Wednesday, 31 October 2012

.. cinta terindah ..


assalamualaikum..

jom sama-sama hayati..

Sebuah kisah Cinta Sejati, Kisah nyata yg pernah terjadi di Bumi ini...
.
.
.
Sekian ratusan tahun yang lalu...

.. Di malam yang sunyi, di dalam rumah sederhana yang tidak seberapa luasnya. seorang isteri tengah menunggu kepulangan suaminya. Tak biasanya si suami pulang larut malam. Si isteri bingung... hari sudah larut dan ia sudah sangat kelelahan dan mengantuk. Namun, tidak terlintas sedikitpun dalam benaknya untuk segera tidur dan terlelap di tempat tidur suaminya. Dengan setia ia ingin tetap menunggu. namun, rasa ngantuk semakin menjadi-jadi dan Si suami tercinta belum juga datang.

Tidak berapa lama kemudian....

seorang lelaki yang sangat berwibawa lagi luhur budinya tiba di rumahnya yang sederhana.

Lelaki ini adalah suami dari si wanita tersebut.

Malam ini beliau pulang lebih lambat dari biasanya, kelelahan dan penat sangat terasa.

Namun, ketika ingin mengetuk pintu.., terpikir olehnya Si isteri yang tengah terlelap tidur. ah, sungguh dia tak ingin membangunkannya.

Tanpa berfikir panjang, dia tak jadi mengetuk pintu dan seketika itu juga melebarkan serbannya di depan pintu dan berbaring diatasnya.

Dengan kelembutan hati yang tidak ingin membangunkan isteri tercinta, Si suami lebih memilih tidur di luar rumah..

di depan pintu...

dengan udara malam yang dingin melilit...

hanya beralaskan selembar serban tipis.

Penat dan lelah seharian, dingin malam yang menggigit tulang ia hadapi..

kerana tak ingin membangunkan isteri tercinta. Subhanallah...

Dan ternyata, di dalam rumah..

dibalik pintu tempat si suami melebarkan kain serban dan berbaring diatasnya..

Si isteri masih menunggu, hingga terlelap dan bersandar di balik pintu.

Tidak terlintas sedikitpun dalam pikirinnya untuk berbaring di tempat tidur, sementara suaminya belum juga pulang.

Namun, kerana risau rasa mengantuknya tak tertahan dan tidak mendengar ketukan pintu Si suami ketika pulang, ia memutuskan tuk menunggu suaminya di depan pintu dari dalam rumahnya.

Malam itu...tanpa saling mengetahui, sepasang suami isteri tersebut tertidur berdampingan di kedua sisi pintu rumah mereka yang sederhana. kerana kasih dan rasa hormat terhadap pasangan.. Si Isteri rela mengorbankan diri terlelap di pintu demi kesetiaan serta hormat pada suaminya dan si suami mengorbankan diri tidur di pintu demi rasa kasih dan kelembutan pada isterinya.

dan Nun jauh di langit....

ratusan ribu malaikat pun bertasbih....

menyaksikan kedua sejoli tersebut...

SUBHANALLAH WABIHAMDIH

betapa suci dan mulia rasa cinta kasih yang mereka bina

terlukis indah dalam ukiran akhlak yang begitu mempesona...

saling mengasihi, saling mencintai, saling menyayangi dan saling menghormati...

TAHUKAH ANDA... siapa mereka..?

Si suami adalah Muhammad bin Abdullah, Rasulullah SAW.
(selawat keatas nabi)

dan

si isteri adalah Sayyidatuna Aisyah RA binti Abu Bakar As-Sidiq.

Merekalah sepasang kekasih teladan, suami isteri dambaan,

Semoga rahmat ALLAH senantiasa tercurah bagi keduanya, dan mengumpulkan jiwa kita bersama Rasulullah SAW dan Sayyidatuna Aisyah RA dalam surgaNYA kelak. Dan Semoga ALLAH SWT memberi kita taufiq dan hidayah untuk meneladani kedua manusia mulia tersebut..
.
.
.

ALLAHURABBI.. terkedu saya membaca kisah ini.. Allah.. betapa agungnya cinta mereka .. teringin rasanya merasai cinta begini..... aamiin ~ T_T


