Monday, 25 February 2013

~ belajar menghargai diri sendiri ~

Assalamualaikum~ 


pagi yang bening bertemankan Banjaran Titiwangsa yang sangat indah.. kadang ada, kadang main bersembunyi di balik tompokan kabus.. Subhanallah.. sungguh sempurna dan mempesona.. Alhamdulillah diberi peluang untuk tinggal di kolej kediaman untuk semester terakhir ini.. tingkap di bilik pula memudahkan diri  mengintai Banjaran Titiwangsa nun jauh di sana.. keseorangan, kawan sebilik tersayang telah ke kelas.. dan saya tak ada kelas hari ini.. bila berseorangan, terbit rasa nak memuhasabah diri.. menilai apa yang kurang.. mana yang boleh dibaiki.. lagi dan lagi.. terus tanpa henti sampai nanti dijemput Ilahi..

kawan-kawan, pernah tak dalam kehidupan kamu berlaku perkara macam ni.. bila nampak orang yang mempunyai kelebihan.. hati kamu memuji dan pada masa yang sama kamu merasa sangat rendah diri.. contohnya..

~ wah, licinnya kulit dia.. tak macam kulit aku, berjerawat sana sini.. eghhh..~

~ putihnya dia.. hummmmm..* mengeluh.. tak macam aku.. macam kopi pekat je.. ~

~ wow kurusnya dia.. aku pulak macam badak da ni ha.. haiiihhhh.. * mengeluh lagi.. ~

~ emmmm cantiknya dia.. cantik ciptaan Tuhan.. aku tak cantik macam dia.. muka aku macam cekodok pisang sejuk.. lahai sedihnye.. ~

pernah tak berlaku pada kamu semua.. saya rasa mungkin ada juga kan.. biasanya perempuan yang selalu macam, maaf kalau saya tersilap.. ini sekadar pandangan saya sahaja, berdasarkan pengalaman.. dan saya tak menafikan, saya kadang-kadang macam tu juga.. bila melihat kelebihan dan keistimewaan orang lain, hati mengagumi tapi pada masa yang sama mengutuk-kutuk diri sendiri.. Astagfirullah.. secara tidak sedar, sebenarnya kita sudah menghina diri kita sendiri.. kita telah menghina makhluk ciptaan Tuhan.. bukankah kita juga sebahagian daripada makhluk ciptaan Allah..? jadi apa hak kita nak menilai dan mempersendakan ciptaanNya..

tak salah untuk merasa rendah diri.. malah itu salah satu sifat yang bagus.. tetapi kalau dah tahap menghina diri sendiri itu bukan bagus lagi namanya.. dah menjadi satu dosa.. asyik memikirkan kekurangan yang ada pada diri (tubuh badan/wajah/ketinggian/warna kulit/kondisi kulit), satu perkara yang tak berfaedah dan tindakan itu juga akan membuatkan kita selalu kecewa dan tak gembira.. tak ada manfaat bukan..? tindakan ini juga membuatkan kita hilang rasa syukur kepada Allah, Tuhan yang mencipta kita apa adanya..

mengapa asyik nak bandingkan kekurangan diri sendiri dengan kelebihan orang lain.. sudah tentulah kita akan nampak buruk kita saja.. apa kata mulai hari ini, kita belajar menerima dan menghargai diri sendiri.. kasihanilah diri kita.. percayalah, kita juga ada kelebihan yang istimewa seperti orang lain.. mungkin kita tak putih tetapi kulit kita cantik, licin, jerawat tiada.. mungkin kita tak kurus tapi tubuh badan kita sihat sentiasa.. mungkin kita tak berapa nak cantik, tetapi kita comel.. mungkin kulit muka kita banyak jerawat, tetapi bahagian badan yang lain tiada masalah, cantik mulus.. lihat.. semuanya ada keistimewaan masing-masing.. betul tak..?

belajarlah menghargai diri sendiri.. terimalah diri kita seadanya.. bersyukurlah.. dan jangan bimbang.. Allah itu Maha Adil.. Dia tak menilai kita dengan rupa paras luaran.. penilaian Allah tak sama macam kita, tak sama macam manusia mana pun.. jadi, daripada kita sibuk dengan mengeluh atas kekurangan diri, apa kata kita tingkatkan ibadah dan amalan kepada Allah.. jangan terlalu ikutkan nafsu.. dengan izinNya, kita akan merasa  lebih tenang..



setiap manusia diciptakan berbeza.. masing-masing mempunyai pesona yang tak sama.. namun percayalah, setiap ciptaan Tuhan, cantik semuanya..

