Tuesday, 14 August 2012

anjakan paradigma~


Berbekalkan keberkatan namaMu Ya Ilahi..

Bila bertaburan perkara yang baik-baik, kenapa tetap pilih yang buruk..


kali ini saya ingin melakukan perubahan dan mengajak kawan-kawan untuk melakukan satu anjakan paradigma.. sebelum saya menulis lebih panjang berjela.. saya rasa baik saya jelaskan dulu apa yang dimaksudkan dengan perkataan ajakan paradigm itu sendiri.. perkataan ini kedengaran asing bagi kita, tetapi kian banyak digunakan kebelakangan ini. Secara ringkasnya 'anjakan paradigma' ini bermaksud 'ubah kaedah atau ubah cara lama'. 'Ubah' ini termasuklah tukar, buang, tinggalkan, perbaiki dan sebagainya. Dan 'cara' pula ini termasuklah ruang-lingkup gaya pemikiran, kaedah,pentadbiran, teknik, 'approach' dan yang sama erti dengannya.. oleh itu, kali ini, saya mahu kongsikan beberapa perkara negative supaya menjadi perkara yang membawa kepada keberkatan dan keredhaan Allah..

gantikan makian kepada istighfar

“isshh, tak guna betul lah!”..”adoiii!geramnye aku dgn budak @##RG$$# ni!!”.. “hoi!drive la elok2 mangkuk hayun..ingat jalan ni #$%&*g% kau punya?” inilah kata-kata yang saya selalu dengar dan saya pernah keluarkan apabila berada dalam keadaan marah.. tersentap hati si pendengar.. manakala puaskah hati kita yang mengeluarkan kata-kata kesat begini..? mengapa tidak bersabar..? baiklah.. kita lupakan kesilapan-kesilapan yang lalu seperti ini.. mari kita ubah.. ketika berasa marah atau tidak puas hati dengan apa-apa sahaja, marilah kita beristigfar.. berhentilah marah-marah dan memaki hamun tak tentu pasal.. ingat, ramai yang akan terluka dengan kata-kata kita malahan mendapat murka Allah.. apabila marah, beristigfarlah.. bukankah lebih baik.. dengan beristigfar, maka terhapus dosa-dosa kecil kita, dan semakin hampir pula kita dengan Sang Pencipta.. InsyaAllah..



Kutukan kepada doa

Pernah tak kamu berjalan, dan ternampak seseorang yang berpakaian pelik atau terlalu sexy..? dalam hati mulalah berbisik..”hishhhh..ntah hape2 pakai baju macam tu, baik x payah pakai baju terus..” “budak ni mesti pakai baju adik die, singkat betol”.. bila nampak mat rempit pula.. “ey ni memang tak lama hidup ni, jap lagi mampos lah tu..”dan apabila ada bersama kawan-kawan lagilah seronok kita mengutuk individu tersebut.. pelbagai perisa ditambah dan dicampur untuk menambahkan kesedapan kutukan.. mengapa jadi begini..? andai kita berada di tempat individu tersebut, sukakah kita dikutuk dan dihina sebegitu..? tidak bukan.. jadi apa kata kita tukarkan kata-kata kutukan dan hinaan itu kepada satu doa.. walaupun kita tidak mengenali mereka, tiada salahnya kita menghadiahkan satu doa semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah.. bila ternampak wanita memakai baju yang mendedahkan aurat, doakanlah “Ya Allah, Kau bukakanlah pintu hidayah buat wanita tersebut supaya dia menjaga auratnya dengan lebih baik..” dan apabila ternampak mat rempit di jalanan, doakan mereka “Ya Rabb, Kau tanamkanlah keinsafan dalam hati mereka supaya mereka sedar nyawa sangat berharga, dan Kau bukakanlah hati mereka untuk meninggalkan pekerjaan sia-sia dan bertukar menjadi pejuang-pejuan Ad-dinMu..aamin”.. lihat, tidak susah bukan.. dan berharaplah supaya doa-doa kita diperkenankan.. bukanlah perkara yang membazir jika mendoakan insan yang tidak kita kenali, malahan itu perkara yang amat mulia.. jadi, mulai sekarang berhentilah mengutuk dan menghina orang dan gantikan dengan doa-doa yang lebih barakah.. insyaAllah.. semoga Allah meredhai kita semua..