Tuesday, 30 October 2012

~ 30 larangan bagi muslimah ~



assalamualaikum..
dengan izin dari Allah..
dapat lagi saya menulis hari ini..
berbekalkan nikmat Allah yang masih dipinjamkan..
nikmat nyawa.. kesihatan.. kesempatan masa.. banyak lagilah..
ALHAMDULILLAH..
baiklah.. hari yang indah ini.. saya mahu berkongsi tentang larangan-larangan ke atas wanita-wanita islam dalam menjalani kehidupan seharian..
peraturan..
bukan semua orang suka..kan..
saya pun juga tidak menyukai hidup yang terlalu berperaturan..
namun saya sedar, untuk menjadi manusia yang baik.. mengikut peraturan adalah salah satu landasannya..
mungkin peraturan manusia boleh lagi kita nak bangkang jika tidak kena dengan fitrahnya..
namun..
bagaimana pula dengan peraturan atau larangan Allah..?
kita sebagai manusia tidaklah layak untuk menafikan apatah lagi mempersoalkan..
oleh itu, jom sama-sama kita lihat apakah larangan-larangan terhadap wanita-wanita yang beragama Islam..
dan sama-samalah kita elakkan..
insyaAllah~
.
.
.
1. Menyambung rambut palsu

2. Bertato, mencabut bulu wajah dan mengikir gigi

3. Keluar rumah dengan memakai minyak wangi

4. Memperlihatkan perhiasan(bersolek) di depan lelaki lain

5. Menolak panggilan suami untuk bersenggama

6. Membuka rahasia hubungan suami isteri

7. Berpuasa sunat tanpa izin suami

8. Membelanjakan harta suami, tanpa izin suami

9. Berbohong kepada suami

10. Meminta cerai tanpa sebab yang jelas

11. Mengingkari kebaikan suami

12. Bersama lelaki lain yang bukan mahram

13. Memandang lelaki yang bukan mahramnya

14. Bersalaman dengan lelaki bukan mahram

15. Menyerupai lelaki


16. Membuka rahasia wanita lain kepada suami

17. Memandang aurat wanita lain

18. Keluar rumah tanpa ada keperluan

19. Masuk permandian umum

20. Melukai tubuh ketika dapat musibah

21. Meratapi kematian

22. Berhias atas meninggalnya seseorang

23. Mengantar jenazah

24. Mempercayai dukun dan peramal

25. Menyumpah anak-anak sendiri

26. Tidak bertegur sapa dengan sesama muslim

27. Menganiaya pembantu

28. Mengganggu tetangga

29. Minta cerai kerana suami sakit

30. Minta cerai kerana suami menikah lagi
.
.
.
lihat..
itulah 30 larangan yang mesti dielakkan oleh kaum muslimah..
ada diantaranya kelihatan mudah atau remeh saja.. namun untuk melakukannya sangat susah.. saya akan beri contoh berkaitan dengan pemakaian wangian.. jelas-jelas Allah tidak benarkan kaum muslimah untuk memakai wangian apabila keluar dari rumah, malah hukumnya disamakan dengan zina jika wangian tersebut dihidu oleh lelaki bukan muhrim.. bagi saya arahannya mudah.. "JANGAN PAKAI MINYAK WANGI APABILA KELUAR RUMAH".. saya rasa semua boleh faham ayat tersebut.. namun berapa ramai yang ambil peduli tentang larangan ini..? Allah..
jika larangan Allah pun senang-senang kita ingkari.. bagaimana rahmatNYA mampu kita kecapi..? dan bagaimana pula dengan cita-cita mahu menjadi muslimah sejati.. oleh itu,mari kita sama-sama muhasabah diri.. jangan lah buat perkara-perakara yang mengundang murka Allah.. sedangkan banyak perkara yang Allah suka susah pula kita nak buat..
ayuh..
kita sama-sama nekad untuk mengelakkan daripada melakukan larangan-larangan Allah ini..
mudah-mudahan dengan usaha ini, kita akan sentiasa berada dalam pelukan redha Ilahi.. insyaAllah ~


Monday, 29 October 2012

╰:♥:40 KEISTIMEWAAN WANITA MENURUT ISLAM:♥:╮

Bismillahirrahmanirrahim...



Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabaarakaatuh

•*¨*•.¸.♪♫✽

Menurut Islam, do’a wanita lebih makbul daripada do’a pria karena sifat penyayang seorang wanita yang lebih kuat daripada pria. Ketika ditanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam akan hal tersebut, jawab baginda: “Ibu (wanita) lebih penyayang daripada bapak (pria) dan do’a orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

Berikut adalah 40 (empatpuluh) keistimewaan Wanita menurut Islam.

1. Wanita yang sholehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang pria yang sholeh.

2. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang senantiasa menangis karena takut Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan orang yang takut Allah Subhanahu Wa Ta’ala akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

3. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak pria. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail ‘alaihi sallam.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam) di dalam syurga.

5. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

6. Dari Aisyah radhiyallahu ‘anha, “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya dari api neraka.”

7. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

8. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

9. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari pintu manapun yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

10. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan dilaut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama dia taat kepada suaminya dan saudara suaminya (serta menjaga sholat dan puasanya).


11. Aisyah radhiyallahu ‘anha berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap pria?” tanya Aisyah kembali, Jawab Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam “Ibunya.”