'' sesungguhnya Allah tidak melihat bentuk tubuhmu dan tidak pula menilai kebagusan wajahmu, tetapi Allah melihat keikhlasan hatimu..'' (HR MUSLIM)

~ terima kasih Allah ~


Sunday, 24 February 2013

~ update ringkas ~


Assalamualaikum..

Bersama kawan yang tersayang duduk di taman, berlatar belakangkan pancuran air.. udara nyaman.. setiap helaaan nafas disertai dengan rasa kagum pada segala ciptaan Allah yang begitu sempurna kejadiannya..

Kuliah pagi ini telah ditangguhkan, mungkin ada sebab-sebab tertentu yang tak dapat dielakkan.. boleh mencuri sedikit masa untuk update ringkas sementara menunggu kuliah yang kedua.. banyak yang bermain di fikiran untuk dikongsikan bersama tetapi, masa cemburu dan enggan menunggu.. tak mengapalah, mungkin di lain waktu..

Rasa sedih dan sayu kian bercambah.. mengenangkan tak lama lagi akan meninggalkan daerah asing ini.. daerah yang banyak membawa perubahan pada diri.. diri yang kini semakin dicintai dan dihargai serta dijaga rapi.. in shaa Allah..

cepat benar masa berlalu, sekelip mata  saja dah semester akhir.. rasanya macam baru semalam mendaftar di semester satu.. kawan-kawan, para pensyarah, segala yang ada di sini bakal ditinggalkan untuk membuka episode baru dalam hidup tidak lama lagi.. meninggalkan, tetapi mustahil untuk melupakan.. tidak sama sekali.. semoga pertalian terus terjalin walau apapun yang berlaku.. terlalu banyak memori yang terlukis di tempat asing ini.. lukisan dengan pelbagai warna..

~ Allahu Allah ~







Friday, 22 February 2013

~ hasbunallah wani'mal wakil ~

Assalamualaikum.. tergesa-gesa.. perlu bersegera menyiapkan latihan ilmiah.. minggu ke 8 dah kena submit.. silap sendiri.. tak nak buat awal-awal.. tajuk pun nak ditukar.. sekarang dah tercicir ditinggal waktu.. tak mengapa.. masih ada masa.. dan Allah tetap ada walau bagaimana keadaan kita selagi kita berusaha sehabis daya.. dan Dia adalah sebaik-baik penolong.. Ada Allah, tiada masalah.. In Shaa Allah..


semalam, hari jumaat, hari paling mulia.. dikejutkan dengan hadiah dari Allah yang begitu luarbiasa dan terlalu istimewa.. menerima dalam keadaan tak sangka dan bertitisan air mata.. mungkin Allah nak menegur supaya berbaik sangka kepadaNya melalui pemberian tersebut.. pemberian ini mengajar diri supaya berhenti buruk sangka pada Allah.. berhenti bersangka yang Allah tak sayang.. berhenti bersangka yang diri ini tak layak dipandang Allah.. berhenti bersangka Allah tak bagi apa yang diminta.. Allahurabbi.. terima kasih atas hadiah yang tak ternilai ini yang akan menjadi penguat diri dalam sepanjang tempoh perjalanan nanti.. ALHAMDULILLAH.. 

Friday, 15 February 2013

~ keadaan dan tempat yang sesuai mengucapkan zikir ~

Assalamualaikum ~

kita kadang -kadang buat ucapan pada tempat yg salah mengikut keadaan.

