulah pemilik cinta saya seterusnya adalah zaujan.. namun saya tidak akan mengetepikan dua insan mulia dan istimewa ini.. tidak.. mereka tetap akan menduduki tempat tertinggi dalam carta hati saya.. Dengan nama Allah, akan saya abadikan cinta buat mereka sampai syurga.. mereka adalah........
.
.
.
.
.
.
.
.

zunaidah binti nasir
21/12/1967
cantik tertarik baik nice oohhseemm pandai masak pandai berleter penyejuk mata dan hati ini ^^

mak... mak suke berleter.. bila mak berleter.. uwaaahaaa... T_T tapi bila kaklong jauh dari mak.. mak tahu tak betapa kaklong rindukan leteran mak.. ketika itu.. leteran mak.. umpama muzik indah yang mendamaikan di saat kaklong keresahan.. mak... sila lah berleter lagi.. heeeee.. ^^ mak adalah radio tanpa wayar yang paling kaklong cinta kerana Allah.. 

mak.. ramai yang kata wajah kita seiras.. kopi dan pasta.. mungkin benar.. tapi mak lebih cantik! kalau kaklong ke mana saja, sesiapa yang kenal mak mesti kenal kaklong dan tanya " ni anak ju kan..?" n kaklong akan jawab -----> "ye saya, nak sain ke?" haha.. ok jawapan tu tipu.. ^^ mak.. sebenarnye wajah yang sama ni membimbangkan kaklong dulu.. sebab nak buat jahat susah.. nanti cepat orang kenal.. hoho.. bahaya-bahaya! ^^

mak.. bukan wajah mak je yang kaklong ikut.. perangai dan banyak perkara-perkara lain pun kita sama.. contohnya suka bershopping ^^ dan dan dan.. bila mak shopping sakan, mak akan sorok dari abah dulu..  lepas tu baru bagitahu abah.. apa yang mak tak tahu.. kaklong macam tu jugak.. kalau beli barang sorok dari mak.. hehe.. lama-lama baru bagitahu atau mak tahu sendiri.. ngeeeee.. sama kan kita =D

mak.. masakan mak sedap.. paling sedap dalam dunia ni.. even mak goreng telor mata kerbau pon dah sedap bagi kaklong.. sbb ianya dari tangan mak.. tangan yang kaklong kasihi.. tangan yang penuh berkat kasih sayang.. terima kasih banyak mak masak untuk kami semua.. nanti nak belajar masak ngan mak.. ^^

mak.. kaklong suka cari rambut gatal mak dan sikat rambut mak.. masa tu kita borak, berkongsi macam-macam cerita dan berbagi cinta.. sungguh kita macam sahabat setia.. bestfriend gitu.. rahsiaku rahsiamu.. rahsiamu rahsiaku.. ohh.. saat ini paling membahagiakan.. semoga boleh kita lakukan selalu sampai akhir hayat kita kelak.. ye mak... sayang mak sangat! sumpah kerana Allah~

mak.. kaklong suka jalan-jalan g pasar ngan mak.. walau kadang pening kepala layan dua orang hero malaya paling nakal tu tapi itulah saat paling sweet.. dan yang paling kaklong suke kan.. mak amek barang2 letak dalam bakul.. tapi bila nak g bayar je, BAKUL TETIBE PENUH NGAN BARANG KAKLONG! haha.. kaklong letak curi-curi dalam bakul tu, n masa bayar tu juih mulut mak marah kaklong.. comel jek mak saat itu kan.. hehe.. maaf mak.. 

mak.. kaklong selalu curi tengok wajah mak.. kaklong selalu ngintai tengok muka mak.. sebab mak kaklong ni sangat cantik.. mak adalah ibu paling cantik di dunia juga akhirat kelak.. mata mak kecil.. tapi penuh cahaya cinta.. mulut mak jugak kecil comel.. paling penting salu mengomel.. hehe..

