Assalamualaikum.. Dengan nama Allah, Tuan Pemilik Nyawa.. pagi yang dingin memandangkan sekarang sudah hujung tahun dengan keadaan cuaca yang selalu hujan.. syukur masih diberikan nikmat yang langsung tidak dapat dihitung.. dah lama saya tak menulis sendiri..asyik share dari blog dan pages lain.. namun,hari ini ada sesuatu yang menarik.. sangat menarik..tentang apa..? tentang cinta.. yang datang perlahan.. membuatku takut kehilangan.. eh silap.. itu lagu.. ^^ tetapi hari ini memang saya nak bicarakan tentang salah satu cinta hati saya.. bakal pejuang agama yang terbilang.. cinta hati saya sampai syurga.. ~ amierul aizat ~
semalam.. 3/12/2012.. kecintaan saya ini, telah dihantar ke sebuah madrasah untuk program semasa cuti sekolah.. terletak di Beserah, Kuantan.. alamat lengkap : Madrasah Asyraful Madaris ( Tahfiz Quran ), Lot 1581, Kg. Darat Bukit Gelugor, 26100 Beserah, Kuantan, Pahang Darul Makmur.. aizat bersama dengan 2 orang kawannya dan seorang sepupu kami akan berada kat sana sampai 23/12 nanti..
kenapa hantar aizat ke sini..? jawapannya mudah.. mendedahkan dia kepada ilmu agama.. Islam.. melatih dia menjadi Islam yang bukan hanya pada nama, pada sijil kelahiran atau pada kad mykidnya sahaja.. malah Islam dari keseluruhan jiwa, rohani, mental, emosi, cara hidup dan segalanya berlandaskan Islam semata-mata.. eh kenapa? tak cukup ke ilmu agama kat rumah? tak cukupkah ilmu agama yang mak abah bekalkan.. tak.. tak.. tak cukup.. ilmu agama bukan sekadar didik anak suruh solat, puasa dan sebagainya sahaja.. ilmu agama Islam meliputi ruang lingkup yang lebih luas daripada itu.. ilmu agama yang mengajar kita erti mengapa kita dilahirkan ke dunia untuk menjadi khalifah di muka bumi.. ilmu agama yang mendidik kita semua tidak gentar menggendong syariahnya walau ke mana langkah membawa kita.. ilmu agama yang membentuk akhlak indah umpama Rasulullah.. ilmu agama yang memberitahu manusia tentang keagungan Allah.. ilmu yang mengajar batas-batas pergaulan dan hubungan sesama manusia dan segala jenis makhluk selain manusia.. dan ilmu ini perlu dipelajari dan dicari daripada orang yang benar-benar arif dalam bidang ini dan mempunyai ketokohan yang baik untuk mendidik.. ilmu yang tak akan di temui jika tercongok duduk di rumah sahaja..
oleh itu.. mak, abah dan saya juga.. memutuskan.. untuk menghantar permata hati kami ini ke madrasah tersebut.. aizat.. budaknya.. degil.. kadangkala melawan cakap.. nampak keras dan ego.. tetapi aizat masih rebung, belum jadi buluh betong.. masih boleh dibentuk.. dia juga seorang yang bijak.. mudah faham bila diajar.. semoga dia menjadi seorang insan.. seorang insan dalam erti kata sebenar.. yang hidupnya bukan untuk sia-sia.. hidupnya untuk membela agama.. In Shaa Allah.. mungkin ini langkah yang pertama.. Allah.. rahmati la cinta kami itu.. aamiin..