Cthnya ucapan subhanallah,masyallah,astagfirullah dsbgnya.

boleh tak ustaz terangkan tentang kalimah ini dan lain-lain diucap pada tempat dan keadaan yg betul.

*****************
pendekar

وعليكم السلام و رحمة الله وبركاتهم
{ بسم الله الرحمن الرحيم }
(( رب إشرح لي صدري و يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي ))

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara ADN yang mengemukakan soalan yang begitu baik kali ini .

Tidak dinafikan , penting bagi kita memahami bilakah situasi yang sepatutnya kita ucapkan beberapa jenis ucapan yang biasa diucapkan oleh umat Islam . Kerana , kejahilan mengenainya menyebabkan ucapan-ucapan itu dipandang ganjil dan pelik , khasnya oleh masyarakat Arab yang sangat memahami ucapan-ucapan itu , sedangkan ucapan-ucapan itu adalah doa dan puja-pujian kita kepada Allah Ta’ala .

Ucapan-ucapan tersebut ialah :

1 – Perkataan SUBHANALLAH  سُبْحَانَ اللَّهِ 

Ertinya ialah : ” MAHA SUCILAH ALLAH “

Ianya diucapkan tatkala kita melihat sesuatu perkara yang menggembirakan kita ataupun perkara-perkara yang hebat lagi ajaib . Contohnya tatkala kita melihat orang yang tidak cedera walaupun terlibat di dalam kemalangan . Tujuan kita mengucapkan “ SUBHANALLAH “ iaitu seolah-olah kita mendidik diri kita : “ Wah ! hebatnya orang itu , tak cedera langsung . Tapi Allah lebih Maha Hebat kerana itu semua tidak akan berlaku melainkan dengan izin Allah Ta’ala “ . 

Ianya diucapkan juga apabila kita melihat ada apa-apa perkataan ataupun perbuatan yang menyebabkan seseorang itu syirik kepada Allah . Contohnya kita ucapkan “ SUBHANALLAH “ apabila melihat ada orang yang menyembah berhala-berhala . Di dalam hati kita ketika itu seolah-olah kita berkata : “ Allah Ta’ala Maha Suci dan tiada kena-mengena langsung sebagai Tuhan yang mereka anggap itu “. Lihatlah firman Allah Ta’ala berikut :

هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ السَّلَامُ الْمُؤْمِنُ الْمُهَيْمِنُ الْعَزِيزُ الْجَبَّارُ الْمُتَكَبِّرُ سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يُشْرِكُونَ

Ertinya : “ Dialah Allah yang tidak ada sama sekali Tuhan yang layak disembah kecuali Dia Yang Maha Berkuasa , Maha Suci , Maha Selamat , Maha Memberi Keamanan , Maha Peneguh , Maha Mulia , Maha Gagah-Perkasa , Maha Besar , Maha Sucilah Allah daripada apa yang mereka sekutukan “ ~ Surah al-Hasyr : ayat 23

Lihat penggunaan “ SUBHANALLAH “ ataupun yang semakna dengannya melalui ayat Al-Quranul Karim di bawah ini :

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ

Ertinya : “ Maha Sucilah Tuhan yang telah memperjalankan hamba-Nya di waktu malam ( Israk ) drp Masjid al-Haram ( di Mekkah al-Mukarramah ) ke Masjid al-Aqso ( di Palestin ) yang telah Kami berkati sekitarnya , agar Kami menunjukkan kepadanya ( Nabi Muhammad s.a.w ) beberapa tanda kekuasaan Kami . Sesungguhnya Dia ( Allah ) adalah Tuhan Yang Maha Mendengar Lagi Maha Melihat “ . ~ Surah al-Israk , ayat 1 .

Ya ! , peristiwa Israk-Mikraj adalah satu peristiwa yang ajaib lagi hebat , namun sehebat-hebat peristiwa itu , lebih hebat lagi Tuhan yang telah mengatur dan mencipta peristiwa itu , Tuhan itulah Allah Ta’ala Yang Maha Hebat , Yang Maha Mendengar segala doa Nabi-Nya s.a.w dan tohmahan puak-puak yang tidak mempercayai kisah itu dan Maha Melihat segala-galanya . Dan Maha Sucilah Allah drp segala sifat-sifat yang tidak sepatutnya dilemparkan kepada Dia .

Ucapan “ SUBHANALLAH “ ini juga dikenali sebagai “ TASBIH “ .

2 – Ucapan “ ALHAMDULILLAH “ الْحَمْدُ لِلَّهِ 

Ertinya : “ Segala puja-puji hanyalah untuk Allah “ ataupun “ Segala syukur dan terima kasih hanyalah untuk Allah “ . 

Ianya diucapkan sebagai puja-pujian dan bersyukur di atas segala nikmat yang Allah Ta’ala berikan kepada kita .

Contoh ayat Al-Quranul Karim yang menerangkan hal ini ialah :

وَنَزَعْنَا مَا فِي صُدُورِهِم مِّنْ غِلٍّ تَجْرِي مِن تَحْتِهِمُ الأَنْهَارُ وَقَالُواْ الْحَمْدُ لِلّهِ الَّذِي هَدَانَا لِهَـذَا وَمَا كُنَّا لِنَهْتَدِيَ لَوْلا أَنْ هَدَانَا اللّهُ لَقَدْ جَاءتْ رُسُلُ رَبِّنَا بِالْحَقِّ وَنُودُواْ أَن تِلْكُمُ الْجَنَّةُ أُورِثْتُمُوهَا بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

Ertinya : “Dan Kami cabut segala macam dendam yang berada di dalam dada mereka; mengalir di bawah mereka sungai-sungai dan mereka berkata: "Segala puji bagi Allah yang telah menunjuki kami kepada (surga) ini. Dan kami sekali-kali tidak akan mendapat petunjuk kalau Allah tidak memberi kami petunjuk. Sesungguhnya telah datang rasul-rasul Tuhan kami, membawa kebenaran." Dan diserukan kepada mereka: "ltulah surga yang diwariskan kepadamu, disebabkan apa yang dahulu kamu kerjakan " ~ Surah al-‘Aaraf , ayat 43 .

Ayat di atas menerangkan nikmat yang diperolehi oleh orang-orang yang beriman kelak di hari akhirat iaitu nikmat mendiami syurga yang dijanjikan kepada mereka dahulu . Lihat ! , para penghuni syurga nanti akan mengucapkan “ ALHAMDULILLAH “ sebagai berterima-kasih dan bersyukur di atas ganjaran yang Allah Ta’ala berikan kepada mereka dan disebabkan Allah Ta’ala telah mengutuskan kepada mereka wahyu dan panduan melalui Para Rasul a.s .

Kita juga wajib mengucapkan syukur kepada Allah Ta’ala di atas nikmat sampainya Islam kepada kita dan masih ramai lagi para ulama’ rh , kerana tanpa Islam dan bimbingan para ulama’ rh , tidaklah kita layak masuk ke dalam syurga Allah Ta’ala kelak .

Lihat lagi firman Allah Ta’ala di dalam Surah al-Kahf , ayat pertama :

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنزَلَ عَلَى عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَل لَّهُ عِوَجَا

Ertinya : “ Segala puja-puji hanyalah untuk Allah ( Tuhan ) yang telah menurunkan kepada hamba-Nya kitab dan tidak pula Allah ciptakan baginya ada sebarang kebengkokan ( pertentangan dan perselisihan di antara satu ayat dengan ayat yang lain ) “ . 

Kita juga wajib bersyukur kepada Allah Ta’ala di atas nikmat adanya kitab Al-Quranul Karim sebagai panduan hidup kita , yang mana tanpanya , pastilah kita tidak akan menemui kebenaran dan kejayaan di dunia dan di akhirat .

Selain itu ianya diucapkan apabila kita dipuji , contohnya apabila orang memuji kita lantaran kejayaan kita , lalu kita pun menjawab : “ Alhamdulillah , saya berjaya “ ( Diucapkan ucapan “ Alhamdulillah “ agar kita tidak lupa bahawa sehebat mana pun usaha kita , ianya tentu tidak akan berjaya jika tidak diizinkan oleh Allah Ta’ala ) .

Ucapan “ ALHAMDULILLAH “ ini juga dikenali sebagai “ TAHMID “ .

3 – Ucapan “ ALLAHU AKBAR “ اللّهُ أَكْبَرُ 

Ertinya : “ Allah Maha Besar “ . 

Ianya diucapkan di dalam beberapa situasi :

1 – Apabila berada di tempat yang tinggi .

2 – Apabila berada di dalam ketakutan .

3 – Sebagai teriakan untuk menakutkan dan menggerunkan musuh-musuh Allah Ta’ala .

4 – Sebagai “ pembakar semangat “ para pejuang Islam .

5 – Ketika azan , takbiratul ihram dan takbir hari raya .

Ucapan ini dikenali juga sebagai “ TAKBIR “ .

4 – Ucapan “ LA ILAHA ILLALLAH “ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ 

Ertinya : “ Tidak ada sama sekali Tuhan yang layak diibadati melainkan Allah “ . 

Masyarakat Arab biasanya menyebut kalimah ini apabila melihat sesuatu yang menggerunkan ataupun peristiwa yang mengerikan .

Kalimah ini adalah inti-pati dan dasar ajaran Islam . Silalah melihat kitab-kitab zikir dan wirid yang sahih (seperti RIYADHUS SOLIHIN oleh Al-Imam an-Nawawi rh ataupun KALIMUT TOIYIB oleh Al-Imam Ibnu Taimiyah rh ) untuk mengetahui fadhilat-fadhilat kalimah Tauhid ini .

Ia dikenali juga dengan gelaran “ TAHLIL “ .

5 – Ucapan “ BISMILLAH “ بِسْمِ اللّهِ 

Ertinya : “ Dengan Nama Allah “

Ucapan ini dikenali sebagai “ BASMALAH “

Dilakukan sebagai menunjukkan adab di antara seseorang hamba dengan Allah Ta’ala ketika melakukan perkara-perkara yang diredhai-Nya .

Ertinya di sini ialah : “ Bismillah “ digunakan untuk melakukan perkara-perkara yang diredhai oleh Allah Ta’ala sahaja . Seolah-olah tatkala kita membacanya kita turut sama beriktiqad : “ Aku menyebut nama Allah ini supaya kerja yang aku lakukan ini dirahmati dan diberkati oleh-Nya “ .

Adapun jika digunakan untuk perkara-perkara yang dilarang , maka ia adalah haram bahkan kadang-kadang boleh membawa kepada murtad kerana dianggap menghina kesucian ataupun mempersendakan Allah Ta’ala . Contohnya : 

A – Membaca “ Bismillah “ untuk menyembelih binatang-bintang yang tidak disembelih untuk tujuan yang dibenarkan ( seperti untuk mandi safar , untuk “ membuka gelanggang silat “ , untuk “ menyemah “ rumah , untuk “ menjamu “ penunggu dan jin dan sebagainya .

B – Membaca “ Bismillah “ untuk melakukan jampi-jampian yang dilarang oleh agama kita .

C – Membaca “ Bismillah “ untuk “ tikam “ nombor ekor , toto dan lumba kuda serta sebarang perjudian .

D – Membaca “ Bismillah “ ( supaya selamat konon-kononnya ) untuk mengintai orang mandi .

E – Membaca “ Bismillah “ untuk makan dan minum apa-apa yang haram .

F – Membaca “ Bismillah “ kuat-kuat ( agar didengar oleh orang ramai ) ketika membuka warong demi melariskan jualan .

6 – Ucapan “ MA SYAALLAH “ مَا شَاء اللَّهُ 

Ertinya : “ Apa yang Allah Kehendaki “

Diucapkan ketika melihat apa-apa yang baik dan indah .

