what? Jannah bakal jadi cikgu? hohoho >_<
assalamualaikum.. Allah.. mengingat Allah buat hati rasa tenang.. kan..? ok lah.. memandangkan esok dah mula sesi persekolahan untuk tahun 2013.. saya dengan rela hati, tanpa sedikit paksaan daripada mana-mana pihak pun (over), nak tulis sikit tentang pengalaman saya menjadi guru praktikal selama 4 bulan (kiraan cincai) di sebuah sekolah agama di Kuantan Pahang.. nak lebih detail lagi nama sekolah tu SEKOLAH MENENGAH AGAMA AL-IHSAN.. dekat area Padang Lalang.. eh? kot la kalau tak silap.. dekat-dekat dengan Taman Gelora.. dalam 15 minit dari Teluk Cempedak.. sekolah yang mulanya sangat asing pada saya.. selama saya dok Pekan/Kuantan ni, tak pernah lagi saya menjejakkan kaki ke kawasan-kawasan yang berdekatan dengan sekolah ni.. Telok Cempedak tu selalulah saya pergi.. dah 3 bulan berlalu setelah tamat berpraktikal kat sekolah tu, kenapa baru sekarang nak cerita pengalaman bagai? hehe.. maaf, takde jawapan..
Nurul Jannah Zakaria bakal menjadi seorang guru.. kepada yang tak kenal saya dengan rapat mungkin tak rasa apa-apa yang pelik pun.. tetapi kawan-kawan lama yang memang rapat dengan saya suatu ketika dulu, bila tahu saya ni bakal cikgu.. memang diorang gelak sakan.. hehe.. takpe.. tak marah tak marah.. saya pun join gelak sekali.. ni belum jumpa bekas cikgu-cikgu saya lagi.. apalah reaksi mereka agaknya.. Jannah bakal jadi cikgu.. cikgu sejarah pula tuuu.. hehe.. mengenangkan betapa baik dan sucinya perangai saya waktu zaman sekolah dulu, memang tak sangka saya pula yang bakal jadi cikgu.. perangai saya terlalu baik sampai ada cikgu yang cakap " cikgu sumpah awak jadi cikgu satu hari nanti Jannah!'' gulp.. cikgu? euuuwwwww.. tak mungkin tak mungkin.. ini jawapan saya dulu, dalam hatilah.. walau saya nakal, tapi saya tak kurang ajar dengan insan yang bernama cikgu.. kini, saya mula sedar betapa hebatnya perasaan menjadi cikgu.. cikgu.. (tak ingat dah cikgu mana, eh mungkin seorang ustaz? atau ustazah kali? ok tak kisahlah.. siapapun yang pernah menyumpah saya jadi cikgu tu), saya ucapkan terima kasih.. itu bukan satu sumpahan bagi saya sekarang.. ia telah menjadi satu kejadian terindah dari Allah.. kenapa..? nanti saya cerita pada entry akan datang..
gambar ni comel walaupun tak sabit ngan entry..
alamak.. mukadimahnya pun dah panjang berjela, belum masuk isi penting lagi.. haihhh.. memang banyak benda nak cerita.. ok, kita kembali kepada tujuan asal saya tulis entry ni.. saya pergi sekolah tu hari ahad, kerana esoknya dah bermula tugas saya sebagai cikgu praktikal kat sekolah tu.. datang awal sikit supaya get ready dan tak lah tergopoh-gopoh esoknya.. (bajet kononnya hidup teratur sangatlah) pengetua SMAI, bagi kebenaran untuk saya dan kawan saya untuk tinggal di rumah yang telah beliau sediakan untuk kami.. Alhamdulillah.. semuanya mudah untuk kami.. rumah free.. api air elektrik pun free.. kenderaan dah tak perlu sebab memang tinggal dalam kawasan sekolah.. rumahnya sebelah kelas 4AK yang saya ajar pulak tu.. ohhsemmm.. hehe.. btw, terima kasih banyak-banyak tuan pengatua Husin.. jasamu tak mungkin saya lupa..
saya ingat lagi.. hari pertama saya memulakan tugas kat sekolah tu, saya pakai jubah ungu pekat dengan tudung ungu muda.. habis cun dah rasanya tu.. hehe..^^ saya pun mengatur langkah dengan penuh teratur, persis gadis Melayu Islam terakhir.. nasib baik tak pakai bulu mata pelesu tau.. hehe.. (eh harom harom ^^).. masa tu kitorang terus ke pejabat jumpa pengetua.. Pengetua sambut kitorang dengan baik dan beliau bagitahu ada 8 lagi guru praktikal yang akan menyertai kitorang.. wow 8 + 2 = 10.. maknanya SMAI terima 10 orang guru praktikal masa tu.. dan semuanya dari UPSI.. bagus-bagus.. kemudian pengetua cakap beliau akan memperkenalkan kitorang semua kat perhimpunan nanti.. gulp.. memercik mercik peluh saya.. darah gemuruh.. haha.. dulu duk perhimpuan sebagai murid,, skang sebagai cikgu pulak.. kekok..
masa tu, keluar je dari pejabat pengetua, saya nampak semua pelajar dan guru-guru dah berada kat tapak perhimpunan.. gulp.. (telan air liur lagi).. RAMAINYA!! dan apa yang saya perasan.. kerusi untuk guru berada di tengah-tengah barisan antara murid perempuan dan murid lelaki.. untuk ke tempat tu, kitorang kena lalu kat depan barisan murid-murid yang ramai tu.. alamak alamak.. ok Jannah.. jalan pelan-pelan.. atur langkah betul-betul.. motivasi pada diri.. memandangkan diri ini memang mudah nak gelabah kalau depan orang ramai.. + pemalu jugak sebenarnya.. heee.. bila saya dah sampai kat kerusi dengan keadaan yang selamat tanpa perkara-perkara yang tak diingini berlaku, saya pun dok diam-diam kat kerusi.. and kepala memang tak dok diam.. mata meliar.. pandang sana.. pandang sini.. scan apa yang patut oh saya perasan sesuatu! saya pakai ungu, dah macam pengawas library.. haha..
lepas tu.. tibalah masa pengetua berucap.. dan beliau pun memperkenalkan kami kepada semua satu persatu.. nama saya adalah nama terakhir yang disebut.. hehe.. bila nama saya disebut.. tersentap hulu hati (over lagi =.='').. automatik bangun.. dan senyum-senyum kerang separuh masak kat semua mata yang sedang memandang ke arah saya.. mujur tak buat lambaian Miss World.. kiki.. oh rindu saat itu.. sebenarnya banyak lagi saya nak cerita.. terlalu banyak kenangan manis kat SMAI.. boleh katakan tak ada yang tak manis.. semua manis.. tapi nak stop tulis lah sekarang.. mata dah ngantuk.. nanti saya sambung tulis lagi.. in shaa Allah.. sayang semua kerana Allah.. wassalam..
No comments:
Post a Comment