Sangka buruk kepada sangka baik

Hati manusia susah untuk lari daripada bersangka buruk.. ada saja perkara buruk yang kita fikirkan tentang seseorang.. sedangkan perkara baik pun ramai yang bersangka buruk, apatah lagi perkara yang benar-benar buruk..


Daripada Abu Hurairah, NABI SAW bersabda : “ Berhati-hatilah kamu daripada berperasangka, kerana prasangka adalah sebohong-bohong ucapan. “ ( Muttafaqun Alaih ).. di sini saya cuba berikan satu situasi.. jika terdapat seorang hamba Allah yang kebiasaannya di bulan-bulan lain tidak kita nampak dirinya ke masjid, tetapi apabila tiba bulan ramadhan, rajin pula dia ke masjid.. bagi mereka-mereka yang selalu bersangka buruk, mesti mereka menebak bahawa individu ini hanya ke masjid pada bulan ramadhan sahaja, nanti bila habis sahaja bulan ramadhan sudah tentu dia tidak akan ke masjid lagi.. begitu buruknya fikiran sebegini.. ayuh kita ubah fikiran ini kepada.. dia rajin datang ke masjid pada bulan ramadhan, nanti bila habis ramadhan mesti dia datang lagi kerana sudah terbiasa..bukankah lebih indah begitu..? lagi satu, ramai orang suka beranggapan begini, alahh, orang yang pakai tudung labuh ni belum tentu hatinya baik..ataupun eleehhh, orang yang selalu pakai kopiah pon banyak dosa juga..saya hairan, kenapa sampai begini kotornya hati kita.. iya.. memang benar, orang pakai tudung labuh belum tentu baik dan orang pakai kopiah pon buat dosa tetapi janganlah menilai pada keburukan.. nilai indahnya kebaikan.. dia pakai tudung labuh kerana dia akur dengan syarat Allah yang menetapkan garis panduan sebenar dalam menutup aurat.. dan dia pakai kopiah kerana dia mengikut sunnah Rasullullah.. kenapa benci melihat kebaikan? dan suka menyebut-nyebut keburukan..? oleh itu.. ayuh kita berubah.. bersihkan hati dan cuba untuk selalu bersangka baik.. tidak mengapa.. cuba ubah perlahan-lahan.. saya pun begitu.. sedang merangkak-rangkak menuju redha Ilahi.. dengan izinNya~ 


Lupakan dendam dan memaafkan



suatu ketika dulu.. ada seseorang telah menyakiti hati arwah nenek (mak tok) saya.. saya tidak kisah andai mereka menyakiti hati saya tetapi saya tak boleh terima kalau ianya berlaku kepada insan kecintaan saya.. ketika itu saya masih di sekolah rendah.. tetapi saya sudah dapat memahami apabila seseorang itu sedang berduka atau bergembira.. saya lihat.. kadangkala arwah mak tok saya menangis selepas solat.. mengenangkan nasibnya.. saya tahu dia sedih.. saya tahu siapa buat dia begitu.. sampai hati orang tu buat nenek kesayangan saya macam tu.. saya marah, saya rasa benci kat orang tu.. tetapi semasa arwah mak tok saya sedang sakit di hospital orang tu ada datang melawat dan minta maaf dari mak tok.. mak tok nangis, dan sebenarnya mak tok dah lama maafkan orang tu.. lepas tu orang tu menangis juga dan datang peluk saya.. ketika itu, hati saya berbisik, orang ni netul-betul insaf atau berpura-pura sebab sudah beberapa kali dia begini.. mak tok pesan suruh saya lupakan rasa marah saya.. saya terima, dan maafkan orang tu.. tetapi apabila hari-hari berlalu.. entahlah.. memang saya maafkan dia tetapi saya seakan tidak mahu melihat wajahnya lagi.. kalau pun kami bertemu di kenduri saudara mara, saya hanya berbasa basi dengannya.. hati saya masih perit.. saya sering tertanya adakah ini dendam..? saya tak pernah mengharapkan apa-apa balasan buruk berlaku pada dia.. cuma saya tidak sukakan dia lagi.. mungkin ini dendam.. namun.. kini, setelah waktu memakan usia dan melahirkan kematangan.. saya telah menerima dia seadanya.. saya maafkan dia dan mengikhlaskan segalanya yang telah berlaku dahulu..saya betul-betul telah maafkan dia.. tiada lagi yang tersisa dalam hati.. ternyata, setelah saya buang sisa-sisa dendam ini jauh-jauh, saya semakin tenang dan lega.. ya Allah, besarnya nikmat kemaafan yang tulus.. oleh itu, saya mahu mengajak kawan-kawan supaya berhentilah berdendam kerana dendam itu memamah hati kita sendiri.. maafkan, lupakan dan mulakan ukhwah yang lebih baik.. InsyaAllah..



