Berbekalkan keberkatan
namaMu Ya Ilahi..
Bila bertaburan
perkara yang baik-baik, kenapa tetap pilih yang buruk..
kali ini saya
ingin melakukan perubahan dan mengajak kawan-kawan untuk melakukan satu anjakan
paradigma.. sebelum saya menulis lebih panjang berjela.. saya rasa baik saya
jelaskan dulu apa yang dimaksudkan dengan perkataan ajakan paradigm itu
sendiri.. perkataan ini kedengaran asing bagi kita, tetapi kian banyak
digunakan kebelakangan ini. Secara ringkasnya 'anjakan paradigma' ini bermaksud
'ubah kaedah atau ubah cara lama'. 'Ubah' ini termasuklah tukar, buang,
tinggalkan, perbaiki dan sebagainya. Dan 'cara' pula ini termasuklah
ruang-lingkup gaya pemikiran, kaedah,pentadbiran, teknik, 'approach' dan yang
sama erti dengannya.. oleh itu, kali ini, saya mahu kongsikan beberapa perkara negative
supaya menjadi perkara yang membawa kepada keberkatan dan keredhaan Allah..
gantikan makian
kepada istighfar
“isshh, tak guna
betul lah!”..”adoiii!geramnye aku dgn budak @##RG$$# ni!!”.. “hoi!drive la
elok2 mangkuk hayun..ingat jalan ni #$%&*g% kau punya?” inilah kata-kata
yang saya selalu dengar dan saya pernah keluarkan apabila berada dalam keadaan
marah.. tersentap hati si pendengar.. manakala puaskah hati kita yang
mengeluarkan kata-kata kesat begini..? mengapa tidak bersabar..? baiklah.. kita
lupakan kesilapan-kesilapan yang lalu seperti ini.. mari kita ubah.. ketika
berasa marah atau tidak puas hati dengan apa-apa sahaja, marilah kita
beristigfar.. berhentilah marah-marah dan memaki hamun tak tentu pasal.. ingat,
ramai yang akan terluka dengan kata-kata kita malahan mendapat murka Allah..
apabila marah, beristigfarlah.. bukankah lebih baik.. dengan beristigfar, maka
terhapus dosa-dosa kecil kita, dan semakin hampir pula kita dengan Sang
Pencipta.. InsyaAllah..
Kutukan kepada
doa
Pernah tak kamu
berjalan, dan ternampak seseorang yang berpakaian pelik atau terlalu sexy..?
dalam hati mulalah berbisik..”hishhhh..ntah hape2 pakai baju macam tu, baik x
payah pakai baju terus..” “budak ni mesti pakai baju adik die, singkat betol”..
bila nampak mat rempit pula.. “ey ni memang tak lama hidup ni, jap lagi mampos
lah tu..”dan apabila ada bersama kawan-kawan lagilah seronok kita mengutuk
individu tersebut.. pelbagai perisa ditambah dan dicampur untuk menambahkan
kesedapan kutukan.. mengapa jadi begini..? andai kita berada di tempat individu
tersebut, sukakah kita dikutuk dan dihina sebegitu..? tidak bukan.. jadi apa
kata kita tukarkan kata-kata kutukan dan hinaan itu kepada satu doa.. walaupun
kita tidak mengenali mereka, tiada salahnya kita menghadiahkan satu doa
semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah.. bila ternampak wanita memakai
baju yang mendedahkan aurat, doakanlah “Ya Allah, Kau bukakanlah pintu hidayah
buat wanita tersebut supaya dia menjaga auratnya dengan lebih baik..” dan
apabila ternampak mat rempit di jalanan, doakan mereka “Ya Rabb, Kau
tanamkanlah keinsafan dalam hati mereka supaya mereka sedar nyawa sangat
berharga, dan Kau bukakanlah hati mereka untuk meninggalkan pekerjaan sia-sia
dan bertukar menjadi pejuang-pejuan Ad-dinMu..aamin”.. lihat, tidak susah
bukan.. dan berharaplah supaya doa-doa kita diperkenankan.. bukanlah perkara
yang membazir jika mendoakan insan yang tidak kita kenali, malahan itu perkara
yang amat mulia.. jadi, mulai sekarang berhentilah mengutuk dan menghina orang
dan gantikan dengan doa-doa yang lebih barakah.. insyaAllah.. semoga Allah
meredhai kita semua..
Sangka buruk
kepada sangka baik
Hati manusia
susah untuk lari daripada bersangka buruk.. ada saja perkara buruk yang kita
fikirkan tentang seseorang.. sedangkan perkara baik pun ramai yang bersangka
buruk, apatah lagi perkara yang benar-benar buruk..
