Saturday, 26 January 2013

~ surat untuk bulan ~

oh bulan..
kau begitu jauh.. tak bisa untuk ku sentuh..
namun cahayamu tak lekang menemani pada setiap malam-malamku..

oh bulan..
surat ini ku utuskan bukan untuk meraih simpatimu..
sekadar jadikan kau tempat tumpang mengadu..
harap kau tak jemu mendengar omelan dariku..

oh bulan..
mengapa manusia selalu menilai sebelum mereka sempat mengenal..
benar, kita boleh menghukum dari luaran..
namun itu bukan alasan, kerana tak semua begitu..
belum sempat aku buktikan siapa aku sebenar..
dengan mudah aku diberi pelbagai tanggapan..

oh bulan..
aku hanya manusia biasa.. yang punya rasa dan jiwa..
bila diuji begini, diri meruntun hiba..
hendakku adukan pada siapa..
ku berserah segala pada yang Esa..

oh bulan..
aku tak marah mereka.. malah jauh sekali untuk membenci..
kerana aku tahu, aku serba kurang..
lubang sana sini..
masih banyak yang perlu aku perbaiki..

oh bulan..
semakin aku cuba untuk berubah.. 
semakin banyak juga ujian yang menimpa..
nak salahkan mereka?
tak mungkin.. kerana aku tak suka menuding jari tak tentu hala..
lebih baik bagiku memuhasabah diri sendiri..

oh bulan..
kenapa ramai yang merasa diri begitu sempurna..
sehingga mudah memandang rendah pada yang lainnya..
tak baik begitu, kan bulan..?

oh bulan..
aku tak lemah.. aku juga tak kuat..
kadang kala aku biarkan sahaja semuanya..
namun kadang kala, aku pedulikan..
kerana apa yang berlaku tak semudah melontarkan kata-kata..

oh bulan.. 
tolong sampaikan kepada mereka..
aku manusia yang tak mati dihina..
tak pula hidup bila dipuja..
kerana hidup mati aku hanya demi Dia..

oh bulan..
aku cemburu padamu..
walau apa berlaku kau tetap utuh berada di situ..
menyebarkan cahaya indahmu..

oh bulan..
bagaimana kau boleh jadi begitu kuat..?
sedangkan aku kadangkala seperti kehilangan kudrat..
dalam menghadapi dugaan yang sarat..


oh bulan..
dalam kepayahan aku mulai sedar..
siapa aku yang sebenarnya..
tak mengapalah.. aku akan teruskan langkahku..
menuju redha Sang Pencipta kita..

oh bulan..
aku bersyukur pada Allah..
Dia menghadiahkan insan-insan yang istimewa taktala aku menemui jalan mati..
insan-insan yang sentiasa menemani dan menyayangi..
yang tak henti-henti menguatkan jati diri ini..

oh bulan..
lega rasa relung hati berkongsi cerita denganmu..
terima kasih kerana melayan karenahku..
semoga bertemu lagi di lain waktu..







No comments:

Post a Comment