Sunday, 3 March 2013

~ Syria, sejauhmana kita peduli? ~

Assalamualaikum...

hari ni saya nak kongsi kan beberapa keping gambar mengenai pergolakan yang sedang berlaku kepada saudara-saudara kita di Syria.. gambar-gambar ni saya ambil dari blog  Syria Care : Pertubuhan Penyayang Islam membantu Syria.. saya ambil gambar dan captionnya sekali..semua gambar sangat menyayat hati.. terfikir pula saya apakah yang sedang kita lakuakan ketika saudara mara kita ini berada di ambang maut.. pedulikah kita kepada mereka sebenarnya..? jika ya, bagaimana caranya kita pedulikan mereka? sudahkah kita titipkan warkah doa kepada yang Esa untuk mereka setiap kali selepas solat..? sudahkah kita merayu belas ihsan Tuhan untuk membantu mereka..? wallahua'lam.. sama-sama kita muhasabah diri dengan melihat semua gambar ini.. in shaa Allah ~


Tiga mawar suci masih belum dipetik dari Taman 'Damsyik'..
Laknatullah mereka yang dengan kejam membunuh mawar suci ini..



Mujahideen (Jubhat al Nusrah = Penggempur bahagian depan)
meraikan kejayaan mereka diatas sebuah helikopter selepas mereka berjaya menawan sebuah lapangan terbang..



Inilah sebab kenapa Syria digelar dengan nama Rumah Sembelihan Ahlul Sunnah oleh Kufar Alawites dan Syiah!!


Adik ini masih dapat tersenyum indah meskipun mainannya adalah hasil daripada sisa-sisa perang. MasyaAllah.
Hidup perlu diteruskan, dan pasti akan diteruskan. Semuanya bergantung dengan bagaimana kamu melihat masalah itu dan menanganinya. Allahuakbar!



"Sesungguhnya aku hanyalah mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah ....


Di medan juang kau umpama SINGA di rimba! Di dalam hati rupanya ada mesin jahit! 
Inilah hebatnya perwira-perwira FSA yang serba berkebolehan. Mereka sedang menyediakan lembaran untuk mengelak dari penembak tepat syiah. Semoga Allah mengurniakan Syurga Firdaus kepada para Mujahideen. Amin amin amin. 



Ibu itu tidak meminta anaknya kembali ke pangluannya, ibu itu pergi sendiri ke medan perang berjumpa dgn anaknya....
Dan menyokong kegiatan jihad anaknya dengan berdoa bersungguh sungguh..
Tidak hairanlah syurga di bawah tapak kaki ibu....
Oh ibu sesungguhnya ibu teramat istimewa! ♥
Semoga Allah kembalikan anakmu dengan selamat dan berjaya menumpaskan Assad..... Aminn.....



Kenapa perlu gentar lakukan jihad fi sabil Allah?
Walaupun Jihad menentang Kafir Syiah?
Allah adalah pelindung yang Maha Kuasa, dia yang menentukan jangka hayat kita.
Jika maut datang, ia pasti datang tanpa dapat dihalang oleh sesiapa pun, jika sebaliknya, kita akan hidup tak kira apa halangan.
Lihatlah Mujahid ini, bertempur menentang kafir Syiah. Allah melindunginya dari ditembusi peluru.
Semoga Allah melindungi saudara seagama kita di Syria dan Palestin. Amin..






50 mayat ditemui di Damsyik, setengah dari mayat ini terdapat kesan penderaan, orang tempatan tidak dapat mengenalpasti mayat-mayat ini kerana terdapat kecacatan yang teruk pada mayat serta sekurang-kurangnya 30 daripada mayat-mayat ini tidak berkepala. (Jober/Damsyik) bandar Sunni..






Detik-detik terakhir keberanian seorang Videografer “Mustaffa” berdepan dengan muncung penembak kereta kebal sebelum dia ditembak mati. Begitulah betapa peritnya jalan-jalan yang dilalui mereka untuk menyalurkan kebenaran kepada dunia tentang apa yang sedang berlaku di sana. 
Kini yang telah sampai kepada anda pada hari ini adalah dari keperitan mereka bersabung nyawa menyalurkan berita dari celah-celah runtuhan bangunan sebelum diluncurkan ke internet melalui talian satelit. Kadang-kadang yang tertinggal hanyalah kamera bersama memori tanpa pemiliknya yang sudah pun dijemput Syahid..






