Assalamualaikum~
pagi yang bening bertemankan Banjaran Titiwangsa yang sangat indah.. kadang ada, kadang main bersembunyi di balik tompokan kabus.. Subhanallah.. sungguh sempurna dan mempesona.. Alhamdulillah diberi peluang untuk tinggal di kolej kediaman untuk semester terakhir ini.. tingkap di bilik pula memudahkan diri mengintai Banjaran Titiwangsa nun jauh di sana.. keseorangan, kawan sebilik tersayang telah ke kelas.. dan saya tak ada kelas hari ini.. bila berseorangan, terbit rasa nak memuhasabah diri.. menilai apa yang kurang.. mana yang boleh dibaiki.. lagi dan lagi.. terus tanpa henti sampai nanti dijemput Ilahi..
kawan-kawan, pernah tak dalam kehidupan kamu berlaku perkara macam ni.. bila nampak orang yang mempunyai kelebihan.. hati kamu memuji dan pada masa yang sama kamu merasa sangat rendah diri.. contohnya..
~ wah, licinnya kulit dia.. tak macam kulit aku, berjerawat sana sini.. eghhh..~
~ putihnya dia.. hummmmm..* mengeluh.. tak macam aku.. macam kopi pekat je.. ~
~ wow kurusnya dia.. aku pulak macam badak da ni ha.. haiiihhhh.. * mengeluh lagi.. ~
~ emmmm cantiknya dia.. cantik ciptaan Tuhan.. aku tak cantik macam dia.. muka aku macam cekodok pisang sejuk.. lahai sedihnye.. ~
pernah tak berlaku pada kamu semua.. saya rasa mungkin ada juga kan.. biasanya perempuan yang selalu macam, maaf kalau saya tersilap.. ini sekadar pandangan saya sahaja, berdasarkan pengalaman.. dan saya tak menafikan, saya kadang-kadang macam tu juga.. bila melihat kelebihan dan keistimewaan orang lain, hati mengagumi tapi pada masa yang sama mengutuk-kutuk diri sendiri.. Astagfirullah.. secara tidak sedar, sebenarnya kita sudah menghina diri kita sendiri.. kita telah menghina makhluk ciptaan Tuhan.. bukankah kita juga sebahagian daripada makhluk ciptaan Allah..? jadi apa hak kita nak menilai dan mempersendakan ciptaanNya..
tak salah untuk merasa rendah diri.. malah itu salah satu sifat yang bagus.. tetapi kalau dah tahap menghina diri sendiri itu bukan bagus lagi namanya.. dah menjadi satu dosa.. asyik memikirkan kekurangan yang ada pada diri (tubuh badan/wajah/ketinggian/warna kulit/kondisi kulit), satu perkara yang tak berfaedah dan tindakan itu juga akan membuatkan kita selalu kecewa dan tak gembira.. tak ada manfaat bukan..? tindakan ini juga membuatkan kita hilang rasa syukur kepada Allah, Tuhan yang mencipta kita apa adanya..
mengapa asyik nak bandingkan kekurangan diri sendiri dengan kelebihan orang lain.. sudah tentulah kita akan nampak buruk kita saja.. apa kata mulai hari ini, kita belajar menerima dan menghargai diri sendiri.. kasihanilah diri kita.. percayalah, kita juga ada kelebihan yang istimewa seperti orang lain.. mungkin kita tak putih tetapi kulit kita cantik, licin, jerawat tiada.. mungkin kita tak kurus tapi tubuh badan kita sihat sentiasa.. mungkin kita tak berapa nak cantik, tetapi kita comel.. mungkin kulit muka kita banyak jerawat, tetapi bahagian badan yang lain tiada masalah, cantik mulus.. lihat.. semuanya ada keistimewaan masing-masing.. betul tak..?
belajarlah menghargai diri sendiri.. terimalah diri kita seadanya.. bersyukurlah.. dan jangan bimbang.. Allah itu Maha Adil.. Dia tak menilai kita dengan rupa paras luaran.. penilaian Allah tak sama macam kita, tak sama macam manusia mana pun.. jadi, daripada kita sibuk dengan mengeluh atas kekurangan diri, apa kata kita tingkatkan ibadah dan amalan kepada Allah.. jangan terlalu ikutkan nafsu.. dengan izinNya, kita akan merasa lebih tenang..
setiap manusia diciptakan berbeza.. masing-masing mempunyai pesona yang tak sama.. namun percayalah, setiap ciptaan Tuhan, cantik semuanya..
'' sesungguhnya Allah tidak melihat bentuk tubuhmu dan tidak pula menilai kebagusan wajahmu, tetapi Allah melihat keikhlasan hatimu..'' (HR MUSLIM)
'' sesungguhnya Allah tidak melihat bentuk tubuhmu dan tidak pula menilai kebagusan wajahmu, tetapi Allah melihat keikhlasan hatimu..'' (HR MUSLIM)
~ terima kasih Allah ~
No comments:
Post a Comment