ini sahaja yang dapat saya kongsikan kali ini.. perkara-perkara ini merupakan apa yang sedang cuba saya usahakan.. semoga kita mampu berubah ke arah yang lebih baik dan menjadi mukmin terbilang.. aamin~

Monday, 13 August 2012

~langkah yang barakah~


Assalamualaikum~

dengan izinMu ya Rabb..



Hari ini tergerak hati saya untuk berkongsi sedikit tentang perubahan-perubahan yang saya alami setelah melakukan sedikit penambahbaikan (upgrade) dalam soal pemakaian.. saya akui, banyak perubahan yang telah saya alami setelah mengambil langkah ini.. secara zahir dan juga dalaman.. saya ingin berkongsi dengan semua tentang keindahan hidup kembali kepada fitrah Islam yang sebenar.. yakni dari aspek pemakaian.. dahulunya saya seorang gadis yang berpakaian menutup aurat juga.. tetapi tidak begitu sempurna penutupannya.. umpama tudung saji yang berlubang sana sini.. ya, tidak lengkap.. Alhamdulillah.. pemakaian saya hari ini semakin mengikut syarat menutup aurat yang sebenar.. insyaAllah.. antara perubahan yang telah saya alami sekarang adalah…

Rasa semakin dekat dengan Ilahi

Perubahan ini tidak terlihat pada zahirnya.. tetapi dapat saya rasakan dalam jiwa saya sendiri.. perasaan ini terbit apabila saya keluar dari rumah untuk kemana-mana jika ada sebarang urusan penting, bukan saja saya mendapat izin daripada mak dan abah malahan saya merasakan Allah SWT juga merestui perjalanan saya.. ia adalah suatu rasa indah yang belum pernah saya alami sepanjang hidup ini.. ketenangan ini tidak mungkin dapat saya beli dari mana-mana.. insyaAllah.. semoga saya akan kekal begini sehingga ke akhir hayat saya di dunia ini.. mohon redhaMu ya Rabb~

Lebih dihormati

Perubahan yang saya lakukan bukanlah untuk mendapat pujian mahupun penghormatan daripada manusia.. tidak, jauh sekali.. saya lakukan kerana Allah telah menjemput saya untuk bergerak lebih dekat kepadanyaNya.. namun, setelah saya amati, rupanya setelah melakukan perubahan ini, saya mendapat sedikit rasa hormat daripada manusia juga.. lebih-lebih lagi daripada golongan adam.. jika dahulu, apabila saya keluar rumah, kadang kala ada yang memanggil-manggil, mengusik dan sebagainya.. bukanlah saya mahu menyatakan bahawa saya seorang yang cantik rupawan..tidak.. bukan begitu.. maksud saya begini, kebanyakan lelaki mengusik wanita bukanlah kerana mereka sukakan wanita tersebut tetapi sekadar untuk gurauan dan suka-suka.. melihat bagaimana wanita tersebut menangani usikan mereka.. dan sekarang saya dapati usikan sebegitu sudah tiada lagi.. malahan, sudah beberapa kali, ketika saya berjalan dan terserempak dengan kaum adam, ada sesetengah daripada mereka telah membuka jalan dan menjauhkan diri daripada saya untuk memberi laluan kepada saya.. saya melihat perkara ini dari sudut yang positif, dengan menganggap saya lebih dihormati apabila tidak diusik-usik mahupun dikacau oleh golongan lelaki ajnabi.. Alhamdulillah.. lihatlah.. jika kita menghormati diri kita sendiri, InsyaAllah orang-orang lain juga akan melakukan perkara yang sama.. 