Putraku sayang...
Ayah akan bertempur untukmu, untuk kebebasan dan masa depanmu.

Ayah akan memerangi ketakutanmu dan akan segera bebas (insyaAllah)

Ayah akan meraih bintang-bintang untukmu, untuk menerangi saat gelap malam kita.

Jika ayah mati, kau akan menjadi matahari Syahid, kau akan membangun sebuah kejayaan umat kita.

Putraku sayang...
Jangan takut pada bom dan peluru, kau adalah sebuah gunung berapi bagi mereka.

-Abu Ammar dengan anaknya.
-Semoga Allah melindungi mereka..






Keluarga Syahid Husam Zakaria Muhammad dari perkampungan Sunni Al-Rakka tidak dapat membayar wang untuk mendapatkan jenazahnya dan akhirnya dibakar oleh jeneral Syiah.
Lelaki di dalam telefon menerangkan secara terperinci bagaimana jeneral Syiah mencuri jenazah Syuhada dan rakyat yang telah meninggal untuk dijual dengan harga yang tinggi pada keluarga mereka. Bukan semua keluarga boleh membayarnya kerana berada dalam peperangan.
Ini adalah cara terbaru jeneral Syiah untuk menghina Sunnah dan merampas pendapatan mereka. Selepas berita menggemparkan bila pihak berkuasa Bashar Assad membenarkan mencuri barangan di rumah Mujahideen sebagai gaji mereka dan juga membenarkan tentera mereka menculik perempuan untuk menekan keluarga lelaki mereka untuk menyerah diri kepada Syiah, kini mereka menculik orang mati pula.
Apa yang terjadi pada Sunni di Syria tidak pernah berlaku di tangan Kristian di Chechnya atau di oleh Serbs di Sbernechia..


Semoga Allah selamatkan Sunni di Syria..






Apa yang tidak kena dengan gambar ini ?
Adakah ini situasi umat Islam sekarang ??!
Musuh Islam saban hari bekerja keras menghapuskan dan memusnahkan Islam. Kita bagaimana? Alpa? Leka? Atau pura-pura tidak mengerti?
Di Malaysia, kanak-kanak diajar menari dan menyanyi tanpa pengisian rohani. Di Syria, kanak-kanak dibunuh tanpa ihsan!






Walaupun Beliau kehilangan matanya, semangat juangnya masih tinggi sehinggakan Beliau bersumpah tidak akan pernah sesekali meletakkan senjata selagi Syria tidak bebas dari kezaliman Basyar.

General Khalid Al Tawil / Homs.

{Wahai Nabi, perangsangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu dua puluh yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh yang kafir itu) dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang yang tidak mengerti. (65)} Al-Anfal.

Sumpah (Kasam):
Dengan nama Allah Yang Maha Kuasa, kami berjanji akan selamatkan, memelihara, dan menjaga kehormatan dan maruah negara kami, Syria. Kami akan melindungi orang awam tak kira perbezaan kepercayaan dan agama. Kami bersumpah akan berkorban demi membebaskan Syria , demi maruah orang Syria, dan kebebasan Syria. InsyaAllah..






Di pondok kecil di pantai ombak
Berbuih putih beralun-alun

Disuatu hari ayah berkata
Jaga adik mu ayahkan pergi jauh
Ku pandang wajah ayah dahinya ku cium
Air mata mengalir hatiku pilu

Diam-diamlah sayang jangan menangis 
Doakan ayah semoga diterima
Diam adik ku sayang jangan menangis
Andai ayah gugur doakan dia syahid

Selamat berjuangan ayah tercinta
Kau pergi dulu ayah ke medan juang
Ku iringi doa moga berjaya
Beroleh kemenangan demi agama Islam

Wahai abang ku kemana 
Ayah ku sayang ayah ku cinta ayah 2x

Duhai adik ku sayang jangan bersedih 
Ayah mu pergi menyambut seruan Ilahi
Tapi ingatlah adik ku pesanan ayah
Berjuangan dan berkorban walau dimana jua

Pada Mu Tuhan aku bermohon 
Dosa ayah ku minta diampunkan
Berilah rahmat bantulah dia 
Untuk menegakkan agama Islam..