mak.. masa praktikal, kaklong praktikal kat kuantan.. so dekat ngan rumah kita.. so kaklong pun apa lagi.. tiap-tiap minggu balik.. bila kaklong balik.. mesti mak usik.. " isshhh balik ajek budak ni.. asyek-asyek muka die.." hehe.. pastu kaklong jawab.. " xpelah, mak tak rindu kaklong.. tapi abah rindu kaklong..kan abah..?'' abah senyum jek tak jawab apa-apa.. hehe.. begitulah mak dan abah.. mak dengan usikannya.. abah pula dengan silent modenya.. tapi kaklong tahu.. mak abah suka kaklong balik.. terpancar di wajah kamu.. hehe..
kaklong tahu.. mak abah sayang kaklong ketat-ketat.. ^^

mak.. ingat lagi beberapa tahun lepas.. sebelum kaklong msk upsi.. sebulan sebelum masuk lagi kaklong dah nangis-nangis.. ye.. memang cengeng n mengada.. yela.. tak pernah berpisah dengan mak.. abah n adik-adik.. tapi kaklong tengok muka mak rilek semacam je.. uwaahhaa..mak tak sedih ke kaklong nak g jauh ni mak.. dan bila tiba masa hantar kaklong ke bumi malim tu.. muka mak tetap rilek..sedang kaklong.. sedih pilu tak terkata.. dan lepas itu tinggallah kaklong di sana.. sendirian tanpa kamu semua.. tapi.. kaklong dapat tahu satu berita yang memeranjatkan.. beberapa minggu pertama.. kakngah cite.. mak salu nangis teresak-esak n g skodeng bilik kaklong, tapi kaklong dah tak ade dalam bilik.. mak cakap rumah dah sunyi takde kaklong.. mak nangis lagi.. uuuuu.. terharu kaklong dengar.. bukan bermakna suka tengok mak nangis.. tetapi gembira.. mak sayang kaklong!! sangat3 kan! yeayyyyyyy... ^^

itulah mak saya... ^^ dan ini pula..
.
.
.
.

zakaria bin hassan
14/9/1966
hensem kacak bergaya totally tak pandai masak tempat tumpang berteduh yang sangat nyaman ^^

abah.. mata abah ceeppeett.. hehe.. so kami adik badik mewarisinya.. yang lucu.. bila kita bangun tido mesti bengkak.. mak tengok, mak gelak.. kiki.. sebab semuanya sama je.. tak nampak beza.. ^^

abah.. bila abah keluar kemana-mana untuk kerja.. abah akan pesan kat mak.. "jangan salu marah anak-anak.. sian diorang".. tapi apa yang abah tak tahu.. anak-anak abah.. baik depan abah je, baik sangat.. pijak semut tak mati.. hehe.. TAPI! bile abah takde.. semua buat pangai masing-masing.. macam jembalang tanah, jembalang gunung, jembalang gambang water park pun ada.. sebab tu mak pening kepala.. kiki..

abah.. abah kuat kerja.. asyik kerja.. kerja kerja kerja.. sampai hari raya pun abah kerja.. so kita raya rumah atok separuh hari je.. kelakarlah abah ni.. orang lain beriya raya.. tapi abah tak.. ala kadar je.. tapi takpe.. inilah abah kaklong.. yang tak pernah lelah dan mengeluh mencari rezeki halal untuk kami semua sehingga seolah tiada masa untuk diri sendiri.. ohh abah.. T_T

abah.. ramai yang kata abah macam garang.. sebab wajah abah yang series.. tapi taklah.. abah tak garang.. marah kitorang pun jarang.. tapi kan.. sekali abah marah memang gigil lutut n goyang gigi geraham kaklong.. hehe.. takuuuuutttt.. T_T namun.. abah marah bersebab.. dan sebabnya memang munasabah.. so abah benar.. kalau salah.. marahlah.. marah tandanya sayang kan bah.. ^^

abah.. abah tak berkira langsung dengan kami semua.. apa kami nak mesti dapat.. cepat atau lambat akan dapat.. ok abah nak kereta sebijik.. hehe.. tak lama lagi lettew.. ^^

abah.. abah perasan tak.. kami adik beradik dah semakin besar.. malah lebih besar dari abah.. sebab abah jaga kami betul-betul.. makan cukup.. pakai cukup.. oh tidak.. mungkin terlebih cukup.. hehe..^^

abah.. walau pun abah dah berusia.. abah tetap nampak muda.. mak pun.. wah jeles! ape rahasianya ya..? heee..^^  kami ulak dah semakin besar dan matang... 

abah.. abah memang tak pandai masak kan.. tapi ada satu hari tu.. mak sakit.. so abah masak.. seingat kaklong abah masak kobis goreng.. balik je kaklong dari sekolah.. abah cakap "kaklong.. g makan nasik nu.. ABAH MASAK.." ok.. perkataan "ABAH MASAK" memang lucu kaklong dengar even sampai sekarang.. hehe.. pastu kaklong pun g dapur dan tengok kuali.. ngeeeeee.. comel betol kobis goreng abah.. haha.. kaklong makan.. "sedap".. siyes "sedap".. sedap sangat kerana kasih sayang dan semangat abah memasak untuk kitorang.. abah.. rasanya itu lah kali pertama dan terakhir kaklong makan masakan abah.. kaklong tak akan pernah lupa tu! ^^

abah.. bila abah balik rumah je.. abah mesti tanya kitorang sorang-sorang.. mak mana? mak mana? mak mana? hehe.. dan kalau kaklong takde abah tanya kaklong mana.. kakngah mana.. nadia mana.. aizat mana.. aideed mana.. itu soalan kegemaran abah.. kaklong nampak wajah abah gembira dan senang bila kita semua ada kat rumah.. abah seronok bila anak-anak abah cukup ada kat rumah.. abah memang sweet sangat!!^^

abah.. abah susah nak ungkap kata sayang pada anak-anak.. tapi kaklong tahu.. abah sayang kitorang sangat-sangat.. sayang yang infiniti.. sebab kitorang harta abah yang paling berharga kan.. sebab tu abah jaga baik-baik.. kalau keluar rumah je abah runsing macam kami ni takkan balik lagi.. lagi.. apa yang kami mahukan.. sedaya upaya abah tunaikan.. abah.. kaklong dan adik-adik sayang abah juga.. sayang infiniti, sampai syurga.. T_T

begitulah kisahnya tentang ayah saya^^
.
.
.
.


kaklong pernah tanya mak soalan yang pelik tapi benar.. sebab kaklong benar-benar nak tahu..." mak.. mak tak bosan ke tengok muka abah hari-hari.. dah 24 tahun.. mak tak jemu?" lepas tu mak jawab.. ------> "tak lah.. tak pernah.. Allah tu dah buat dengan baik dan sempurna.. setiap pasangan suami isteri ditiupkan dengan rasa sayang yang luar biasa dan tak berkesudahan.. dan selagi kita tetap di jalanNya kasih sayang akan kekal sampai syurga.." oooooo.. baru kaklong faham.. maklumlah mak.. kaklong belum ada suami.. so tak tahu.. ^_^
.
.
.

