Friday, 15 March 2013

~ gadis seindah nama ~

Assalamualaikum.. 


NURUL JANNAH.. itu nama saya.. diberi oleh mak dan abah saya.. dan sudah tentu nama itu diilhamkan oleh Allah SWT kepada kedua mereka untuk diberikan kepada saya.. Allahu yA Allah.. terima kasih untuk nama yang begitu indah.. terlalu cantik.. terlalu hebat nama itu.. (bagi saya lah..) sesungguhnya aku menyukai namaku keranaMu Ya Allah ~

CAHAYA SYURGA.. itu maknanya bagi nama saya.. Ya Allah.. begitu besar maknanya.. dan bagi saya nama adalah amanah Allah.. dan saya sedang memegang amanah yang berat.. begitu juga dengan semua yang lain.. nama bukan sekadar panggilan atau gelaran yang digunakan untuk memudahkan komunikasi.. tetapi nama tersembunyi segala rahsia yang kadangkala tak tercapai oleh kita manusia biasa, melainkan Allah yang Maha Esa..

pokok pangkal yang menjadi persoalannya sekarang.. mampukah saya menjadi seindah nama saya..? mampukah saya jadi secantik nama saya..? jika dinilai dari rupa luaran, amat mustahil bagi saya untuk menjadi secantik dan seindah nama.. kerana saya gadis kebiasaan yang sederhana.. tak punya apa-apa pun yang luar biasa.. bukan ratu cantik dunia.. ratu cantik kampung pun bukan.. comot jek.. hehe..

saya tahu saya tak boleh buat apa-apa tentang rupa luaran saya.. dan saya sangat bersyukur kepada Allah apa adanya saya.. mata tak bulat, tetapi sekurang-kurangnya saya mampu melihat dunia indah milik Allah ini.. hidung tak mancung, penyet macam meoww.. hehe.. tetapi saya masih boleh bernafas menghirup udara segar dengan ihsan Allah.. hehe.. saya juga ciptaan Allah yang sempurna.. tiada cacat celanya anggota tubuh saya.. Alhamdulillah, syukur pada Allah..

lalu bagaimana saya mahu menjadi seindah nama NURUL JANNAH..??

sejujurnya, dah lama juga saya fikir tentang perkara ini.. saya benar-benar mahu menjadi seindah nama milik saya itu.. saya tak bergurau.. dan saya telah memikirkan banyak cara untuk mencapainya.. impian saya adalah mahu berada dalam pelukan keredhaan Allah.. menjadi seindah nama adalah salah satu jalan untuk saya menuju redha Allah.. oleh itu ...................

~ NURUL JANNAH sedang berusaha untuk bertaubat atas dosa-dosa yang pernah dilakukan sebelum ini.. sama ada kecil atau besar.. sengaja atau tidak.. 

~ NURUL JANNAH akan berusaha sehabis daya untuk mentaati perjanjiannya dengan Allah melalui kalimah suci LAA ILAHA ILLALLAH, MUHAMMADUR RASULULLAH..

~ NURUL JANNAH sedang berusaha menjadi gadis solehah milik Allah di dunia dan di akhirat.. nak jadi solehah semata-mata kerana Allah, bukan kerana sebab selain daripada Allah.. ya.. Allah semata-mata.. noktah!

~ NURUL JANNAH akan sedaya upaya berperilaku dan memiliki peribadi sebagai seorang Islam yang sebenar..

~ NURUL JANNAH mahu menempatkan Allah dan Rasulullah di tempat paling tinggi di dalam hatinya.. mengalahkan insan-insan kesayangan yang lain..

~ NURUL JANNAH akan berusaha membaiki hatinya, akhlaknya, pergaulannya dan seluruh cara hidupnya agar lebih terarah dan bersyariah..

~ NURUL JANNAH mahu menjadi anak yang taat kepada ibu bapa.. dan menjaga mereka sewaktu mereka tua kelak.. kerana redha Allah adalah redha kedua ibu bapa..

~ NURUL JANNAH mahu menjadi contoh muslimah terbaik kepada adik-adik perempuannya yang sangat dicintai dan disayangi.. dan juga kepada semua muslimah yang dikasihi.. tak lupa kepada insan-insan belum islam yang dihormati..

~ NURUL JANNAH akan berusaha menjadi isteri yang solehah dan taat setia kepada suami,  dan sama-sama membina rumah tangga idaman yang barakah, andai dipanjangkan umur, dan diizinkan Allah untuk bernikah..

~ NURUL JANNAH nak jadi ibu yang baik, yang mampu melahirkan tentera-tentera agama Allah yang unggul.. srikandi-srikandi agama yang solehah..

~ NURUL JANNAH akan membaiki diri setiap hari setiap masa.. hari ini lebih baik dari semalam.. dan esok lebih baik dari hari ini.. begitulah seterusnya..

~ NURUL JANNAH mahu mengingat Allah setiap ketika.. hatinya hanya memikirkan Allah.. bibirnya hanya menyebut Allah.. kelakuannya dan segala tindakannya hanya kerana Allah..

~ NURUL JANNAH tak nak tinggal solat dengan sengaja lagi.. dan akan patuh dengan segala suruhan Allah.. walau dalam keadaan terpaksa, wajib buat juga..

~ NURUL JANNAH nak masuk syurga.. tapi tak nak masuk sorang-sorang.. masuk ramai-ramai lagi lah seronok.. jadi NURUL JANNAH kan berusaha mengajak orang lain ke arah kebaikan di samping membaiki diri sendiri..

~ NURUL JANNAH perlu berusaha melapangkan dada menerima teguran manusia lain.. buang sifat ego.. dan terima dengan hati terbuka..

~ NURUL JANNAH akan sedaya upaya menjaga hubungan dengan semua makhluk yang dicipta oleh Allah.. tak nak menyakitkan atau mengguris hati sesiapa..

~ NURUL JANNAH akan kurangkan kecintaan dan nafsunya terhadap dunia sementara ini, dan berusaha memberi tumpuan kepada dunia yang kekal abadi yak ni dunia akhirat..

~ NURUL JANNAH akan melatih diri supaya selalu menahan lapar.. kerana lapar akan menutup hawa nafsu dan membuka jalan ke syurga.. dan Allah sukakan manusia yang bersabar dengan kelaparan..

~ NURUL JANNAH akan berusaha jadi budak baik yang disayangi Allah.. ^_^

~ NURUL JANNAH akan cuba dengan sehabis daya menjadi secantik dan seindah namanya di mata Allah..

in shaa Allah.. inilah yang NURUL JANNAH sedang cuba lakukan.. dengan izin dari Allah.. semoga Allah redha akan NURUL JANNAH ini, dan menjadikan dia gadis seindah namanya.. NURUL JANNAH lahir ke dunia dengan redha Allah, semoga dia mati juga dalam redha Allah juga..


ya Allah.. berikanlah aku peluang, menjadi NURUL JANNAH yang aku impikan.. berikanlah aku peluang mengenal dan bermesra dengannya di dalam redhaMu Ya Rabb.. aamiin ~



2 comments: