assalamualaikum.. pagi ini dingin sekali.. ( ayat ape ni..? ).. lepas subuh tadi.. hujan mencurah-curah ke bumi indah ciptaan Ilahi.. sekarang terdengar nyanyian unggas dan cengkerik hutan.. agaknya berzikir memuji kebesaran Allah.. dan berterima kasih kerana menurunkan hujan sebagai tanda rahmatNya untuk hari ini.. hujan pagi tadi disertai guruh dan petir.. membuatkan saya menarik selimut dan merapatkan diri dengan kak Lina yang tidur di sebelah saya.. memang takut pada guruh dan petir walau badan besar dabak.. gegaran rumah ketika guruh berdentum membuat saya membayangkan keadaan pada hari kiamat kelak.. Allahurabbi.. tak tercapai akal.. namun............
.
.
.
Maha Suci Allah..
hujan itu indah kan...?
.
.
.
~ uhibbukum fillah abadan abada ~
No comments:
Post a Comment