Friday 23 November 2012

~ 7 cara bersahabat kerana Allah ~



assalamualaikum.. kebelakangan ini.. virus malas menyelubungi.. malas nak taip entry sendiri.. ada.. tapi tak siap-siap.. tersadai di draf.. oleh itu, supaya blog ini tak kosong dari post baru setiap hari, saya kongsikan sebuah penulisan tentang sahabat.. yakni, 7 Cara Bersahabat Kerana Allah... jom kita baca....

Berikut ada beberapa tip sebagai panduan untuk kita amalkan dalam bersahabat:

♥Memberitahunya bahawa kita kasih dan suka kepadanya.

Rasulullah SAW bersabda:
"Jika seseorang kasih kepada seseorang maka hendaklah dia memberitahu temannya."(Hadis Riwayat Abu Daud)

♥Apabila berpisah dengan sahabat maka hendaklah kita mendoakan sahabat kita tanpa pengetahuannya.
Rasulullah SAW bersabda:
"Setiap hamba Muslim yang mendoakan sahabatnya tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan malaikat dengan berkata engkau juga akan mendapat seumpamanya."(HR Muslim)

♥Sentiasa bermanis muka ketika berjumpa dengan sahabat.
Rasulullah SAW bersabda:
"Janganlah kamu meremahkan kebajikan sedikit pun,sekalipun dengan berjumpa temanmu dalam keadaan wajah yang ceria."(HR Muslim)

♥Segera bersalaman ketika berjumpa
Rasulullah SAW bersabda:
"Setiap dua orang Islam yang berjumpa dan bersalaman pasti akan diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah."(HR Abu Daud)

♥Sentiasa menziarahi sahabat kita.
Rasulullah SAW bersabda:
"Hendaklah kamu menziarahi sesekali,nescaya akan bertambah kasih sayang antara kamu."

♥Memberi hadiah.
Rasulullah SAW bersabda:
"Hendaklah kamu saling memberi hadiah nescaya kamu akan berkasih sayang."(HR Thabrani)

♥Membantu sahabat-sahabat dalam kesusahan.Rasulullah SAW bersabda:
"Orang yang berjalan umtuk menunaikan hajat sahabatnya lebih baik daripada orang yang beriktikaf selama dua bulan."(HR Hakim)

~ sahabat yang baik selalu mengingatkan kita kepada Allah ~
.
.
.
...... uhibbukum fillah abadan abada .....

No comments:

Post a Comment