Tuesday 13 November 2012

~ dua cinta, dua pejuang agama ~

assalamualaikum.. dengan kesempatan nyawa yang masih ada.. bersama dengan nikmat Islam yang masih kukuh di pegang.. InsyaAllah.. kali nak bercerita tentang 2 orang hero malaya.. aka 2 orang hero campa.. yang nakal serta perkasa..yang tampan lagi bergaya bak hulubalang Melaka.. hehe.. mereka adalah seperti yang berikut....
.
.
.
.
.
.
pejuang agama yang sulong dalam keluarga ni namanya..
AMIERUL AIZAT..
orangnya tinggi lampai.. tegap.. ganteng banget.. ^_^
puji adik sendiri tak mengapa,jangan puji diri sendiri sudah..
aizat umurnya 10 tahun..
darjah 4, dan di sekolah dia seorang pengawas..
pengawas?
haaaa..nak gelak guling-guling.. hehe.. tapi itulah kenyataannya..
walhal..
kat rumah dia umpama.......
ok baik tak payah sebut..
aizat ni..
kalau saya lawan ps ngan dia, dia menang.. memang akan berlagak tahap apa ntah..
tapi! kalau kalah..
macam-macam sebab dia bagi..
tengah lapar lah.. pening kepala lah..
huhh... ALASAN!
talk to my hand.. heeee.. ^_^
siyes seronok main ps ngan adik-adik sendiri.. boleh eratkan hubungan.. yeay!
aizat..
jangan nakal sangat..
jangan hyperaktif sangat..
jaga adik baik-baik..
jadi abang yang baik untuk aideed..
kaklong sayang aizat, ketat-ketat..
kerana ALLAH..
.
.
.
tengok muka pun dah boleh agak perangainya ^^
.
.
.

my gula hati <3
.
.
.
nama diberi Amierul Aideed..
umur nak masuk 6 tahun..
badan kecik tapi tinggi..
tak katang macam abangnya Amirul Aizat..
jangan terpedaya dengan wajah comelnya..
kerana perangainya seperti hummmpphh..
mulutnya celotah macam syipoh gincu..
pernah tanya dia..
"mak tak ikut kita g pasar ke dik..?''
dia jawab..
"tak, mak jaga pokya.."
hahaha.. pokya = abah kami..
tapi!
otaknya bijak..
pernah saya tanya "kaklong cantik pakai macam tu ke macam ni..?"
dia jawab, macam ni..
macam ni adalah berpakaian yang labuh, longgar dan menutup aurat..
dan dia cakap..
" jangan pakai macam tu.. malu orang tengok.. Allah marah nanti.. aayokk.."
pakaian macam tu adalah pakaian seperti pelakon wanita yang dilihatnya di kaca tv..
namun aideed yang kecil pun dapat membezakan yang mana baik yang mana buruk..
ok aideed sayang, jangan banyak tengok tv ye..
aideed budak baik..
Aamiin..
.
.
.
kenapa dalam gambar mereka nampak sangat baik..? haha..

2 = 20 =.=''

mata itu warisan turun temurun.. semua dapat..
.
.
.
pernah ditanya.. " aideed besar nanti nak jadi apa..?"
dengan selumber aideed jawab..
"nak jadi ustaz don! eh3! ustaz don dah ada, nak jadi ustaz deed la.."
wahhh! sejuk halwa telinga kaklong dengar..
aamiin..
semoga kau akan menjadi seorang pemuda agama yang hebat kelak sayangku..
.
.
.
geram tengok gambar ni.. tak tahu kenapa.. ^^

sayang kedua-duanya ketat-ketat..
kalau ada pening kepala..
kalau takda rindu tak terkata..
walau macam mana "baik" sekalipun perangai kamu..
kaklong tetap cinta kamu sampai syurga!
.
.
.
bila berdua bersama..
takkan berbaik untuk jangka masa yang lama..
mesti gaduh, huru hara jadinya..
tapi..
bila tiada salah satunya..
mesti sibuk cari..
"mana abang..?"
"mana aideed..?''
.
.
.
"entah"
malas kaklong nak jawab.. hehe >_<
.
.
.
sayangku aizat..
sayangku aideed..
cintaku padamu bukan kepalang..
kasihku tak pernah hilang..
dalam doaku.. ku ulang-ulang..
kelak, semoga kamu menjadi insan terbilang..
.
.
.
baik dalam masa yang singkat.. tak kekal lama.. ^^
.
.
.
oh perangai kamu!


.
.
.
inilah 2 orang gula-gula hati saya.. penceria kehidupan.. namun juga pembuat masalah paling hebat di alam fana ini.. dengan mereka series saya pening.. tapi tanpa mereka saya sunyi.. dengan mereka saya pusing.. tapi tanpa mereka saya sepi.. bagi saya.. inilah namanya cinta.. cinta kasih antara saudara.. dari rahim yang sama.. dari darah dan daging sama.. dengan izin Allah.. cinta ini akanku bawa hingga ke syurga..
.
.
.
buat aizat dan juga aideed..
kelak bila dewasa.. setelah mengenal erti dunia sebenar dan seisinya..
singgahlah di sini..
bacalah coretan hati kaklong ni..
ini tentang kamu..
ya kamu..
nak tahu..
masa kecil-kecil dulu kamu nakal sangat..
Nauzubillah.. 
kalau bawak g jalan, bergegar-gegar kereta.. tak penah nak duduk diam..
kalau nampak kedai.. ada je nak beli..
uwahaaaa..
rabak duit kaklong woi.. tapi apa nak buat.. kerana sayang kaklong turutkan..
apa lagi tentang kamu ye..
mmmmmm.. ok, kamu kuat makan..
terutama aizat, sebab tu katang.. 
tapi kaklong suka, makan banyak-banyak, biar cepat besar..
dan, kaklong nak mintak maaf.. sebab kaklong selalu sorok makan coklat dalam bilik..
bagi kamu sikit sorang je.. yela!!
kalau tak sorok.. mungkin kaklong hanya dapat sisa.. sob sob..
tak dapat nak gambarkan perangai kamu.. nakal.. nakal gila.. aktif.. melampau aktif..
tapi tapi tapi!
kamu lah adik-adik lelaki yang kaklong sayang sangat..
yelah kan.. nak cari adik mana lagi.. heeee..
kamu berdua adik paling comel.. adik paling sweeetttt.. adik paling oosseemmm..
antara harta terindah yang kaklong miliki di dunia ini..
kaklong titipkan harta-harta kaklong ni di dalam jagaan Allah SWT, melalui hamparan doa-doa yang tak pernah putus untuk kamu berdua..
dan kaklong juga berharap..
kamu berdua menjadi..
pejuang agama yang sanggup berjuang demi agama, sehingga tak takut pada mati..
jadi pemuda agama yang tak lelah menyebarkan dakwah..
jadi kebanggaan Allah, mak dan abah..
jadi hamba Allah yang baik di dunia dan akhirat...
akhir kata....
kaklong amat mencintai kamu..
Demi Allah ~


No comments:

Post a Comment