Ertinya : “ Segala puja-puji hanyalah untuk Allah ( Tuhan ) yang telah menurunkan kepada hamba-Nya kitab dan tidak pula Allah ciptakan baginya ada sebarang kebengkokan ( pertentangan dan perselisihan di antara satu ayat dengan ayat yang lain ) “ .
Kita juga wajib bersyukur kepada Allah Ta’ala di atas nikmat adanya kitab Al-Quranul Karim sebagai panduan hidup kita , yang mana tanpanya , pastilah kita tidak akan menemui kebenaran dan kejayaan di dunia dan di akhirat .
Selain itu ianya diucapkan apabila kita dipuji , contohnya apabila orang memuji kita lantaran kejayaan kita , lalu kita pun menjawab : “ Alhamdulillah , saya berjaya “ ( Diucapkan ucapan “ Alhamdulillah “ agar kita tidak lupa bahawa sehebat mana pun usaha kita , ianya tentu tidak akan berjaya jika tidak diizinkan oleh Allah Ta’ala ) .
Ucapan “ ALHAMDULILLAH “ ini juga dikenali sebagai “ TAHMID “ .
3 – Ucapan “ ALLAHU AKBAR “ اللّهُ أَكْبَرُ
Ertinya : “ Allah Maha Besar “ .
Ianya diucapkan di dalam beberapa situasi :
1 – Apabila berada di tempat yang tinggi .
2 – Apabila berada di dalam ketakutan .
3 – Sebagai teriakan untuk menakutkan dan menggerunkan musuh-musuh Allah Ta’ala .
4 – Sebagai “ pembakar semangat “ para pejuang Islam .
5 – Ketika azan , takbiratul ihram dan takbir hari raya .
Ucapan ini dikenali juga sebagai “ TAKBIR “ .
4 – Ucapan “ LA ILAHA ILLALLAH “ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ
Ertinya : “ Tidak ada sama sekali Tuhan yang layak diibadati melainkan Allah “ .
Masyarakat Arab biasanya menyebut kalimah ini apabila melihat sesuatu yang menggerunkan ataupun peristiwa yang mengerikan .
Kalimah ini adalah inti-pati dan dasar ajaran Islam . Silalah melihat kitab-kitab zikir dan wirid yang sahih (seperti RIYADHUS SOLIHIN oleh Al-Imam an-Nawawi rh ataupun KALIMUT TOIYIB oleh Al-Imam Ibnu Taimiyah rh ) untuk mengetahui fadhilat-fadhilat kalimah Tauhid ini .
Ia dikenali juga dengan gelaran “ TAHLIL “ .
5 – Ucapan “ BISMILLAH “ بِسْمِ اللّهِ
Ertinya : “ Dengan Nama Allah “
Ucapan ini dikenali sebagai “ BASMALAH “
Dilakukan sebagai menunjukkan adab di antara seseorang hamba dengan Allah Ta’ala ketika melakukan perkara-perkara yang diredhai-Nya .
Ertinya di sini ialah : “ Bismillah “ digunakan untuk melakukan perkara-perkara yang diredhai oleh Allah Ta’ala sahaja . Seolah-olah tatkala kita membacanya kita turut sama beriktiqad : “ Aku menyebut nama Allah ini supaya kerja yang aku lakukan ini dirahmati dan diberkati oleh-Nya “ .
Adapun jika digunakan untuk perkara-perkara yang dilarang , maka ia adalah haram bahkan kadang-kadang boleh membawa kepada murtad kerana dianggap menghina kesucian ataupun mempersendakan Allah Ta’ala . Contohnya :
A – Membaca “ Bismillah “ untuk menyembelih binatang-bintang yang tidak disembelih untuk tujuan yang dibenarkan ( seperti untuk mandi safar , untuk “ membuka gelanggang silat “ , untuk “ menyemah “ rumah , untuk “ menjamu “ penunggu dan jin dan sebagainya .
B – Membaca “ Bismillah “ untuk melakukan jampi-jampian yang dilarang oleh agama kita .
C – Membaca “ Bismillah “ untuk “ tikam “ nombor ekor , toto dan lumba kuda serta sebarang perjudian .
D – Membaca “ Bismillah “ ( supaya selamat konon-kononnya ) untuk mengintai orang mandi .
E – Membaca “ Bismillah “ untuk makan dan minum apa-apa yang haram .
F – Membaca “ Bismillah “ kuat-kuat ( agar didengar oleh orang ramai ) ketika membuka warong demi melariskan jualan .
6 – Ucapan “ MA SYAALLAH “ مَا شَاء اللَّهُ
Ertinya : “ Apa yang Allah Kehendaki “
Diucapkan ketika melihat apa-apa yang baik dan indah .
Diucapkan juga ketika melihat perkara-perkara yang luar biasa dan hebat ( sama seperti Tasbih )
Tidak boleh digunakan sebagai ucapan tatkala melihat sesuatu yang dilarang , contohnya menyebut “ MA SYA ALLAH “ ketika melihat wanita-wanita yang berpakaian seksi sebab kalimah itu bermakna “ Apa-apa yang Allah kehendaki “ , sedangkan Allah Ta’ala tidak pernah sama-sekali menyuruh wanita-wanita berpakaian seksi di hadapan bukan suaminya . Dan begitu juga tidak boleh mengucapkan kalimah ini tatkala melihat pelakon-pelakon yang seksi-seksi di TV .
Hati-Hati dan fahami baik-baik penggunakan kalimah dan ucapan ini !!! .
Ucapan ini diistilahkan sebagai : “ AL-MASYIAH “
7 – Ucapan “ A’UZUBILLAHI MINASY SYAITONIR RAJIM “ أَعُوذُ بِاللّه مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ ِ
Ertinya : “ Aku memohon perlindungan Allah daripada syaitan yang direjam ( terkutuk ) “ .
Diucapkan sebagai memohon perlindungan dan keselamatan kepada Allah Ta’ala daripada segala jenis gangguan , sama ada gangguan syaitan ataupun bala-bencana .
Diucapkan juga sebagai memulakan bacaan ayat-ayat suci Al-Quranul Karim .
Ucapan ini digelar sebagai “ AT-TA’AWWUDZ “ .
8 – Ucapan “ LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAH “ لاحول و لا قوة إلا بالله
Ertinya : “ Tidak adalah daya-upaya dan kekuatan ( yang sebenar / yang terutama ) melainkan dengan izin ( pertolongan ) Allah “ .
Diucapkan apabila melihat perkara-perkara yang tidak disukai ataupun apabila kita tidak terdaya untuk melakukan sesuatu .
Dan diucapkan apabila kita merasai kekurangan dan kelemahan yang ada pada diri kita seperti sedang berhadapan dengan jumlah musuh yang lebih ramai daripada pihak kita .
Ucapan ini dikenali sebagai “ AL-HAUQOLAH “ .
9 – Ucapan “ INSYA ALLAH “ إِن شَاء اللَّهُ
Ertinya : “ Jika diizinkan Allah “
Diucapkan apabila kita berjanji untuk menyempurnakan hajat seseorang . Ataupun apabila hati kita berat 70 % untuk memenuhi janji itu maka bolehlah kita menyebut “ INSYA-ALLAH “ , tetapi jika kita memang tidak mahu memenuhi hajat itu ataupun hati kita memang berat 70 % untuk tidak memenuhinya , maka tidaklah wajar kita menggunakan kalimah ini . ~ [ Hasil temuramah di antara S.S Dato’ Ishak Baharom , Bekas Mufti Selangor Darul Ehsan dengan salah sebuah majalah di Malaysia ] .
Ucapan ini dikenali sebagai “ TAWAKKUL “ ( Tetapi masyarakat Melayu memanggilnya sebagai tawakkal )
10– Ucapan “ BARAKKALLAHU FIK “ بَارَكَ اللّهَُ فِيكَ
Ertinya : “ Semoga Allah memberkati engkau “ .
Diucapkan kepada seseorang yang kita cintai ataupun sebagai doa baginya .
Menurut sunnah ucapan yang seumpama ini diucapkan juga kepada mereka yang baru berkahwin .
Ucapan ini dikenali sebagai “ AT-TABARRUK “ .
11 – Ucapan “ JAZAKALLAHU KHAIRAN “جَزَاكَ اللهُ خَيرًا
Ertinya : “ Semoga Allah membalas jasa-baikmu itu dengan kebaikan “
Ucapan ini sebagai tanda terima kasih kita pada seseorang .
Boleh juga diucapkan dengan “ JAZAKALLAHU KHAIRAN KATSIRAN “ ( Semoga Allah membalas jasa-baikmu itu dengan kebaikan yang banyak “ .
Boleh juga diucapkan dengan “ JAZAKALLAHU KHAIRAL JAZAK “جَزَاكَ اللهُ خَيرَ الجَزآء
( Semoga Allah membalas jasa-baikmu dengan balasan yang paling baik ) .
Adalah SALAH dan TIDAK BETUL jika sekadar mengucapkan “ JAZAKALLAHU “ ( Semoga Allah membalasmu…) Membalas dengan apa ??? . Ayat ini jadi ayat tergantung ! .
Apabila kita diucapkan sedemikian rupa , maka respon kita pula ialah : “ JAZANA WA IYYAK “ .
جَزَانا وَ إيِاكَ
Erti respon itu ialah : “ Semoga Allah juga membalas ( kebaikan yang kau ucapkan tadi ) kepada kita semua dan juga kepada dirimu “ .
Ianya dikenali sebagai kalimah “ ASY-SYUKR “
12 – Ucapan “ INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI’UN “ إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Ertinya : “Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali “.
- Diucapkan apabila ditimpa sesuatu yang tidak dikehendaki seperti banjir , kemalangan , kecurian dan seumpamanya .
( Walhal orang-orang kita hanya mengucapkannya tatkala mendengar berita kematian seseorang ) .
Firman Allah mengenai ucapan ini :