Meningkatnya sifat malu

Dahulunya.. saya gadis yang terlebih open minded.. dan terlalu slumber.. minum air sambil berjalan di pasar malam.. ketawa dengan mengeluarkan bunyi kuat dan terbahak-bahak di khalayak ramai.. bukan saya mahu membuka aib sendiri, tetapi saya lebih suka memberikan contoh tentang diri saya tanpa perlu menyindir atau melukakan hati mana-mana pihak.. kekurangan saya dahulu boleh dijadikan iktibar kepada diri saya sendiri dan juga sahabat- sahabat sekalian.. tetapi kini, Alhamdulillah.. sikap slumber itu kian terhakis malahan terbit pula sifat malu.. kini tiada lagi minum air sambil berjalan.. InsyaAllah.. sekarang, even saya beli each a cup coklat oreo kat mall sekalipon, saya akan tunggu masuk dalam kereta dan duduk baru saya akan minum.. walaupon ice blended tersebut telah cair namun kesedapannya dapat dirasai lebih daripada minum berdiri.. tak mahu jadi slumber seperti dahulu lagi.. saya insaf.. saya nak jadi gadis baik-baik dan penuh dengan sifat malu.. ^_^ aamin ya Rabb~


lihat.. kini saya lebih bahagia menjalani hari-hari dan melukis pelangi dengan pilihan warna saya sendiri.. insyaAllah ^_^

~terpesona~




Dengan nama Allah..Mohon limpah hidayahMu..

Pagi yang penuh dengan rahmat Allah ini, saya terpesona dengan bacaan doa oleh seorang wakil pelajar tingkatan 5.. kemerduaan suaranya membuatkan saya seolah-olah tidak berpijak di bumi nyata.. MasyaAllah.. begitu hebat pemuda Islam ini.. saya begitu kagum dengan kebanyakan pelajar-pelajar di SMA Al-IHSAN.. di usia yang muda mereka sudah berlumba-lumba mendapatkan ilmu agama.. kebanyakannya telah dan sedang menghafaz al-Quran..ya Allah, Kau berkatilah pelajar-pelajarku.. pada awal kemasukan saya di sekolah itu dahulu, saya terkejut dengan bacaan doa yang merdu juga.. tetapi dibaca oleh seorang pelajar tingkatan 1.. alangkah bertuahnya saya, setiap pagi dapat mendengar bacaan-bacaan merdu doa yang merupakan pengabdian hamba kepada Allah daripada pelajar-pelajar saya sendiri.. wahai pejuang-pejuang agama, terbanglah kamu dengan sayap-sayap iman dan taqwamu.. bertebaranlah kamu menyebarkan panji-panji Islam.. terbangmu berbekalkan doa cikgu.. semoga kamu menjadi insan yang berguna di dunia dan juga akhirat kelak.. aamin~



Hadis Rasulullah S.A.W bermaksud,"Aku berwasiat kepada kamu supaya menanggapi pemuda dengan sebaik mungkin kerana sesungguhnya mereka memiliki jiwa yang mudah dibentuk (lembut dan unik). Sesunggguhnya Allah telah mengutusiku dengan agama yang lurus lagi tolerensi lalu aku telah dibantu kukuh oleh para pemuda sedang orang-orang tua menyanggahiku".


Menjaga Dan Mendidik Hati


Dengan nama Allah Tuhan sekalian Alam...


“HATI”..besar maknanya..bukan sekadar seketul daging merah yang mendiami jasad seorang manusia..besar maknanya sebuah hati.. hati melambangkan peribadi dan pekerti.. namun, bukan mudah kita untuk menebak apa makna sebenar hati atau bagaimana keadaan hati seseorang itu dengan sekadar melihat luaran sahaja.. mungkin zahirnya kelihatan brutal dan rock.. tetapi dalam hatinya ada taman-taman syurga.. mungkin juga seseorang itu kelihatan indah pada luaran, namun hatinya pula sebaliknya..entah..saya sendiri sukar meneka bagaimana keadaannya hati seseorang.. tetapi saya lebih memilih untuk bersangka yang baik-baik sahaja, bukankah itu lebih elok?