aktiviti yang direncana untuk mereka yang menyertai program ini agak padat dan bermanfaat.. bermula seawal 5.15 (kalau tak silap.. memang awal.. entah macam mana keadaan aizat dikejutkan pagi-pagi begitu.. im wondering >_<.. tapi aizat mudah dikejutkan dari tidur.. ) semua pelajar dikejutkan untuk solat tahajud dan bersambung dengan solat subuh berjemaah.. kelas bermula pada pukul 8.30 dan tamat pada 11.30.. rehat kemudian makan tghri pada pukul 12.30 (kalau tak silap.. =.='') ok satu keunikan tentang makan kat sini, dan saya rasa kat madrasah2 lain pun sama juga.. MAKAN DALAM DULANG.. bunyinya menarik kan.. saya pernah makan dalam dulang dengan saudara mara.. memang seronok.. terasa ukhwah semakin erat.. ^^ ditambah lagi saling suap menyuap.. wah.. indah.. tapi dah lama tak buat.. rindu pula!
ok.. selepas makan tengahari, mereka diwajibkan tidur.. nak tak nak, suka atau tak.. kena tidur.. kalau tak tidur pejam mata mudir kata.. hehe.. alamak.. ini masalah.. aizat jarang tidur siang.. jarang sangat.. ajaib kalau tengok dia tidur siang.. sebab aizat budak yang aktif.. ada je aktiviti harian dia.. jadual memang padat dan tidur siang tiada dalam jadual hidup dia.. hari tu pernah aizat tertidur waktu siang.. saya pelik sangat.. hairan.. sampai saya pergi telek muka dia dekat-dekat.. cubit-cubit muka dia.. oh memang aizat.. haha.. mungkin dia terlampau penat atau keajaiban berlaku hari tu.. saya doakan semoga aizat dapat tidur siang dengan baik disana.. aamiin ~
lepas tidur siang pelajar akan dikejutkan dan solat zuhur berjemaah pada pukul 2.. selepas itu.. apa ya.. hummmmm.. oh ada kelas lagi.. dari pukul 2.30 sampai 4.30 (kalau tak silap).. lepas kelas solat asar berjemaah.. dan kemudian ada minum petang seterusnya berlangsung lah aktiviti yang dinanti-nantika oleh aizat iaitu aktiviti riadah.. seminggu sebelum masuk madrasah tu lagi.. aizat da tanya.. '' ada padang tak kat situ kak long? ada berapa? besar tak? nanti kaklong g tgk tempat tu tolong tangkap gambar padang eh.." hahaha.. adik.. adik.. kau nak g sana nak belajar ke nak main haa...? pastu dan menjawab lagi tu.. nak dua-dua lah.. huff =.=''
~ eh mak dah balik dari pasar .. bawak balik durian!! harus berhenti.. ok sambung nanti >_<
alhamdulillah.. sedapnyaaa durian... nikmat Allah yang tak ternilai... teringat pulak kat aizat.. makan durian paling seronok makan berebut-rebut dengan adik-adik.. makin berebut makin sedap pula.. tapi.. hari ni tak berebut.. tak cukup ahli.. sob... ok sambung balik tentang tadi.. lepas aktiviti riadah semua akan pergi siap-siap dan solat maghrib berjemaah.. wahh.. banyaknya pahala aizat dapat.. huhu.. 5 waktu solat jemaat..alhamdulillah.. selepas solat isyak kelas bermula dari 8.30 hingga 11..
semalam kami juga sempat mendengar taklimat daripada mudir madrasah tersebut.. terpegun saya melihat mudir.. eh eh eh silap.. terpegun mendengar kata-kata mudir.. terpegun mendengar cerita mudir.. antaranya.. " seorang yang hafaz al-quran, boleh masuk neraka.. apabila mereka masuk ke dalam neraka, api neraka akan menjadi dingin.. dan mereka boleh menarik dan membawa 10 orang saudara mereka yang mereka mahu ke dalam syurga.. maknanya, seorang hafiz al-quran boleh memberi syafaat kepada 10 orang ahli keluarga terdekatnya..''antara perkara lain yang saya dapat tahu ialah, madrtasah tersebut telah melahirkan hampir 300 orang hafiz al-quran.. yang hampir 100 orang daripadanya adalah syahadah.. baru saya tahu.. peringkat tertinggi dalam hafaz al-quran digelar syahadah.. yang mana seorang yang mampu membaca al-quran sehingga khatam 30 juzuk dalam masa 1 hari sahaja tanpa melihat al-quran dengan kesalahan tak lebih daripada 15 kesalahan.. Allah.. ternganga mulut saya mendengarnya.. sampai hari ni masih tak boleh tutup.. haha.. hiperbola!tapi siyes.. memang saya kagum.. MasyaAllah.. semoga aizat akan menjadi salah seorang yang akan menambah bilangan syahada tersebut.. aamiin..lagi info.. saya dapat tahu daripada mudir yakni bermula pada tahun ini satu sijil yang diberi nama SIJIL TAHFIZ MALAYSIA (STM) yang sama tarafnya dengan SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) yang mana dengan sijil tersebut, pelajar tahfiz boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah, master atau phd dalam bidang yang berkaitan.. MasyaAllah, Islam sudah mendapat tempat di mata dunia.. Alhamdulillah.. teruja saya mendengarnya.. mak abah pun begitu juga.. dengan izin Allah.. ini tempatmu duhai cinta.. nanti dah hantar aizat, tiba pula giliran cinta yang satu lagi tu.. saya percaya dan yakin, dengan mengejar akhirat, dunia akan turut serta bersama kita.. jadi buang jauh-jauh fikiran kolot yang mengatakan bidang agama susah nak cari kerja, susah nak cari rezeki.. susah nak cari makan.. apa yang lebih berkat melainkan ilmu mengenal Allah..?
sebelum terlupa.. jutaan terima kasih saya ucapkan kepada insan-insan mulia yang banyak membantu kami semalam.. tiada kata mampu diucapkan yang dapat menggambarkan rasa terima kasih kami kepada mereka.. hanya Allah dapat membalas segala budi baik yang mereka berikan.. semoga mereka sekeluarga sentiasa di bawah rahmat Allah sehingga ke syurga.. aamiin~
baru semalam aizat pergi.. saya dah rindukan dia.. apa lah saya ni, bila ada pening.. bila tak ada runsing.. rindu sangat.. kalau dia ada mesti tengah berebut laptop ni.. saya nak update blog.. dia pulak asyik nak main game.. T_T kalau dia ada mesti dah berebut makan durian tadi.. rindu gelak tawa dia yang giginya jarang tengah.. comel sangat! takpe.. takpe.. ahad ni kami akan pergi melawat dia.. oh tak sabar.. ok dah membebel dengan panjang lebarnyaaaa.. jom tengok gambar aizat.. puas saya cari dalam folder.. tak banyak pulak gambar budak ni.. tapi ada jugak sekeping 2,3,4,5.6, 17, 18, 19, 37 keping..( pehal ni? =.='').. tapi gambar lama.. takpela.. sekurangnya ada juga..
ni gambar tahun lepas.. masa ni aizat belum jadi pengawas.. dia dapat hamper untuk hari sukan.. love u darling!
ni awal tahun 2012.. masa kami melawat angkor wat.. sedikit sexy.. tapi sekarang tak pakai dah seluar pendek macam ni.. hensem kan cinta saya ni..
.
.
.
semoga dapat lihat perubahan dan perkembangan positif dari aizat.. lepas ni, masa melawat aizat mungkin saya akan ambil gambar dia dan kawan-kawannya serta gambar madrasah tersebut.. dan kongsi dengan kamu semua.. In Shaa Allah..
.
.
.
Ya Allah.. aku titipkan cintaku ini di bawah jagaan dan lembayung redhaMu.. jagakan dia baik-baik.. jadikan dia insan yang baik.. beri pada dia segala yang terbaik.. baik di dunia.. baik di akhirat..
~ aamiin ya Rabb ~
Moga harapan cahaya syurga menjadi kenyataan...Moga beliau menjadi pemuda dan pejuang agama yang hebat..mndpt syahadah kelak...menjdi insan yg mnjge Al-Quran...
ReplyDeletesalam.puan boleh bagi no.contact disana
ReplyDeletesalam.puan boleh bagi no.contact disana
ReplyDelete