Tuesday, 30 October 2012

~ 30 larangan bagi muslimah ~



assalamualaikum..
dengan izin dari Allah..
dapat lagi saya menulis hari ini..
berbekalkan nikmat Allah yang masih dipinjamkan..
nikmat nyawa.. kesihatan.. kesempatan masa.. banyak lagilah..
ALHAMDULILLAH..
baiklah.. hari yang indah ini.. saya mahu berkongsi tentang larangan-larangan ke atas wanita-wanita islam dalam menjalani kehidupan seharian..
peraturan..
bukan semua orang suka..kan..
saya pun juga tidak menyukai hidup yang terlalu berperaturan..
namun saya sedar, untuk menjadi manusia yang baik.. mengikut peraturan adalah salah satu landasannya..
mungkin peraturan manusia boleh lagi kita nak bangkang jika tidak kena dengan fitrahnya..
namun..
bagaimana pula dengan peraturan atau larangan Allah..?
kita sebagai manusia tidaklah layak untuk menafikan apatah lagi mempersoalkan..
oleh itu, jom sama-sama kita lihat apakah larangan-larangan terhadap wanita-wanita yang beragama Islam..
dan sama-samalah kita elakkan..
insyaAllah~
.
.
.
1. Menyambung rambut palsu

2. Bertato, mencabut bulu wajah dan mengikir gigi

3. Keluar rumah dengan memakai minyak wangi

4. Memperlihatkan perhiasan(bersolek) di depan lelaki lain

5. Menolak panggilan suami untuk bersenggama

6. Membuka rahasia hubungan suami isteri

7. Berpuasa sunat tanpa izin suami

8. Membelanjakan harta suami, tanpa izin suami

9. Berbohong kepada suami

10. Meminta cerai tanpa sebab yang jelas

11. Mengingkari kebaikan suami

12. Bersama lelaki lain yang bukan mahram

13. Memandang lelaki yang bukan mahramnya

14. Bersalaman dengan lelaki bukan mahram

15. Menyerupai lelaki


16. Membuka rahasia wanita lain kepada suami

17. Memandang aurat wanita lain

18. Keluar rumah tanpa ada keperluan

19. Masuk permandian umum

20. Melukai tubuh ketika dapat musibah

21. Meratapi kematian

22. Berhias atas meninggalnya seseorang

23. Mengantar jenazah

24. Mempercayai dukun dan peramal

25. Menyumpah anak-anak sendiri

26. Tidak bertegur sapa dengan sesama muslim

27. Menganiaya pembantu

28. Mengganggu tetangga

29. Minta cerai kerana suami sakit

30. Minta cerai kerana suami menikah lagi
.
.
.
lihat..
itulah 30 larangan yang mesti dielakkan oleh kaum muslimah..
ada diantaranya kelihatan mudah atau remeh saja.. namun untuk melakukannya sangat susah.. saya akan beri contoh berkaitan dengan pemakaian wangian.. jelas-jelas Allah tidak benarkan kaum muslimah untuk memakai wangian apabila keluar dari rumah, malah hukumnya disamakan dengan zina jika wangian tersebut dihidu oleh lelaki bukan muhrim.. bagi saya arahannya mudah.. "JANGAN PAKAI MINYAK WANGI APABILA KELUAR RUMAH".. saya rasa semua boleh faham ayat tersebut.. namun berapa ramai yang ambil peduli tentang larangan ini..? Allah..
jika larangan Allah pun senang-senang kita ingkari.. bagaimana rahmatNYA mampu kita kecapi..? dan bagaimana pula dengan cita-cita mahu menjadi muslimah sejati.. oleh itu,mari kita sama-sama muhasabah diri.. jangan lah buat perkara-perakara yang mengundang murka Allah.. sedangkan banyak perkara yang Allah suka susah pula kita nak buat..
ayuh..
kita sama-sama nekad untuk mengelakkan daripada melakukan larangan-larangan Allah ini..
mudah-mudahan dengan usaha ini, kita akan sentiasa berada dalam pelukan redha Ilahi.. insyaAllah ~


No comments:

Post a Comment