Dengan nama Allah..Mohon limpah hidayahMu..
Pagi yang penuh dengan rahmat Allah ini, saya terpesona dengan bacaan doa oleh
seorang wakil pelajar tingkatan 5.. kemerduaan suaranya membuatkan saya
seolah-olah tidak berpijak di bumi nyata.. MasyaAllah.. begitu hebat pemuda
Islam ini.. saya begitu kagum dengan kebanyakan pelajar-pelajar di SMA Al-IHSAN..
di usia yang muda mereka sudah berlumba-lumba mendapatkan ilmu agama.. kebanyakannya
telah dan sedang menghafaz al-Quran..ya Allah, Kau berkatilah
pelajar-pelajarku.. pada awal kemasukan saya di sekolah itu dahulu, saya
terkejut dengan bacaan doa yang merdu juga.. tetapi dibaca oleh seorang pelajar
tingkatan 1.. alangkah bertuahnya saya, setiap pagi dapat mendengar
bacaan-bacaan merdu doa yang merupakan pengabdian hamba kepada Allah daripada
pelajar-pelajar saya sendiri.. wahai pejuang-pejuang agama, terbanglah kamu
dengan sayap-sayap iman dan taqwamu.. bertebaranlah kamu menyebarkan
panji-panji Islam.. terbangmu berbekalkan doa cikgu.. semoga kamu menjadi insan
yang berguna di dunia dan juga akhirat kelak.. aamin~
Hadis Rasulullah S.A.W bermaksud,"Aku
berwasiat kepada kamu supaya menanggapi pemuda dengan sebaik mungkin kerana
sesungguhnya mereka memiliki jiwa yang mudah dibentuk (lembut dan unik).
Sesunggguhnya Allah telah mengutusiku dengan agama yang lurus lagi tolerensi
lalu aku telah dibantu kukuh oleh para pemuda sedang orang-orang tua
menyanggahiku".
No comments:
Post a Comment