Diucapkan juga ketika melihat perkara-perkara yang luar biasa dan hebat ( sama seperti Tasbih )

Tidak boleh digunakan sebagai ucapan tatkala melihat sesuatu yang dilarang , contohnya menyebut “ MA SYA ALLAH “ ketika melihat wanita-wanita yang berpakaian seksi sebab kalimah itu bermakna “ Apa-apa yang Allah kehendaki “ , sedangkan Allah Ta’ala tidak pernah sama-sekali menyuruh wanita-wanita berpakaian seksi di hadapan bukan suaminya . Dan begitu juga tidak boleh mengucapkan kalimah ini tatkala melihat pelakon-pelakon yang seksi-seksi di TV . 

Hati-Hati dan fahami baik-baik penggunakan kalimah dan ucapan ini !!! .

Ucapan ini diistilahkan sebagai : “ AL-MASYIAH “

7 – Ucapan “ A’UZUBILLAHI MINASY SYAITONIR RAJIM “ أَعُوذُ بِاللّه مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ ِ

Ertinya : “ Aku memohon perlindungan Allah daripada syaitan yang direjam ( terkutuk ) “ . 

Diucapkan sebagai memohon perlindungan dan keselamatan kepada Allah Ta’ala daripada segala jenis gangguan , sama ada gangguan syaitan ataupun bala-bencana .

Diucapkan juga sebagai memulakan bacaan ayat-ayat suci Al-Quranul Karim .

Ucapan ini digelar sebagai “ AT-TA’AWWUDZ “ .

8 – Ucapan “ LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAH “ لاحول و لا قوة إلا بالله

Ertinya : “ Tidak adalah daya-upaya dan kekuatan ( yang sebenar / yang terutama ) melainkan dengan izin ( pertolongan ) Allah “ . 

Diucapkan apabila melihat perkara-perkara yang tidak disukai ataupun apabila kita tidak terdaya untuk melakukan sesuatu .

Dan diucapkan apabila kita merasai kekurangan dan kelemahan yang ada pada diri kita seperti sedang berhadapan dengan jumlah musuh yang lebih ramai daripada pihak kita .

Ucapan ini dikenali sebagai “ AL-HAUQOLAH “ .

9 – Ucapan “ INSYA ALLAH “ إِن شَاء اللَّهُ 

Ertinya : “ Jika diizinkan Allah “

Diucapkan apabila kita berjanji untuk menyempurnakan hajat seseorang . Ataupun apabila hati kita berat 70 % untuk memenuhi janji itu maka bolehlah kita menyebut “ INSYA-ALLAH “ , tetapi jika kita memang tidak mahu memenuhi hajat itu ataupun hati kita memang berat 70 % untuk tidak memenuhinya , maka tidaklah wajar kita menggunakan kalimah ini . ~ [ Hasil temuramah di antara S.S Dato’ Ishak Baharom , Bekas Mufti Selangor Darul Ehsan dengan salah sebuah majalah di Malaysia ] .

Ucapan ini dikenali sebagai “ TAWAKKUL “ ( Tetapi masyarakat Melayu memanggilnya sebagai tawakkal )

10– Ucapan “ BARAKKALLAHU FIK “ بَارَكَ اللّهَُ فِيكَ

Ertinya : “ Semoga Allah memberkati engkau “ . 

Diucapkan kepada seseorang yang kita cintai ataupun sebagai doa baginya .

Menurut sunnah ucapan yang seumpama ini diucapkan juga kepada mereka yang baru berkahwin .

Ucapan ini dikenali sebagai “ AT-TABARRUK “ .

11 – Ucapan “ JAZAKALLAHU KHAIRAN “جَزَاكَ اللهُ خَيرًا 

Ertinya : “ Semoga Allah membalas jasa-baikmu itu dengan kebaikan “

Ucapan ini sebagai tanda terima kasih kita pada seseorang .