Menjaga dan mendidik hati.. apa keperluannya?kenapa tidak kita biarkan begitu sahaja.. tidak.. jawapan saya muktamad.. tidak! Hati yang kosong umpama rumah yang ditinggalkan tanpa penghuni.. walaupun binaannya kukuh namun lama kelamaan rumah tersebut akan usang dimamah anai-anai.. dan bila sampai saatnya, robohlah rumah itu menyembah bumi.. begitu lah juga dengan hati manusia.. jangan dibiarkan hati begitu sahaja.. jangan tinggalkan hati kita sendirian tanpa diisi dengan curahan-curahan keindahan menjadi seorang muslim..



Bagaimana menjaga dan mendidik hati..? menjaga hati, dari sudut pandangan saya ialah melindungi atau memelihara hati daripada sebarang unsur-unsur yang mampu membawa kepada rosaknya hati..yang membawa kepada busuknya hati.. kata orang menjaga anak perempuan lebih susah daripada menjaga sekandang lembu.. ini benar.. dan saya ingin menambah, menjaga hati lebih sukar daripada menjaga sekandang unta.. oleh itu, soal hati merupakan landasan yang paling penting sebelum kita melangkah menjadi insan yang terbilang di sisi Ilahi.. mananakala mendidik hati, suka saya fahamkan sebagai satu usaha atau cara atau langkah untuk meningkatkan kualiti hati ke tahap yang lebih tinggi.. insyaAllah.. kesempurnaan itu tidak mungkin kita gapai.. malahan mustahil pula.. yang sempurna hanyalah Maha Pencipta sekalian alam.. namun, kita sebagai hambanya hendaklah selalu berusaha untuk menjadi lebih baik daripada sebelum-sebelum ini..dan sekecil-kecil langkah namun merupakan senjata yang paling penting dalam sesebuah kehidupan yang bermakna bermula dari keindahan dan kecemerlangan hati.. 

Apa yang perlu kita buat untuk menjaga dan mendidik hati..? di sini, saya akan suarakan beberapa pendapat saya melalui pengalaman dan keinginan saya sendiri.. maksudnya, apa yang sedang saya usahakan untuk menjaga dan mendidik hati..InsyaAllah..

Niat murni Lillahi Taala

Sebagai orang Islam, kita semua tahu.. segala perbuatan dan amalan kita bermula dari niat.. tapi jangan pula kita lupa, niat tidak menghalalkan cara.. perlakuan yang jahat dan keji tidak akan menjadi halal dengan niat yang baik.. dan dari mana pula lahirnya niat..? niat itu lahir dan terbit dari hati.. hati yang mulia, melahirkan niat yang mulia.. dan sebaliknya.. oleh itu, niat yang paling mulia adalah niat kerana Allah.. niatkan dalam hati segala apa yang kita buat hanya untuk Allah.. walau kedengaran mudah tetapi secara praktikal ianya sangat susah.. saya sendiri kadangkala lupa, oh tidak, bukan kadangkala.. mungkin selalu lupa untuk meniatkan semua perkara kerana Allah.. oleh itu, saya akan mulakannya sekarang.. sebagai manusia yang penuh dengan kecuaian dan kelalaian tidak salah kiranya saya katakan bahawa setiap perbuatan kita mempunyai kepelbagaian niat selain khusus untuk Allah sahaja.. ada sesetengah individu yang melakukan sesuatu kebaikan hanya untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia lainnya.. ada yang melakukan kebaikan kerana mahukan balasan yang setimpal.. tidak kurang juga yang mahukan pujian dari orang ramai..

baiklah, daripada memberikan contoh berkenaan orang lain yang bakal menyinggung hati mereka, molek kiranya supaya saya memberikan contoh tentang diri dan pengalaman saya sendiri.. dengan ini saya mampu membaiki kekurangan saya secara tidak langsung.. seperti saya, dan saya rasa semua orang lain juga begini.. melakukan kebaikan untuk mendapatkan pahala dan supaya dapat memasuki syurga, mengelak dari masuk neraka.. niatnya kelihatan sungguh luhur dan mulia bukan..? tetapi, andai syurga dan neraka itu tidak wujud, adakah kita akan melakukan segala suruhan Allah dan meninggalkan larangannya..? ketika diajukan soalan ini, saya tersentak dan otak mula giat berfikir, apakan jawapan yang paling tepat untuk soalan ini..saya biarkan kamu semua menjawab soalan ini kerana sehingga sekarang saya sendiri masih belum menemukan jawapan.. tetapi, apa yang saya akan mulakan dan akan lakukan mulai saat ini adalah meniatkan segala perkara dan perbuatan kerana Allah.. jom join saya..!



Kemanisan ikhlas

Terpaksa.. itulah yang selalu saya rasa ketika melakukan perkara-perkara tertentu.. walhal solat sekalipun ada ketikanya saya terpaksa memaksa diri.. astagfirullah.. saya akui rasa terpaksa sebenarnya sangat menyeksa.. ada ketikanya, saya tertanya pada diri.. kenapa tak tukarkan saja keterpaksaan itu kepada sebuah keikhlasan.. bukankah itu lebih manis..? sepatutnya, kita melakukan segala perbuatan dengan hati yang ikhlas kerana keikhlasan akan membuatkan kita lebih tenang.. apatah lagi bila berkaitan dengan soal ibadah dan pengabdiaan diri kepada Allah.. ketenangan yang akan kita dapat melakui keikhlasan hati sukar digambarkan dalam bentuk kata-kata dan rantaian ayat-ayat.. ianya hanya dapat dirasai oleh mereka yang benar-benar ikhlas dalam ibadahnya.. insyaAllah.. oleh itu, marilah kita cuba sedaya upaya menjadikan keikhlasan salah satu daripada keutamaan kita dalam melakukan apa sahaja.. semoga dengan keikhlasan hati kita, Allah SWT akan melebarkan sayap keredhaanNya buat kita semua.. aamin~



Sunday, 12 August 2012

dakwah sebesar zarah..


assalamualaikum..dengan restu Allah..

alhamdulillah..masih dipinjamkan nyawa dan juga kesempatan waktu untuk terus hidup di bumi fana ini..ketika detik-detik waktu menghambat, dengan kerakusan masa beredar tanpa sudi menoleh ke belakang lagi..berbekalkan sisa-sisa usia yang masih tinggal..saya putuskan..untuk melakukan sedikit dakwah kecil..hanya sebesar zarah..mungkin..atau lebih sesuai saya katakan sebagai perkongsian..ingin juga saya gunakan perkataan "tarbiyah"..tetapi mungkin waktunya belum sesuai kerana analogi makna tarbiyah itu sendiri masih kabur buat saya..insyaAllah, nanti saya akan mencari makna sebenarnya..jadi lebih eloklah saya kirakan sebagai perkongsian..jadi semua akan bebas meneroka.. iya..sudah tentulah kepada mereka yang sudi..


"Sampaikan pesanku walau dengan satu ayat" , Rasulullah SAW.

niat untuk menulis blog ini sebenarnya sudah lama tersimpan dalam hati..namun ia tertanam sungguh jauh ke dasar sehingga sukar untuk timbul ke permukaannya..saya sendiri sangat suka untuk membaca blog..kadang kala saya meluangkan masa untuk membaca pelbagai jenis blog untuk melihat uniknya kepelbagaian ragam manusia..ada yang suka memaparkan tips-tips kecantikan, fesyen, gaya tudung, cara untuk bermake up dan sebagainya..tak kurang juga yang menulis tentang gossip-gosip artist dan juga berita-berita tentang dunia hari ini..semuanya mempunyai kelebihan tersendiri..namun, saya juga tidak lupa untuk melewati blog-blog islamiah yang ditulis oleh putera dan puteri Islam..terselit rasa kagum dalam hati..ketika kebanyakan muda mudi begitu sibuk dengan pelbagai urusan dunia yang tidak pernah berkesudahan, masih ada jiwa-jiwa kudus yang mahu menerangi dunia dengan tulisan-tulisan indah mengenai Islam..MasyaAllah..saya juga mahu begitu…