Daripada Abu
Hurairah, NABI SAW bersabda : “ Berhati-hatilah kamu daripada berperasangka,
kerana prasangka adalah sebohong-bohong ucapan. “ ( Muttafaqun Alaih ).. di sini saya cuba berikan satu situasi.. jika terdapat seorang hamba Allah yang kebiasaannya di bulan-bulan lain tidak kita nampak dirinya ke masjid, tetapi apabila tiba bulan ramadhan, rajin pula dia ke masjid.. bagi mereka-mereka yang selalu bersangka buruk, mesti mereka menebak bahawa individu ini hanya ke masjid pada bulan ramadhan sahaja, nanti bila habis sahaja bulan ramadhan sudah tentu dia tidak akan ke masjid lagi.. begitu buruknya fikiran sebegini.. ayuh kita ubah fikiran ini kepada.. dia rajin datang ke masjid pada bulan ramadhan, nanti bila habis ramadhan mesti dia datang lagi kerana sudah terbiasa..bukankah lebih indah begitu..? lagi satu, ramai orang suka beranggapan begini, alahh, orang yang pakai tudung labuh ni belum tentu hatinya baik..ataupun eleehhh, orang yang selalu pakai kopiah pon banyak dosa juga..saya hairan, kenapa sampai begini kotornya hati kita.. iya.. memang benar, orang pakai tudung labuh belum tentu baik dan orang pakai kopiah pon buat dosa tetapi janganlah menilai pada keburukan.. nilai indahnya kebaikan.. dia pakai tudung labuh kerana dia akur dengan syarat Allah yang menetapkan garis panduan sebenar dalam menutup aurat.. dan dia pakai kopiah kerana dia mengikut sunnah Rasullullah.. kenapa benci melihat kebaikan? dan suka menyebut-nyebut keburukan..? oleh itu.. ayuh kita berubah.. bersihkan hati dan cuba untuk selalu bersangka baik.. tidak mengapa.. cuba ubah perlahan-lahan.. saya pun begitu.. sedang merangkak-rangkak menuju redha Ilahi.. dengan izinNya~
Lupakan dendam dan memaafkan
ini sahaja yang dapat saya kongsikan kali ini.. perkara-perkara ini merupakan apa yang sedang cuba saya usahakan.. semoga kita mampu berubah ke arah yang lebih baik dan menjadi mukmin terbilang.. aamin~
suatu ketika dulu.. ada seseorang telah menyakiti hati arwah nenek (mak tok) saya.. saya tidak kisah andai mereka menyakiti hati saya tetapi saya tak boleh terima kalau ianya berlaku kepada insan kecintaan saya.. ketika itu saya masih di sekolah rendah.. tetapi saya sudah dapat memahami apabila seseorang itu sedang berduka atau bergembira.. saya lihat.. kadangkala arwah mak tok saya menangis selepas solat.. mengenangkan nasibnya.. saya tahu dia sedih.. saya tahu siapa buat dia begitu.. sampai hati orang tu buat nenek kesayangan saya macam tu.. saya marah, saya rasa benci kat orang tu.. tetapi semasa arwah mak tok saya sedang sakit di hospital orang tu ada datang melawat dan minta maaf dari mak tok.. mak tok nangis, dan sebenarnya mak tok dah lama maafkan orang tu.. lepas tu orang tu menangis juga dan datang peluk saya.. ketika itu, hati saya berbisik, orang ni netul-betul insaf atau berpura-pura sebab sudah beberapa kali dia begini.. mak tok pesan suruh saya lupakan rasa marah saya.. saya terima, dan maafkan orang tu.. tetapi apabila hari-hari berlalu.. entahlah.. memang saya maafkan dia tetapi saya seakan tidak mahu melihat wajahnya lagi.. kalau pun kami bertemu di kenduri saudara mara, saya hanya berbasa basi dengannya.. hati saya masih perit.. saya sering tertanya adakah ini dendam..? saya tak pernah mengharapkan apa-apa balasan buruk berlaku pada dia.. cuma saya tidak sukakan dia lagi.. mungkin ini dendam.. namun.. kini, setelah waktu memakan usia dan melahirkan kematangan.. saya telah menerima dia seadanya.. saya maafkan dia dan mengikhlaskan segalanya yang telah berlaku dahulu..saya betul-betul telah maafkan dia.. tiada lagi yang tersisa dalam hati.. ternyata, setelah saya buang sisa-sisa dendam ini jauh-jauh, saya semakin tenang dan lega.. ya Allah, besarnya nikmat kemaafan yang tulus.. oleh itu, saya mahu mengajak kawan-kawan supaya berhentilah berdendam kerana dendam itu memamah hati kita sendiri.. maafkan, lupakan dan mulakan ukhwah yang lebih baik.. InsyaAllah..
ini sahaja yang dapat saya kongsikan kali ini.. perkara-perkara ini merupakan apa yang sedang cuba saya usahakan.. semoga kita mampu berubah ke arah yang lebih baik dan menjadi mukmin terbilang.. aamin~
No comments:
Post a Comment