Boleh juga diucapkan dengan “ JAZAKALLAHU KHAIRAN KATSIRAN “ ( Semoga Allah membalas jasa-baikmu itu dengan kebaikan yang banyak “ .

Boleh juga diucapkan dengan “ JAZAKALLAHU KHAIRAL JAZAK “جَزَاكَ اللهُ خَيرَ الجَزآء 
( Semoga Allah membalas jasa-baikmu dengan balasan yang paling baik ) .

Adalah SALAH dan TIDAK BETUL jika sekadar mengucapkan “ JAZAKALLAHU “ ( Semoga Allah membalasmu…) Membalas dengan apa ??? . Ayat ini jadi ayat tergantung ! .

Apabila kita diucapkan sedemikian rupa , maka respon kita pula ialah : “ JAZANA WA IYYAK “ .

جَزَانا وَ إيِاكَ

Erti respon itu ialah : “ Semoga Allah juga membalas ( kebaikan yang kau ucapkan tadi ) kepada kita semua dan juga kepada dirimu “ . 

Ianya dikenali sebagai kalimah “ ASY-SYUKR “

12 – Ucapan “ INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI’UN “ إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Ertinya : “Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali “.

- Diucapkan apabila ditimpa sesuatu yang tidak dikehendaki seperti banjir , kemalangan , kecurian dan seumpamanya .
( Walhal orang-orang kita hanya mengucapkannya tatkala mendengar berita kematian seseorang ) .

Firman Allah mengenai ucapan ini :

الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُواْ إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Ertinya : “ Orang-orang yang sabar itu apabila mereka ditimpa musibah mereka akan berkata : Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali “ ~ Surah al-Baqarah , ayat 155 .

Ucapan ini dikenali sebagai “ LIL ISTIRJAA’ / TARJIE’ “

13 – Ucapan “ HASBUNALLAHU WA NI’MAL WAKIL “ حَسْبُنَا اللّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

Ertinya : “ Cukuplah bagi kami ini Allah itu sebagai sebaik-baik pelindung / penolong “ . 

Diucapkan sebagai tanda kita ini berserah diri dan bergantung harap ( bertawakkal ) kepada Allah Ta’ala semata-mata . Dan ia juga merupakan ucapan “ pembakar “ semangat keberanian orang-orang yang beriman . Contohnya diucapkan tatkala menghadapi serangan musuh .

Firman Allah Ta’ala yang mengisahkan keimanan para sahabat r.a menjelang Perang Badar :

الَّذِينَ قَالَ لَهُمُ النَّاسُ إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُواْ لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَاناً وَقَالُواْ حَسْبُنَا اللّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

Ertinya : Orang-orang yang mentaati Allah dan Rasul itu apabila dikatakan kepada mereka : "Sesungguhnya manusia ( musyrikin Quraisy ) telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, karena itu takutlah kepada mereka", maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: "Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung “ . ~ Surah Ali ‘Imran , ayat 173 .

Ucapan ini dikenali sebagai “ AL-HASBANA “.

Sekian . Semoga ada manfaatnya .
Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .

1- MAUSU’AH al-QURAN al-KARIM 
Tafsir 4 Orang Imam Besar
ESC Soft - Egypt

2 – PENERANGAN LISAN OLEH SYEIKH SOLEH HAMDI as-SISI 
M.A ( Hadist ) , Universiti al-Azhar asy-Syarif

sumber : http://qazikirdandoa.blogspot.com

~ moh baiki solat weh~

Assalamualaikum.. salam sayang kerana Allah.. sekarang nak share kepada semua tentang cara untuk mendapatkan solat yang khusyuk yang saya baca dari buku nipis penuh hikmah.. bukunya bertajuk '' Sedarkah kamu wahai manusia ; Antara hari ini dan semalam ''..