12. Perempuan apabila sholat lima waktu, puasa pada bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat pada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana saja yang dia kehendaki.

13. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah Subhanahu Wa Ta’ala memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10.000 tahun).

14. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah Subhanahu Wa Ta’ala mencatatkan baginya setiap hari dengan 1.000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1.000 kejahatan.

15. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah Subhanahu Wa Ta’ala mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

16. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

17. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

18. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah Subhanahu Wa Ta’ala memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

19. Seorang wanita sholehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

20. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1.000 pria yang jahat.


21. 2 rakaat sholat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat sholat wanita yang tidak hamil.

22. Wanita yang memberi minum air susu ibu (asi) kepada anaknya dari badannya (susu badannya sendiri) akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

23. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang kerumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala layaknya berjihad.

24. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat istrinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

25. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi pemimpin 70.000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

26. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari karena menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia menghibur hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadah.

27. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan dido’akan oleh binatang itu dengan do’a keberkahan.

28. Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah”, Allah akan berkahkan rezekinya.

29. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

30. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.


31. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadah pada malam hari.

32. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun sholat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengaruniakan satu pahala haji.

33. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan ditimbang sebagai mati syahid.

34. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun sholat.

35. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempo (2 tahun), maka malaikat-malaikat dilangit akan menyampaikan berita bahwa syurga wajib baginya.

36. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun sholat dan puasa.

37. Jika wanita memijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memijat suaminya tapi atas suruhannya akan mendapat pahala 7 tola perak.

38. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

39. Jika suami mengajarkan istrinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadah.

40. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akherat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang menutup auratnya yaitu yang memakai purdah di dunia ini dengan istiqomah.

Wallahua’lam bish Shawwab.


~ kasihan wanita itu ~

Dengan nama Allah.. hari ini saya mahu kongsikan sedikit penulisan tentang wanita.. iya.. penulisan yang santai dan keluar begitu sahaja dari kotak fikiran saya.. ringkas.. namun telah lama saya fikirkan fenomena ini.. dan saya merasa sedih tentangnya.. semoga membawa makna dan manfaat kepada semua.. insyaAllah..



kasihan wanita itu..
pakaiannya bukan untuk menutup..
tetapi pakaiannya terbuka..
senang untuk mata-mata durjana menjamah dan memuja..

kasihan wanita itu..
dia berpakaian tetapi seperti bertelanjang..
apa yang dia cuba tunjukkan..
kepada siapa dia cuba pamerkan..
apa yang dia ada, kami pun ada..
dan mereka semua pun ada..
jadi apa yang mereka banggakan..?

kasihan wanita itu..
pakai pakaian membuka dada..
hingga nampak segala lurah yang tersedia..
mungkin agaknya mereka suka..
menjadi pemuas nafsu serakah manusia tak guna..

kasihan wanita itu..
dia rasa dia dah cukup sempurna menutup aurat..
dengan tudung yang singkat..
pakaian yang ketat..
sedangkan itu langsung tak mengikut syariat..

kasihan wanita itu..
memakai pakaian fesyen muslimah katanya..
menjadi model muslimah kononnya..
ah sudah..
itu hanya perkataan..
yang digunakan untuk menghalalkan apa yang mereka suka..
sedangkan dalam islam..
tiada istilah fesyen..
tiada pula pekerjaan memperaga pakaian bagi wanita..
lihatlah..
betapa mereka tertipu dengan dunia..

kasihan wanita itu..
di kepalanya ada bonggol sedangkan dia manusia..
bukan unta..
Allah dah kata, takkan bau syurga..
tetapi mereka degil.. mereka buat juga..


kasihan wanita itu..
dia rasa dia paling cantik..
paling bergaya..
dan tiada siapa mampu menandinginya..
tetapi dia lupa..
wanita terindah di dunia..
mahupun di syurga adalah wanita solehah yang bertaqwa..

kasihan wanita itu..
bau badannya semerbak..
hingga di hidu jejaka yang tak halal baginya..
adakah dia tidak tahu..
hukumnya disamakan dengan zina!

kasihan wanita itu..
fizikalnya sempurna..
malah sangat cantik dipandang mata..
tetapi..
akhlaknya tidak elok..
tutur katanya tajam menikam..
ketawanya berdekah-dekah..
tak peduli walau siapa di sekeliling..

kasihan wanita itu..
apa mereka tuli..
apa mereka buta..
dah tahu Allah tak suka..
dah tahu Allah murka..
dah tahu akan dapat dosa..
tetapi tetap buat juga..

kasihan wanita itu..
mereka tidak tahu..
betapa berharganya mereka..
betapa tingginya martabat mereka..
betapa tingginya harga mereka di sisi agama.. 
ya..
mungkin mereka tak tahu..
atau saja-saja buat tak tahu
sehingga menempatkan diri ke lembah paling hina..
.
.
.
tetapi tak mengapa..
jangan hina mereka..
jangan kutuk mereka..
nanti Allah murka..
mungkin mereka alpa..
mungkin mereka lupa..
dan mungkin mereka leka..
bukankah kita dahulu, begitu juga..?
jadi, marilah sama-sama mendoakan mereka..
supaya dicampakkan hidayah ke dalam kolong-kolong hati mereka yang kosong..
semoga diberikan cahaya ke dalam hati mereka yang kelam..
Allah Maha Kuasa Allah Maha Besar..
mungkin mereka akan menjadi manusia paling mulia suatu hari kelak..
aamiin ~



~ muhasabah buat wanita solehah ~

.
.
.
jadilah wanita solehah..


Yang hatinya dibalut rasa taqwa kepada Allah..
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Dien Allah..
Yang senantiasa haus dengan ibadah kepada Allah..
Yang senantiasa dahaga akan mengharap ridho Allah..
Yang sholatnya adalah bekal dirinya..
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar, tidak pernah gentar untuk melawan nafsu yang senatiasa bersama
 para mujahiddah Allah..

Jadilah seorang Wanita Solehah..
Yang menjaga tutur katanya yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya..
Yang senatiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang..
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jahat..

Jadilah seorang Wanita Solehah..
Yang menghormati suaminya.
Yang senantiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga.
Yang bakal menjaga kerukunan rumah tangga yang akan mendampingi suami dalam mendidik anak2nya untuk mendalami Islam..
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat..

Jadilah seorang Wanita Solehah..
Yang senatiasa bersedia untuk menjadi makmum Imamnya..
Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan qona'ah..
Yang tidak dikotori dengan perhiasan dunia yang menjaga matanya dari berbelanja..
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya..

Jadilah seorang Wanita Solehah..
Yang selalu menjaga lisan, penyayang keluarga & suaminya..
Matanya kepenatan kerana membaca al-Quran..Suaranya lesu kerana penat berzikir..Tidurnya lelap dengan cahaya keimanan,
Bangunnya Subuh penuh kesigapan..
Kerana dia sadar betapa indahnya menjadi Wanita Solihah melebihi perhiasan apapun didunia..
Semakin sedar bertambah usianya bertambah kematangannya..

Jadilah seorang Wanita Solehah..
Yang senantiasa mengabdikan diri untuk menjadi mujahiddah Allah..
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat..
Yang mana buah kehidupan itu perlu dipelihara dan dijaga..
Agar tumbuh putik tunas yang bakal menjaga dirinya di alam baqo'
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian..
.
.
.
Bismillah ~
ini adalah sedikit perkongsian yang saya ambil dan kongsikan dari facebook "muslimah solehah"..
membaca bait-bait kata yang tertulis.. membuat hati saya begitu sayu..
mampukah saya menjadi sehebat ini.. 
mampukah saya menjadi seindah wanita solehah..
memang.. cakap senang.. nak buat tu yang susah..
tetapi..inilah yang cuba saya usahakan, dan marilah nersama-sama dengan saya.. jom lakukan usaha yang tak putus-putus..
andai kelak.. kita tetap tidak berjaya menjadi wanita yang benar-benar solehah..
sekurang-kurangnya biarlah kita mati dalam keadaan sedang berusaha menjadi lebih baik, hanya kerana Allah..
namun, bersangka baiklah pada Ilahi.. kerana setiap usaha yang baik, tak mungkin Dia pandang sepi..
insyaAllah..
.
.
.



Sunday, 28 October 2012

~ mutiara kata Rabia'tul Adawiyah~

.
.
.
assalamualaikum..
dengan nama Allah dan melalui izinNya..
sedikit perkongsian tentang..
mutiara kata Rabia'tul Adawiyah..
.
.
.
biar waktu yang akan membuktikan..
bahawa tiap langkah yang telah dipijakkan..
tiap titisan darah dan keringat yang telah dialirkan.. 
tiap jiwa yang telah melayang..
akan sampai pada satu keadaan.. 
di mana keadilan adalah nadinya..
kesejahteraan adalah nafasnya..
kebijaksanaan adalah sifatnya..
dan redha al Khalik adalah tujuannya..
.
.
.
.
.
.
TUHANku..
apa-apa saja..
yang hendak KAU berikan kepadaku di dunia ini..
maka berikanlah jua kepada musuh-mushMU..
serta apa-apa saja yang hendak KAU berikan..
kepada ku di akhirat kelak..
maka berikanlah kepada sahaba2-sahabatMU..
kerana Engkau sahaja cukuplah bagiku..
.
.
.

- RABIA'TUL ADAWIYAH -