Assalamualaikum..
alhamdulillah.. line internet kat DBP ni agak memuaskan hati.. jadi, sambil-sambil belek majalah lama ni, saya ambil masa untuk update sekejap.. hehe.. takdelah stress sangat kan.. belek-belek majalah, bila boring online-online.. blogging-blogging.. kalau tak, mahu berpinar biji mata ni.. buat apa-apa jangan tertekan, bawak bertenang.. tapi bila tak siap, and tarikh submit makin dekat mulalah menggelupor macam ikan keli kena ketuk.. kiki.. memang saya agak kurang reti nak menguruskan masa dengan baik.. takpe, saya kan cuba baiki.. in shaa Allah ~
urmm.. saya harap saya akan terus istiqamah update blog ni.. lebih-lebih lagi dengan post yang berguna dan bermanfaat untuk semua dan diri saya sendiri.. kadang ikut angin juga.. bila tak mood, memang malas sangat.. tapi bila datang angin rajin.. bertubi-tubi saya update post dalam satu hari.. macam coklat cair yang mencurah-curah ke ladang gandum lalu terhasillah choco crunch yang boleh dimakan untuk sarapan pagi.. boleh campur dengan susu atau di makan begitu saja.. ok Jannah, stop talking nonsense..
btw, saya sedang bertungkus-lumusfus (amek ang) menyiapkan latihan ilmiah saya ni.. gaya cakap macam dah siap 2,3 bab je kan.. padehal, baru terkial-kial nak buat proposal.. sadis.. saya tukar tajuk sebenarnye.. kalau tak tukar mungkin sebelum naik semester 8 lagi dah siap.. hehe.. gurau je.. dulu saya buat tajuk tentang ciri kepimpinan dalam masyarakat Campa kat Pekan Pahang.. mula-mula eksyen, ingat boleh buat.. tapi bila fikir-fikir, dengan tajuk tu saya perlu pergi ke merata-rata tempat.. dan berjumpa dengan ramai orang sebab nak soal itu ini.. macam tak best je cam gitu.. berkomunikasi dengan manusia.. ermmm.. saya ok je tapi kalau berkomunikasi dengan objek pegun kan lebih mudah.. objek pegun tak banyak ragamnya.. diam je walau apa kita buat kat dia.. lagipun bahasa Campa saya tak berapa nak hebat sangat.. kang salah cakap kang dapat sedas.. so! saya ambil keputusan untuk tukar tajuk.. sekarang saya kaji tentang perkembangan busana wanita Melayu Malaysia dan hanya berhadapan dengan majalah-majalah, tesis-tesis, buku dan lappy jelah.. haaa kan mudah sikit.. hehe..
ok nak cerita pengalaman saya hari ni lah.. pagi tadi lepas naik KTM, kami semua naik LRT pula nak ke DBP.. penuh sangat orang dalam LRT masa tu.. dan coachnya bercampur lelaki perempuan.. masa nak naik, saya terpisah sikit dengan kawan-kawan.. Ya Allah.. ramainya lelaki.. hati ni macam nak pecah je.. saya cuba jarakkan diri sedaya upaya.. kaku.. takut.. Allah je tahu.. dan hanya pada Dia saya mohon pertolongan.. Hasbunallah huwa ni'mal wakil.. dan masa nak keluar pula memang susah.. sempit sesak.. saya nampak kawan-kawan dah keluar dulu.. Allah.. apa nak buat ni.. nak gerak pun tak boleh.. saya kuatkan diri.. dan saya cakap dengan nada yang agak kuat '' maaf, tumpang lalu, tumpang lalu..'' alhamdulillah.. yang lelaki-lelaki itu membuka jalan untuk saya tanda hormat dan faham situasi saya masa tu.. Alhamdulillah.. syukur Allah jaga saya dengan baik.. Alhamdulillah..
kalaulah saya diberi pilihan.. kuala lumpur bukanlah tempat pilihan saya untuk menjalani hidup.. saya lebih suka suasana kampung seperti di rumah keluarga saya sekarang.. hidup dalam keadaan sederhana namun selesa dan tenteram.. biarlah digelar kampungan.. tak apa.. janji hati saya suka dan gembira.. jiwa tenang dan damai.. heee..
kuala lumpur tak sesuai dengan saya dan saya tak ngam dengan kuala lumpur.. tapi jika ada hal yang penting macam nak selesaikan latihan ilmiah ni, saya perlu juga ke sana.. ya, bergantung..
baiklah, ini saja lah untuk hari ni.. nak sambung belek majalah.. semoga urusan saya dipermudahkan oleh Allah.. aamiin ~
No comments:
Post a Comment