mulanya ada rasa malas nak menaip.. yela, kena tengok buku lepas tu taip.. tengok taip tengok taip.. hasutan syaitan berbisik, jangan jangan jangan.. penat lah.. hehe.. tapi saya lawan.. ALLAHUAKBAR.. YAHHH!! WACHAAAA!! yeay.. berjaya buang kemalasan sebab ini ilmu yang berguna.. tak boleh nak tangguh lagi.. lagipun esok agak sibuk nak siapkan segala kelengkapan kembali semula ke Upsi.. ok2.. moh kita..

cara untuk mendapatkan solat yang khusyuk adalah :

1) YAKIN : 100% sesungguhnya Allah tidak jauh dari urat lehermu..
2) SABAR : mengerjakan solat tidak tergopoh gapah..
3) REDHA : mengerjakan solat dengan penuh penyerahan kepada Allah..
4) IKHLAS : mengerjakan solat dengan penuh kesedaran tanpa paksaan..
5) IMAN : segala tentuan Qada' dan Qadar datang dari Allah SWT..
6) ILMU : tahu tentang syarat dan rukun solat yang benar..
7) AKAL : sihat dan waras..

lepas tu ada lagi.. yang ni agak complicated sikit.. tapi takpe.. saya bagitahu dulu apa dia.. untuk entry lepas ni saya terangkan sikit-sikit.. sebab saya pun nak baca beberapa kali lagi.. supaya lebih faham.. nanti senang nak terang..perkara tersebut adalah :

1.. WALA HAYYUN : matikan dirimu sebelum mati..
2.. WALA BASIRUN : butakan matamu sebelum buta..
3.. WALA SAMI'UN : pekakkan telingamu sebelum tuli..
4) WALA ALIMUN : sedari dirimu itu dhaif.. tak berilmu melainkan Allah..
5) WALA MUTHAKALIMUN : jangan bercakap hal dunia dalam solat..

ok.. ini sahaja dulu untuk malam ni ye.. nanti in shaa Allah, saya kongsikan dengan lebih mendalam tentang apa yang saya baca ni.. sebab saya pun masih dalam tempoh untuk memahami.. masih ada perkara yang saya kurang paham.. hehe.. semoga kita semua mendapat manfaat dan sama-sama membaiki solat kita.. aamin ~

~ makna bacaan-bacaan dalam solat ~


Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkau yang kami sembah dan hanya Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk

Maha suci Tuhanku yang maha mulia dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci Tuhanku yang Maha Tinggi dan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah aku, rahmatilah aku, kayakan aku, angkatlah darjatku, rezekikan aku, berilah aku hidayah, sihatkanlah aku dan maafkanlah aku.

Bacaan ketika tahiyat awal

Segala ucapan penghormatan,segala kurnia, segala ucapan pengagungan dan pujian hanyalah milik Allah.
Semua perlindungan dan pemeliharaan untukmu, wahai Nabi, begitu pula rahmat Allah dan segenap kurniaNya.
Semua perlindungan dan pemeliharaan semoga diberikan kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Allah, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Tambahan untuk tahiyat akhir

Ya Allah, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Nabi Ibrahim dan keluarganya.
Berkatilah ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya.
Sebagaimana Engkau berkati ke atas Nabi Ibrahim dan keluarganya di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahteralah aku sebagaimana orang-orang yang Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang Engkau pimpin.
Berkatilah untukku apa-apa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku dari segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan dan tidak sesiapa pun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan taubat pada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

sumber: yang-arif.blogspot.com

~ kelebihan sujud dalam solat ~




“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat, dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” (2:45)
Pakar sains mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling menggalakkan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.
Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika sembahyang. Semoga ia dapat memotivasikan diri untuk tidak meninggal solat wajib dan mengejar berbuat solat sunat.
1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.
2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
3. Melegakan sakit hernia.
4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. Kedudukan sujud dalam solat adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
7. Meringankan bahagian pelvis.
8. Memberi dorongan supaya mudah tidur.
9. Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. – Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.
10. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
11. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.
12. Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin. organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut .(Convulsions).
13. Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
14. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak takbur dan sebagainya.
15. Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud dalam solat yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.
Sumber: Generasi Jutawan Iman & Taqwa