semoga usaha kecil saya ini mendapat redha dari Allah..apa yang saya lakukan ini bukanlah untuk menunjukkan saya terlalu baik, terlalu bijak atau apa sahaja..ianya adalah satu usaha kecil untuk saya megingatkan diri saya sendiri dan juga kepada mereka-mereka yang sudi melewati dan membaca perkongsian saya, supaya sentiasa berada dalam landasan Islam yang sebenar..hidup dalam suasana Islam, bukan sekadar Islam secara teori sahaja malahan secara praktikal dan rohani..saya juga manusia biasa, selalu cuai dan leka..tetapi saya tidak mahu melewati hari-hari dan menghabiskan masa saya dengan perkara yang sia-sia lagi..cukuplah apa yang sudah-sudah..saya mahu memperbaiki diri..oleh itu, saya mahu menjemput kawan-kawan menyertai saya..bukan mahu menjadi yang sempurna, jauh sekali untuk mendabik dada..tetapi untuk menjadi insan yang sentiasa berusaha menjadi lebih baik..andai hanya ada satu manusia sahaja yang sudi membaca perkongsian saya ini, saya panjatkan syukur kepada Ilahi..apatah lagi andai ada yang mendapat sesuatu bermanfaat daripadanya..namun jika tiada, tidak mengapa..saya sudah mempunyai pembaca setia..malahan Dia sudah tahu segala yang ada dalam isi hati ini..ya Rabb, semoga Engkau redha dan restui usaha kecilku ini..aamin~

dengan izinNya~


Assalamualaikum..Bismillahirrahmanirrahim..
Maha suci Allah..mohon limpah keberkatanMu..insyAllah…


Di satu sudut dalam Masjid Sultan Ahmad Shah,saya duduk bersimpuh sambil membaca lembaran-lembaran indah tulisan penulis islamik yang tidak asing lagi..FATIMAH SYARHA..namanya seindah pemilik..begitu saya mengagumi wanita muda ini..hasil penulisannya begitu bernas..setiap bait-bait ayat yang digunakan sangat indah sehingga terkesan dalam jiwa sang pembacanya..saya tidak terkecuali..sudah tentu..menjadikan dia sebagai contoh mendorong saya untuk menulis sepertinya..tidak..bukan untuk menyaingi dia..bukan untuk melawan dia..malah saya meminatinya..mengagumi setiap karya hasil jari-jemari halusnya..saya lebih senang memilih dia sebagai role model dalam hidup saya dalam zaman kontemporari seperti hari ini selepas mak dan arwah nenek saya di tempat pertama..

saya tertanya, bagaimana seorang wanita biasa sepertinya begitu suka menjaga tepi kain orang..oh jangan salah faham dengan ayat ini..maksud saya, bagaimana dia sanggup menyusahkan dirinya dengan masalah-masalah umat islam hari ini..masalah yang jika dilihat bukanlah ada kaitan apa-apa dengannya..masalah keruntuhan social remaja yang tidak berkesudahan..pengadilan moral masyarakat yang tidak kena pada tempatnya..itu dan ini..mengapa?bagi saya, hanya 1 jawapan yang dapat menjawab..kerana Allah..dia melakukan segalanya kerana Allah..selain itu sudah tentu kerana dia sayangkan rakan-rakan seperti kita..jika tidak masakan dia bersungguh-sungguh menghasilkan banyak karya berbentuk nasihat dan tarbiah semata-mata untuk kaum seagamanya..

melihat pada dirinya..saya jadi malu..jadi rendah diri..bagaimana dia mampu sedangkan saya pula tidak..?selama saya hidup, apa yang saya lakukan untuk agama saya?apa...?selama 23 tahun saya bernyawa..apa yang saya korbankan semata-mata untuk Islam..tidaklah mampu kiranya untuk insan seperti saya mengangkat senjata memerangi musuh-musuh Islam yang kian rakus melahap jiwa-jiwa mukmin yang tidak berdosa seperti yang berlaku pada kawan-kawan kita di Syria, Palestin mahupun Burma..bagaimana saya boleh bergembira, sedangkan mereka di sana sedang terseksa..? bila memikirkannya, hati saya terjelepok jatuh di satu sudut asing..mencari tempat untuk bersembunyi..betapa malunya saya..bukan malu pada sesiapa..tetapi malu pada yang Esa..Maha Pencipta..oleh itu, bermula pada hari ini..saya perlu membuat keputusan..saya harus lakukan sesuatu..insyaAllah..dengan izinNya....