mak sayang sangat kat abah.. abah pun macam tu.. jarang nampak kamu bergaduh.. merajuk-merajuk manja tu adalah.. ^^ ok... mak abah kaklong sangat comel sweet plus ohhseeemmm! dari dua negara yang berbeza.. bertemu dan membentuk cinta.. berpaksikan redha yang Aula.. ^^
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
mak.. abah.. ampunkanlah segala dosa kaklong.. banyak dosanya kaklong pada kamu berdoa.. ampunkanlah kaklong.. dari salah yang sekecil-kecilnya.. sehingga ke sebesar-besarnya.. dari salah yang kaklong sengaja.. atau salah yang tak sengaja.. salah yang dah lepas atau akan datang.. ampunkan kaklong.. ampunkan kaklong.. sesungguhnya redha Allah adalah di dalam redhamu duhai mak dan abah.. jadi.. redhailah aku anakmu.. sayangilah kaklong apa adanya.. bekalkan doa untuk kaklong setiap masa.. kerana doa-doamu penuh berkat.. InsyaAllah....
.
.
.
Dan pada kedua-duanya.. kaklong berjanji akan menjadi anak yang baik dan solehah.. mungkin mustahil untuk sempurna tetapi kaklong akan cuba semampunya.. kaklong punya impian.. kaklong betul-betul nak jadi wanita solehah kerana Allah.. dan juga sebagai hadiah terindah pada mak dan abah.. kaklong nak mak abah berbangga memiliki kaklong sebagai anak.. bukan kerana kaklong boleh bagi mak abah duit beribu-ribu bila dah kerja nanti.. bukan kerana kaklong boleh sediakan rumah bak singgah sana buatmu kelak.. bukan juga kerana kaklong boleh belikan kereta mewah untuk mak dan abah.. tetapi kerana kecintaan kaklong kepada Allah dan agamaNya..
.
.
.
mak abah.. kita akan berpisah kelak.. pasti.. untuk selama-lamanya.. sebelum bertemu kembali di syurga.. Insya Allah.. mak abah.. kaklong tak tahu siapa yang akan pergi mengadap Allah dulu.. mungkin mak atau abah dulu.. atau mungkin kaklong dulu.. yang kaklong tahu.. mana-mana pun kaklong redha dan ikhlas Lillahitaala.. apa yang kaklong harapkan.. andai mak atau abah yang tinggalkan kaklong dulu.. kaklong mahu mak tahu.. yang mak dan abah memiliki seorang anak yang boleh dibanggakan di hadapan Allah kelak.. kaklong nak.. mak dan abah.. berbangga dan berkata.. "aku memiliki seorang anak yang solehah di dunia.. dan dia tak habis-habis mendoakan aku.. dia harta paling bernilai yang aku miliki.. apa lagi yang patut aku banggakan wahai Allah.." kaklong mahu dan harapkan begitu.. tak putus-putus kaklong berdoa pada Allah untuk menjadi anak yang baik dan solehah untuk kamu berdua.. inilah sahaja hadiah yang kaklong dapat persembahkan untuk mak dan abah.. dan kaklong sedang berusaha bersungguh untuk menyediakan hadiah tersebut.. kaklong mohon doa daripada mak dan abah juga ya.. aamiin.. 
.
.
.
dan andainya kaklong dahulu yang dijemput oleh Allah.. maafkan kaklong.. tidak lah dapat kaklong menjaga dan tengok-tengokkan kamu sehingga ke hari tuamu dan sehingga ke hujung nyawamu.. namun, kaklong titipkan mak dan abah di bawah penjagaan Allah.. semoga adik-adik yang lain dapat menjaga mak ngan abah baik-baik..  dan pabila tiba saatnya kaklong pergi dulu.. redhailah pemergian kaklong dengan hamparan doa yang tak berkesudahan.. mak abah.. begitu banyaknya khilaf kaklong pada kamu berdoa.. ampunilah kaklong.. segala pengorbanan yang mak abah berikan.. ikhlaskanlah.. sesungguhnya kaklong sangat bahagia menjadi zuriatmu.. dan kaklong masih mahu menjadi zuriatmu sehingga ke syurga kelak.. terima kasih Ya Allah.. kerana memilih mereka sebagai ibu dan ayahku.. ini kebahagiaanku yang tiada tolok bandingnya..
.
.
.
duhai Allah.. yang Menciptaku.. juga yang menciptakan kedua-dua ibu bapaku.. Ampunkan lah segala dosa mereka Ya Allah.. Kasihanilah mereka.. sihatkanlah tubuh badan mereka.. agar mereka boleh selalu beribadah kepadaMu.. panjangkanlah umur mereka.. juga umurku.. supaya kami ada lebih masa untuk selalu bersama.. ya Allah.. segala keinginan mereka, perkenankanlah.. pabila mereka makan.. berikan mereka nikmat rezekiMu.. bila mereka tidur, berikan nikmat lenaMu.. Ya Allah Ya Tuhanku.. jagakan mereka untukku.. kerana aku kasihkan mereka.. kerana aku cintakan mereka.. kerena merekalah pemilik cintaku selepas Engkau dan kekasihMu..
.
.
.
ya Allah.. jadikanlah aku anak yang solehah.. solehah keranaMu Ya Allah.. dan aku mahu hadiahkan diriku sendiri kepada kedua-dua ibu bapa ku.. hadiah yang tidak ternilai.. biar mereka tahu aku anak yang mengenang budi.. biar mereka berbangga memiliki aku.. Ya Allah.. perkenankanlah doa-doaku..
aamin ya Rabb~
.
.
.
kepada semua yang sudi membaca.. cintailah ibu bapa kita apa adanya.. hadiahkan doa setiap hari untuk mereka samada mereka masih hidup atau sudah tiada.. dan jadilah anak-anak yang soleh solehah.. supaya mereka berbanggga memiliki kita.. insyaAllah..



1 comment: