assalamualaikum.. rimaskan pakai tudung labuh ni.. rimas rimas rimas.. banyak perkara yang mermaskan bila pakai tudung labuh.. betul-betul rimas.. serius memang rimas.. kerimasan yang pertama adalah bila cuaca panas.. dan ketika cuaca panas ni kita perlu keluar rumah atas urusan tertentu.. nak-nak lagi harus berjemur di bawah terik sang mentari.. alamak.. dah la cuaca panas.. tudung pulak labuh.. tebal pulak tu.. langsung tak ada ruang angin keluar masuk macam tudung singkat.. kadang berpeluh-peluh.. Ya Allah.. rimas-rimas rimas..
lagi, kerimasan memakai tudung labuh juga ketara apabila kita berkelah atau beriadah di tepi pantai.. kalau tepi pantai, angin kan kuat.. tudung pulak labuh dan besar.. makanya, akan mengerbanglah tudung yang kita pakai dalam keadaan yang hebat mengalahkan bendera amaran bahaya yang di pasang di tepi pantai.. pastu kena pegang sana, pegang sini.. yelah, takut tercabut tudung tu.. siapa nak jawab nanti.. tak pasal-pasal free hair.. rimas rimas rimas..
seterusnya, susahnya nak iron tudung labuh ni.. kemain besar lagi.. kalau tudung yang kecik 5 minit siap iron.. kalau tudung labuh ni, mahu 15 minit, yang cerewet pulak mungkin makan masa 30 minit.. orang dah siap semuanya, kita baru terkial-kial nak pakai tudung.. rimas rimas rimas..
bila pakai tudung labuh susah nak duduk kalau kereta.. masa nak drive ke apa ke.. nak sandar kang takut kedut.. rimas betul.. takkan nak drive ngan badan yang tercongok ke depan.. yedak? pastu bila duduk dalam kereta ngan adik-adik yang nakal tak reti duk diam, mesti tertarik-tarik tudungnya.. maklumlah tudung besar.. mula lah kena repair semula.. rimas rimas rimas...
bagi segelintir individu, ( SEGELINTIR, BUKAN SEMUA) mindset mereka telah di setting bahawa golongan yang bertudung labuh ni dah cukup sempurna, cukup baik dan sebagainya.. pantang buat silap sikit, mula lah.. sedang mereka tidak sedar bahawa golongan yang bertudung labuh ini bukanlah sempurna.. mungkin mereka telah berjaya menutup aurat dengan baik tetapi mereka juga manusia biasa yang tak pernah lekang dari membuat khilaf dan dalam masa yang sama sedang sedaya upaya memperbaiki diri.. apabila berhadapan dengan invidu yang bermindset seperti yang dinyatakan, kadang-kadang rimas juga.. rimas rimas rimas...
.
.
.
lihat.. banyakkan kerimasan yang dialami oleh golongan bertudung labuh.. tetapi tak mengapa.. kerimasan ini akan hilang dengan sekelip mata apabila kita meniatkan segalanya hanya kerana Allah.. SAHAJA AKU PAKAI TUDUNG LABUH KERANA ALLAH.. nah.. maka segala kerimasan seperti yang disebut di atas tak akan menjadi masalah..
pakai tudung labuh masa cuaca panas terik memanglah rimas.. tetapi ini cuma panas dunia.. tudung labuh yang merimaskan ini akan menjadi perisai kita daripada dimamah oleh api neraka di akhirat kelak, kerana kita telah berusaha menjaga aurat kita sebaik mungkin.. in shaa Allah~
pakai tudung labuh dan berjalan di tepi pantai dengan angin yang bertiup kencang memanglah rimas.. tetapi aurat kita sangat terjaga.. bila angin bertiup, kita dihadang oleh tudung labuh daripada terlihatnya anggita-anggota tubuh.. maka, aib kita sudah terpelihara.. bukankah lebih indah begitu..?
nak iron tudung labuh memang memakan masa daripada tudung biasa.. tetapi jangan jadikan itu alasan.. kan boleh iron siap-siap dan sangkut molek-molek dalam almari.. bila nak pakai, ambil dan sarung.. tak susah pun.. bersabarlah.. Allah melihat setiap perlakuan kita..
bila pakai tudung labuh, memang rimas bila orang selalu nampak salah kita.. tetapi, pandanglah pada sudut yang positif.. mungkin itu adalah teguran dari Allah kepada kita untuk mengubah sikap kita mana yang kurang supaya menjadi lebih baik selari dengan keindahan tudung labuh yang kita pakai.. kan..?
sedarlah.. kerimasan ini kerimasan membawa berkah.. membawa kita dekat kepada Allah.. jadi jangan mengalah.. kerana Allah itu ada.. Dia faham akan kita.. apa-apa sahaja mengadulah pada Dia.. maka, teruslah beristiqamah tanpa lelah.. sesungguhnya di sisi kita ada ALLAH ~
wallahua'lam..
~ Nurul Jannah ~
wallahua'lam..
~ Nurul Jannah ~
No comments:
Post a Comment