Monday, 1 April 2013

~ one step closer ~


assalamualaikum..

begitu ramai yang bertanya..
antara semua..
kenapa saya pilih dia...
saya tersenyum..
lalu menjawab...
tiada satu sebab pun untuk saya menolaknya..
dan..
dia bukan pilihan saya sahaja..
malah dia pilihan semua..
semoga dia pilihan Allah juga..
dan semoga Allah redha atas segalanya..
aaminn..

kini.. 
saya perlu menjaga diri dengan lebih baik..
dia sama juga..
sebenar, sebelum-sebelum ini lagi saya dah memulakan langkah..
saya cuba mengelak dari berhubung dengan mana-mana lelaki lain dengan medium apa sahaja sekali pun.. malah dengan dia sekali pun, saya akan jarakkan hubungan.. tak perlu berhubung andai tiada perkara penting.. kalau nak bertemu biarlah di depan keluarga..
saya akan berusaha jaga akhlak dan pergaulan..
maruah diri akan saya utamakan..
saya nak jadi yang terbaik.. walau saya bukan sempurna.. saya banyak kurangnya..

bila tiba masanya untuk dia mengambil saya kelak..
biarlah saya sudah benar-benar bersedia..
biarlah hati ini hanya ada Allah dan Rasulnya..
saya telah katakan padanya.. 
dia hanya layak berada di tempat ketiga dalam jiwa..
katanya tak mengapa.. 
itulah yang sebaiknya..
kerana dia juga akan meletakkan saya di tempat yang sama..

alhamdulillah wa syukurillah..
segalanya berjalan dengan lancar..
kini sudah one step closer..
tapi itu bukanlah lampu hijau untuk kami..
malah itu adalah ruang dan peluang yang diberikan Allah kepada kami supaya membaiki diri dengan lebih baik lagi.. mendekat diri padaNYA.. mencari erti sebuah rumah tangga islam sebenar yang diredhai Allah.. membentuk peribadi muslim yang sejati.. in shaa Allah.. saya akan berusaha.. dia akan berusaha.. semoga Allah merestui kami.. semoga Allah permudahkan segalanya..


~ semoga Allah redha ~

1 comment: