Thursday, 14 February 2013

~ 24 ~


assalamualaikum..

hari jumaat, 15 februari 2013.. dari pagi hujan tak henti tanda turunnya rahmat dari Ilahi.. hari ini genaplah saya berusia 24 tahun.. 24? rasa macam tak percaya pula.. usia kanak-kanak telah saya lalui dengan penuh kebahagian dan kenakalan.. masa remaja saya juga penuh bahagia dan memori suka duka.. sekarang semakin menginjak dewasa.. pengalaman banyak mengajar.. kesilapan demi kesilapan yang selalu saya lakukan di sepanjang jalan hidup ini mengingatkan saya kepada fitrah manusia yang tak mungkin untuk menjadi sempurna.. maka saya memilih kesederhaan dalam setiap langkah yang cuba saya aturkan.. hanya satu tujuan yakni menuju Tuhan.. dalam usia begini.. mungkin saya sepatutnya semakin matang dalam berfikiran dan membuat sebarang keputusan dengan penuh pertimbangan.. bukan sepatutnya, tetapi mesti.. 

syukurnya saya pada Allah bukan kepalang.. masih lagi Dia meminjam nikmat nyawa kepada saya.. memberi peluang kepada saya untuk terus berubah ke arah kebaikan dan bertaubat atas segala dosa-dosa yang pernah dilakukan.. ya.. saya akan terus mencuba untuk menjadi lebih baik dari sebelum-sebelumnya kerana setiap hari adalah perjuangan.. perjuangan menentang segala ujian dan godaan dunia yang tak pernah sunyi.. perjuangan menentang nafsu serakah sendiri.. perjuangan menentang hasutan syaitan yang tak pernah lelah membisikkan kejahatan.. Allahu Allah.. semoga saya kuat..

saya tak pernah sangka akan menjadi seperti hari ini.. sedikit pun tak pernah terlintas dalam kolong hati yang selama ini kosong .. namun Allah Maha Besar.. Allah Maha Penyayang.. Allah panggil saya kembali.. jangan main jauh sangat kataNya.. sudah-sudahlah.. mari padaKu.. syukur Ya Allah.. walaupun masih baru beberapa langkah, saya gagahkan diri mendekatiNya.. walaupun terpaksa merangkak kerana saya tak kuat macam orang lain yang gagah berjalan dan berlari.. Biiznillah.. saya akan cuba sehabis baik.. terima kasih Allah.. kerana tak lupa pada hamba yang hina ini..

sebenarnya.. tak banyak yang saya harapkan.. apa yang saya nak supaya umur saya selepas ini tidak akan meningkat dengan sia-sia lagi.. setiap waktu yang dilalui, bergerak dengan penuh hikmah.. harapan saya kali ini sama saja seperti harapan-harapan sebelum ini.. tak pernah berubah.. saya nak jadi wanita solehah.. solehah kerana Allah.. bukan solehah dari kepandaian menyusun kata-kata.. bukan solehah dari kemolekan berpakaian.. bukan solehah dari keindahan perbuatan.. tapi solehah dari segalanya.. dan bermula dari hati nurani yang ikhlas kerana Allah.. saya nak jadi solehah tanpa ada niat langsung nak menunjuk-nunjuk pada orang lain.. saya nak jadi solehah tanpa mengharap pujian dari yang namanya manusia.. saya nak jadi solehah tanpa ada rasa terguris hati dengan hina caci manusia.. kerana ada juga yang kata saya berpura.. Demi Allah saya tak marahkan mereka.. kerana saya lebih kenal siapa saya.. dan Allah Maha Tahu segalanya.. jadi kenapa saya nak marah pada mereka yang tak pernah tahu saya siapa..? jika benar apa yang mereka kata tentang saya, maka saya akan memohon keampunan dari Allah.. jika tidak benar apa yang mereka kata, saya mohon Allah ampunkan mereka.. 


ada orang kata nak berubah itu susah.. nak kekalkan perubahan lagi susah..mungkin ada benarnya kata-kata ini.. sebab itulah, sudah begitu lama hidup di dunia, baru saya jumpa diri saya yang sebenarnya.. diri yang selama ini saya tak pernah kenal.. diri yang kelihatannya jauh sekali berbeza.. diri yang membuatkan saya merasa janggal.. tetapi tak mengapa.. saya dah mula mengenali diri baru ini sedikit demi sedikit.. dan saya lebih sukakannya berbanding diri yang dulu.. namun tak pernah saya menyesal menjadi diri yang dulu.. kerana diri yang dahulu lah yang membentuk diri saya yang sekarang..

Allah.. syukur ku panjatkan kepadaMu.. kerana masih memberi aku waktu untuk bertaubat atas segala dosa-dosaku.. yang tak pernah terhitung bagai debu..

Allah.. terima kasih kerana sudi memanggilku.. dan izinkan aku untuk mengenal diriMu dan rasulMu.. kerana selama ini aku buta kerana nafsu..

Allah.. terima kasih kerana menjadi sumber kekuatan.. agar aku tak sesat dalam perjalanan.. semoga umurku Kau berikan keberkatan.. 

Allah.. hanya Engkau kenal siapa diriku.. luar dan dalamku.. sucikanlah hatiku dari sebarang racun yang berbisa..

Allah.. jadikan aku wanita solehah milikMu..

~ Nurul Jannah ~








No comments:

Post a Comment