Ini bukan pendekar bujang lapok ataupun laksamana Doremi, ini lah pejuang kebanggan Ummah yang tidak akan lapok ditelan zaman...merekalah MUJAHIDEEN ♥






Peranan wanita dalam Jihad tidak boleh dipandang rendah.....

Ini ialah Um Fares, anaknya merupakan pejuang barisan hadapan menentang Bashar the Syiah 'Bastard' di Liwa Umar Al Faroq. 

Dia kehilangan rumahnya di Homs-Baba Amru, tapi dia tidak menyerah kalah lagi....Dia mengabadikan dirinya dengan membantu mereka yang tercedera di hospital-hospital di Damsyik, Jober.

Inilah wanita hebat yang layak mendapat segala bentuk penghormatan.
Inilah 'tangan-tangan yang diperbuat dari emas', semoga ALLAH s.w.t melindungi engkau...






Owh DUNIA! ... Masuk telinga kanan keluar telinga kiri dan mulutmu terus terkunci membisu..



Ya Allah..
sedih sayu melihat gambar-gambar ini..

hati sakit bagai disiat-siat..

inginku marah pada diri sendiri..

apa saja yang aku lakukan untuk mereka?

Allahu ya Allah..



Ya Allah..

aku ini lemah..

tak mampu ku ke sana membantu mereka..

tetapi redhalah padaku Ya Allah..

kerana aku tak pernah melupakan..

walau aku tak berada di sana..



Ya Allah..

dalam kesayuan hati, aku memohon..

Kau selamatkalah saudara-saudara ku di sana..

pada yang masih hidup, jagakan keselamatan mereka..

pada yang sudah Kau jemput..
redhailah mereka..
bawalah mereka dalam lembayung syurgaMu..
sesungguhnya mereka adalah golongan yang terseksa..
akibat perbuatan manusia durjana..

Ya Allah..
sungguh aku tiada apa-apa untuk membantu mereka..
melainkan doa dari kejauhan..
dan bisikkan khabar rindu kepada mereka..
katakan aku turut bersimpatai di atas musibah yang menimpa..

Ya Allah..
tiupkan angin kekuatanMu kepada setiap mereka..
jangan Kau biarkan mereka berputus asa..
Ya Allahu YA Allah..
redhailah kami umat Islam seluruh pelusuk alam..
~ aamiin Ya Allah ~










Saturday, 2 March 2013

~ taubat seorang hamba ~



Hati Hiba Mengenangkan
Dosa Dosa Yang Ku Lakukan
Oh Tuhan Maha Kuasa
Terima Taubat Hamba Berdosa

Ku Akui Kelemahan Diri
Ku Insafi Kekurangan Ini
Ke Kesali Kejahilan Ini
Terimalah (3x) Taubatku Ini

Telah Aku Merasakan Derita Jiwa Dan Perasaan
Telah Hilang Dari Jalan Menuju Redha Mu Ya Tuhan

Di Hamparan Ini Ku Meminta
Moga Taubat Ku Diterima..


~ mohon redhaMu ya Allah ~

.
.
.
Mohon redhaMu Ya Allah..
atas nyawaku yang Kau berikan..
.
.
.
mohon redhaMu Ya Allah..
atas segala solat yang ku dirikan..
.
.
.
mohon redhaMu Ya Allah..
atas segala ibadah yang cuba ku sempurnakan..
.
.
.
mohon redhaMu Ya Allah..
atas setiap helaan nafas yang Kau pinjamkan..
.
.
.
mohon redhaMu Ya Allah..
atas segala rezeki yang Kau kurniakan..
.
.
.
mohon redhaMu Ya Allah..
dalam setiap langkah yang cuba ku aturkan..
.
.
.
mohon redhaMu Ya Allah..
dalam setiap keputusan yang akan ku putuskan..
.
.
. 
mohon redhaMu Ya Allah..
ketika aku membuat apa-apa tindakan..
.
.
.
mohon redhaMu Ya Allah..
agar aku tak tersesat dari jalan..
.
.
.
mohon redhaMu Ya Allah..
dengan segala makanan yang masuk dalam badan..
.
.
.
mohon redhaMu Ya Allah..
dengan segala ucapan yang aku ungkapkan..
.
.
.
mohon redhaMu Ya Allah..
dalam setiap ketika waktu yang berjalan..
.
.
.
mohon redhaMu Ya Allah..
pimpinlah aku ke arah kebaikan..
.
.
.
mohon redhaMu Ya Allah..
jauhkan aku dari azab nerakaMu yang menyeksakan..
.
.
.
mohon redhaMu Ya Allah..
jemputlah aku ke syurgaMu yang aku impikan..
.
.
.
mohon redhaMu Ya Allah..
mohon redhaMu Ya Allah..
mohon redhaMu Ya Allah..
kerana itulah alasan kenapa aku dihidupkan..
kerana itulah alasan apabila aku dimatikan..
dan..
itulah satu-satunya yang aku impikan..

~ Aamiin Ya Rabbal Alamin ~



~ '' hadiah '' paling berharga ~

Assalamualaikum.. 


badan masih terasa begitu penat dan lesu.. akibat berada di DBP 2 hari berturut-turut.. naik turun tangga cari bahan.. ke hulu ke hilir.. emmmmm.. penat.. letih.. tapi kalau niat nak cari redha Allah, bukan semata-mata nak siapkan kajian, saya kena terus kuat.. Allah sumber kekuatan manusia kan.. 

hari ni saya nak ceritakan sesuatu yang sangat luarbiasa yang berlaku kepada saya.. dah seminggu berlalu baru hari ni nak kongsi ngan semua.. lau biar lama lagi nanti lupa pulak..

perkara ni sangat istimewa dan luarbiasa bagi saya.. ok saya ceritakan dari awal lagi ye..

beberapa bulan yang lalu.. saya dan keluarga pergi jalan melawat maktam saya yang tinggal kat muadzam shah.. maktam saya ni seorang yang boleh dikatakan sebagai warak orangnya.. baik dan zuhud.. dia isteri kepada arwah pakcik saya yang dah meninggal berbelas tahun yang lepas.. semasa berbual maktam tunjukkan pada saya tasbihnya yang terdapat kalimah ''Allah''.. masa pegang tasbih tu ada satu perasaan aneh menyelinap masuk ke hati saya.. saat tu juga terdetik dalam hati.. ''Ya Allah, aku mahukan hadiah yang begini juga''.. permintaan ini hanya terdetik dalam hati saya, tak pernah saya suarakan pada sesiapa sehingga hari ini baru saya kongsikan..

sejak hari tu, saya selalu membelek-belek tasbih milik saya yang dihadiahkan oleh akak angkat saya, kak ayuniza.. tasbih saya ada 33 butiran manik sahaja.. berwarna hitam.. kecil dan comel.. hehe.. saya bukanlah seorang yang selalu berzikir sangat pun.. tetapi tasbih ni selalu bersama saya.. saya buat macam mainan.. saya salu pegang dia.. pakai kat tangan.. entah lah, ada sesuatu yang istimewa dengan tasbih ni.. saya suka dan selesa buat macam tu.. saya selalu belek-belek tasbih saya ni, dengan harapan ada kalimah Allah juga untuk saya.. lucu kan.. bila saya fikir logik, tak akan lah orang macam saya ni boleh dapat hadiah paling istimewa tu.. 

nak dijadikan cerita.. seminggu yang lepas, tanggal 22/2/2013 bersamaan dengan hari Jumaat yang begitu mulia lagi barakah.. ketika itu, waktu petang, saya sedang berbual-bual dengan kawan-kawan sambil tangan saya bermain-main dengan tasbih saya tu.. dengan secara tak sengaja saya terpandang satu butiran manik tasbih yang nampak lain sikit dari yang lain-lainnya.. saya pun tengok dan belek betul-betul.. ALLAHURABBI.. ALLAHU ALLAH.. MASYAALLAH.. ada kalimah ''Allah'' pada salah satu manik tasbih saya tu.. Allah........... masa tu saya tunjukkan pada kawan-kawan saya untuk lebih kepastian.. mereka cakap betul, memang kalimah Allah... Ya Allah.. saat itu juga badan saya kebas dan rasa menggigil.. Allahu Allah.. tak tertanggung rasa terharu dan sedih pada saat tu hingga bertitisan air mata saya.. masa taip ni pun, menggigil badan saya.. Allahu Allah.........

sungguh saya tak sangka.... Allah hadiahkan kalimahNya kepada saya.... Allah.... apa rahsiaMu.......? betapa Kau memberikan hadiah paling bermakna pada hambaMu yang paling hina.... Allah.....

sejak hari itu, saya mula memuhasabah diri... saya insaf... saya bertaubat... selama ini saya telah bersangka buruk kepada Tuhan saya... sebelum-sebelum ni saya selalu bersangka...

~ Allah terima ke taubat saya..?

~ Allah sayang ke pada saya..?

~ Allah boleh ke ampunkan segala dosa saya..?

~ Allah terima ke segala ibadah yang saya lakukan..?

kadang-kadang saya beribadah dalam keadaan yang ragu.. saya takut Allah tak terima taubat saya.. takut Allah tak terima ibadah saya.. takut Allah tak pandang saya.. takut Allah tak sayang pada saya.. saya takut.. takut sangat..

tetapi.. sejak menerima ''hadiah terindah'' ini.. saya mulai insaf.. kenapa saya perlu buruk sangka pada Allah walhal Dia yang menciptakan saya dengan kasih sayang dan cintaNya pada saya.. dengan ''hadiah'' ini, mungkin Allah memberi teguran kepada saya supaya jangan berburuk sangka kepada Nya.. jangan anggap Dia tak sayang saya... Allah... Maafkan hambaMu ini... betapa hadiah ini merupakan hadiah paling mahal, paling istimewa, paling berharga sepanjang hidup saya..

dengan ''hadiah'' ini juga saya menganggap, Allah memberi sokongannya kepada saya untuk semakin memperbaiki diri menjadi hambaNya yang lebih baik daripada sebelum-sebelum ini.. saya insafi diri.. semoga saya tak buruk sangka kepada Dia lagi lepas ni.. kerana Allah pernah berfirman dalam sebuah hadis Qudsi yang bermaksud.. '' Aku adalah menurut persangkaan hamba-hambaKu.. dan aku bersama-sama mereka bila mereka mengingatiKu'' .. in Shaa Allah.. saya akan buang sifat buruk saya ni.. dan akan bersangka baik kepada Allah.. dan juga diri sendiri.. saya mencintai Allah dan saya meyakini Allah juga sayangkan saya.. 

Allahu ya Allah.. ampunkan dosaKu kerana pernah bersangka buruk padaMu.. sesungguhnya aku telah menzalimi diri ku sendiri.. Aku mohon ampun Ya Allah.. Aku mohon ampun Ya Allah..

# saya nak share gambar kalimah Allah kat tasbih saya tu.. tapi tak berkesempatan.. sebab.. orang lain pakai handphone nokia canggih ada camera bagai.. saya pula pakai handphone cokia, nasib baik ada warna.. hehe.. in shaa Allah, nanti ada peluang saya kongsikan..

~ Allahu ya Allah ~







Wednesday, 27 February 2013

~ pengalaman sweet ~

Assalamualaikum...

ehemm.. rehat minda kejap.. ada lagi cerita yang nak dikongsikan.. pengalaman yang menarik buat saya.. sangat menarik dan membuat saya sangat terharu.. saya memang jenis emosi sikit.. bila happy, happy melampau.. bila terharu, terharu sangat.. # emo.. hehe.. tadi.. masa waktu zohor.. saya ngan kengkawan g naik tingkat 5.. solat kat surau.. masa nak solat tu insiden tolak menolak, insdien ko aku aku ko untuk jadi imam pun berlaku.. last-last, saya orang yang bertuah jadi imam solat zohor bersama kawan-kawan tadi.. ok.. saya pun mengimamkan solat, macam biasa.. tetapi masa bagi je salam kan, saya perasan ada beberapa individu lain yang menjadi makmum saya.. saya tengok muka selain dari muka kawan-kawan saya yang jadi makmum.. Ya Allah.. secara berdesupnya satu perasaan muncul dalam hati saya.. perasaan indah dan sangat terharu.. makcik-makcik/ kakak-kakak tersebut sudi menjadi makmum saya.. terima kasih kerana percaya pada saya.. Allah.. terharu.. biasanya jadi imam untuk kawan-kawan atau family je.. hari berbeza.. jadi imam untuk orang yang saya tak pernah kenal.. perasaannya memang berbeza.. mungkin pada sesetengah orang ini perkara biasa je kan.. tapi tak pada saya.. apa yang jadi tadi, saya anggap satu hadiah dari Allah.. yelaa, saya kan baru jugak ''berhijrah''.. so benda-benda macam ni masih baru bagi saya.. dan memang saya tak akan lupa.. walau tak ramai pun makmum saya.. ermmm.. apa agaknya perasaan imam negara kan..? mengimamkan beribu-ribu orang.. mesti tak tergambar dengan perkataan.. Allahuakbar!

lagi satu perkara yang saya dapat tadi ialah, walau siapa pun kita, di mana kita berada, apa kita buat,bangsa apa pun kita.. asalkan kita satu agama, menyembah Tuhan yang sama, kita akan bersatu dalam solat.. umat islam bersatu dalam solat.. saya juga dapat rasakan kekuatan ukhwah antara seislam dapat ditingkatkan dengan solat jemaah bersama.. tak kira lah kita saling kenal atau tidak.. kita pernah jumpa atau tidak.. baru saya sedar.. solat berjemaah itu besar hikmahnya.. bukan sekadar ganjaran pahala yang berganda sahaja.. 

ok itu tentang solat berjemaah.. ni pulak tentang perkara lain.. selepas dah siap semua, saya pun nak bergerak keluar dari surau.. sebelum keluar tu saya salam semua orang yang ada dalam surau tu.. mak saya ajar saya benda ni sejak sebelum saya macam ni lagi.. sejak saya rock kapak dulu (sekarang masih rock, yeeaa yeahh.. hehe) urmmm.. pastu kan, ada beberapa orang ni tengok saya dengan keadaan yang pelik sangat.. bila saya hulur tangan ada yang terkejut mula-mula tu.. emmmm.. saya rasa....... malu sangat!!! malunye... kenapa ? saya ada buat silap ke.. Allah.. malu.. rasanya kalau tepek simen 7 lapisan kat muka ni pun saya masih malu lagi.. hey Jannah! kenapa kau nak malu buat benda baik ha?? buat benda tak baik tak malu pulak!! hati saya bersuara.. so.. saya cuba buat-buat tak malu.. terus salam dan salam dan salam je semua.. buat-buat tak malu sampai tersalam seorang mak cik ni dua kali.. haha.. alamakkkkk.. ok takpe.. buat derkk jela.. nasib baik mak cik tu punya lah sporting.. tq makcik.. love u lah ! emmm.. pengajaran yang saya sendiri dapat kat sini ialah, jangan malu buat perkara baik sedangkan bila buat perkara tak baik kita tak kisah pula.. buat lah selagi perkara tu tak mendatangkan murka Allah.. malu ngan manusia tak pe lagi.. nanti nak mengadap Allah, nak cakap apa..? buat benda baik pun nak malu.. lagi pun, bersalaman tu kan mengeratkan silaturrahim.. bukan dengan orang kita kenal je.. buat lah, kerana Allah.. jangan peduli apa orang nak kata.. semoga Allah redha.. semoga Allah redha.. semoga Allah redha.. Allahumma Aamiin ~




~ Allah jaga dengan baik ~

Assalamualaikum..

alhamdulillah.. line internet kat DBP ni agak memuaskan hati.. jadi, sambil-sambil belek majalah lama ni, saya ambil masa untuk update sekejap.. hehe.. takdelah stress sangat kan.. belek-belek majalah, bila boring online-online.. blogging-blogging.. kalau tak, mahu berpinar biji mata ni.. buat apa-apa jangan tertekan, bawak bertenang.. tapi bila tak siap, and tarikh submit makin dekat mulalah menggelupor macam ikan keli kena ketuk.. kiki.. memang saya agak kurang reti nak menguruskan masa dengan baik.. takpe, saya kan cuba baiki.. in shaa Allah ~

urmm.. saya harap saya akan terus istiqamah update blog ni.. lebih-lebih lagi dengan post yang berguna dan bermanfaat untuk semua dan diri saya sendiri.. kadang ikut angin juga.. bila tak mood, memang malas sangat.. tapi bila datang angin rajin.. bertubi-tubi saya update post dalam satu hari.. macam coklat cair yang mencurah-curah ke ladang gandum lalu terhasillah choco crunch yang boleh dimakan untuk sarapan pagi.. boleh campur dengan susu atau di makan begitu saja.. ok Jannah, stop talking nonsense..

btw, saya sedang bertungkus-lumusfus (amek ang) menyiapkan latihan ilmiah saya ni.. gaya cakap macam dah siap 2,3 bab je kan.. padehal, baru terkial-kial nak buat proposal.. sadis.. saya tukar tajuk sebenarnye.. kalau tak  tukar mungkin sebelum naik semester 8 lagi dah siap.. hehe.. gurau je.. dulu saya buat tajuk tentang ciri kepimpinan dalam masyarakat Campa kat Pekan Pahang.. mula-mula eksyen, ingat boleh buat.. tapi bila fikir-fikir, dengan tajuk tu saya perlu pergi ke merata-rata tempat.. dan berjumpa dengan ramai orang sebab nak soal itu ini.. macam tak best je cam gitu.. berkomunikasi dengan manusia.. ermmm.. saya ok je tapi kalau berkomunikasi dengan objek pegun kan lebih mudah.. objek pegun tak banyak ragamnya.. diam je walau apa kita buat kat dia.. lagipun bahasa Campa saya tak berapa nak hebat sangat..  kang salah cakap kang dapat sedas.. so! saya ambil keputusan untuk tukar tajuk.. sekarang saya kaji tentang perkembangan busana wanita Melayu Malaysia dan hanya berhadapan dengan majalah-majalah, tesis-tesis, buku dan lappy jelah.. haaa kan mudah sikit.. hehe..

ok nak cerita pengalaman saya hari ni lah.. pagi tadi lepas naik KTM, kami semua naik LRT pula nak ke DBP.. penuh sangat orang dalam LRT masa tu.. dan coachnya bercampur lelaki perempuan.. masa nak naik, saya terpisah sikit dengan kawan-kawan.. Ya Allah.. ramainya lelaki.. hati ni macam nak pecah je.. saya cuba jarakkan diri sedaya upaya.. kaku.. takut.. Allah je tahu.. dan hanya pada Dia saya mohon pertolongan.. Hasbunallah huwa ni'mal wakil.. dan masa nak keluar pula memang susah.. sempit sesak.. saya nampak kawan-kawan dah keluar dulu.. Allah.. apa nak buat ni.. nak gerak pun tak boleh.. saya kuatkan diri.. dan saya cakap dengan nada yang agak kuat ''  maaf, tumpang lalu, tumpang lalu..'' alhamdulillah.. yang lelaki-lelaki itu membuka jalan untuk saya tanda hormat dan faham situasi saya masa tu.. Alhamdulillah.. syukur Allah jaga saya dengan baik.. Alhamdulillah.. 

kalaulah saya diberi pilihan.. kuala lumpur bukanlah tempat pilihan saya untuk menjalani hidup.. saya lebih suka suasana kampung seperti di rumah keluarga saya sekarang.. hidup dalam keadaan sederhana namun selesa dan tenteram.. biarlah digelar kampungan.. tak apa.. janji hati saya suka dan gembira.. jiwa tenang dan damai.. heee..
kuala lumpur tak sesuai dengan saya dan saya tak ngam dengan kuala lumpur.. tapi jika ada hal yang penting macam nak selesaikan latihan ilmiah ni, saya perlu juga ke sana.. ya, bergantung..

baiklah, ini saja lah untuk hari ni.. nak sambung belek majalah.. semoga urusan saya dipermudahkan oleh Allah.. aamiin ~


~ teristimewa buatmu sahabat ~


sahabatku Rose..
warkah ini ku tulis khas buatmu..
insan teristimewa pilihan Tuhan..
lembut hatimu mengakui kebenaran..
walau terpaksa menghadapi banyak ujian..

sahabatku Rose..
aku manusia biasa yang tak punya apa-apa..
tetapi dengan izin Allah aku akan berusaha..
membantu dirimu sedaya upaya..
disamping membaiki diriku juga..
agar kau juga rasa apa yang ku rasa..

sahabatku Rose..
mari ku ceritakan betapa indahnya agama ini..
melalui bisikan hatiku sendiri..
betapa kemanisannya tak terperi..
bila seluruh jiwa untukNya terpatri..

sahabatku Rose..
benar, Islam itu indah..
kerana setiap ketika Allah ada bersama..
di saat suka mahupun duka..
pada malam dan siang juga..
tak pernah Dia tak ada..

sahabatku Rose..
benar, Islam itu indah..
bila jiwa dipupuk dengan sifat mulia..
bukan hanya dengan sesama Islam sahaja..
malah dengan yang belum Islam pun hubungan di jaga..

sahabatku Rose..
benar, Islam itu indah..
hadirnya bening menyelinap jiwa yang mencinta..
memenuhi ruang hati yang dulunya kosong tak bererti..
sungguh, kau akan menemui damai bersamanya nanti..

sahabatku Rose..
benar, Islam itu indah..
lihat saja dimana ia meletakkan kedudukan wanita..
tak lain tak bukan, di tempat yang sangat mulia..
wanita Islam dijaga dan dilindungi dengan syariah yang ampuh..
sehingga debu-debu jalanan pun tak bisa menyentuh..

sahabatku Rose..
benar, Islam itu indah..
bila solat terlaksana dengan penuh penyerahan..
taktala bibir mendendangkan lagu al-Quran..
tak lupa berzikir penuh tumpuan..
terasa diri semakin dekat dengan Tuhan..
nikmatnya sukar nak digambarkan..

sahabatku Rose..
tiada kata yang mampu ku ungkapkan..
yang setanding dengan kesempurnaan Islam..
hanya jiwa yang mencari erti sebuah kehidupan sebenar akan menemui jawapan..

sahabatku Rose..
berilah peluang pada dirimu..
untuk merasai betapa kudusnya kalimah syahadah..

sahabatku Rose..
berilah ruang buat dirimu..
untuk mengenali dan mengagumi dia.. kekasih Allah, Muhammad Rasulullah..

sahabatku Rose..
izinkan dirimu..
mengecap damai dari buaian kalimah-kalimah Allah..

sahabatku Rose..
betapa engkau insan istimewa..
terdetik hatimu mahu mengenal agama ini..
semoga kau diberikan hidayah oleh Allah..
sungguh, kami menyambutmu dengan hati yang terbuka..
bahkan seluruh alam turut merasa gembira..
andai suatu hati nanti kau menjadi sebahagian dari kami semua..

sahabatku Rose..
semoga kita dapat bersua..
dan berkongsi segala rasa yang ada..
tentang Dia dan agama disisiNya..
dan semoga di pertemuan pertama..
kita sudah mencintai Tuhan yang sama..

sahabatku Rose..
tidak ku pandai menyusun kata..
apa yang lahir dari hati ku tuliskan saja..
yang ku harap setiap bait ayatku tak buat hatimu terluka..
andai ada.. maafku pinta..
.
.
.
~ teristimewa buat sahabat saya Rozaine Rose.. pada yang sudi membaca, doakan supaya dibukakan pintu hidayah oleh Allah untuknya.. dan semoga segala usahanya dipermudahkan.. aamiin ~