Sunday 18 August 2013

monogami (beristeri satu) pun sunnah jugak weh ~

Kenapa mahu menikah lagi sedangkan sudah punya isteri? 

Ini antara beberapa jawapan para suami teraniaya:

"Untuk mencairkan kejenuhan berumahtangga."
"Saya sedang bermasalah dengan isteri pertama. Tidak nyaman hidup saya bersamanya." 
"Isteri saya sibuk sentiasa, tidak pernah ada di rumah. Fikirannya sangat ideologis dan tidak romantis. Saya ingin isteri yang lemah lembut dan manja."
"Jadi suami itu yang inovatif. Jangan monoton dengan satu isteri."
"Biar isteri ada saingan. Kalau tidak, melayani suami seadanya. Bila ada saingan pasti akan berlumba-lumba memperbaiki layanan kepada suami."
"Kerana saya telah bertemu bidadari. Perempuan baru ini luar biasa. Dia sangat memahami kemahuan saya. Tidak seperti isteri saya yang tidak pernah mengerti keinginan suami."
"Isteri saya jauh lebih tua, sekarang saatnya memilih yang muda."
"Isteri pertama saya janda, sekarang waktunya menikah dengan gadis."
"Isteri pertama saya perawan muda belia. Saya ingin menikah lagi dengan janda tua yang kaya."
"Tidak perlu ada alasan. Pokoknya poligami itu dibolehkan. Noktah."
"Saya ingin mengikut sunnah Nabi."

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Begitu banyak sunnah Nabi, mengapa mendahulukan poligami? Monogami juga sunnah Nabi. Mengapa tidak ikut Sunnah Nabi, dengan melakukan monogami? Ishh..Biar betul monogami itu sunnah Nabi? Kan selalu orang lelaki berkata poligami tu Sunnah Nabi,  tak pernah pun dengar monogami tu Sunnah Nabi.

        Mari kita telusuri sirah Nabi saw. Beliau melakukan monogami selama hampir 25 tahun dengan Khadijah sebagai isteri. Sebagaimana disampaikan oleh Aisyah, "Nabi Saw tidak memadukan Khadijah hingga dia meninggal dunia." (HR.Muslim)

       Sewaktu menikah, Khadijah adalah seorang janda berusia 40 tahun, sedangkan Nabi Saw ketika itu berusia 25 tahun. Nabi Saw hidup bersama Khadijah selama 15 tahun, sebelum beliau diangkat menjadi Nabi + 10 tahun (setelah beliau menjadi Nabi). Khadijah r.a meninggal dunia 3 tahun sebelum hijrah. Setelah Khadijah wafat, Nabi Saw hidup menduda sekitar 3 tahun. Nabi Saw kemudian menikah Aisyah binti Abu Bakar dan Saudah binti Zum'ah dalam waktu yang lebih kurang sama. Seterusnya kehidupan poligami yang dipraktik kan oleh Nabi Saw adalah selama lebih kurang 10 tahun sehingga beliau wafat. Ertinya monogami adalah Sunnah Nabi Saw yang beliau telah contohkan selama hampir 25 tahun, manakala poligami juga adalah Sunnah Nabi Saw yang beliau contohkan selama 10 tahun. 
 
Kedua-duanya Sunnah Nabi tapi manakah yang lebih lama dijalani oleh Rasulullah? 25 tahun monogami atau 10 tahun poligami? Pastilah jawapannya 25 tahun monogami. Tapi aneh ya..mengapa ramai orang lelaki hanya menyebut "Nak berpoligami kerana ikut sunnah nabi?" Tak pernah pula mendengar mereka berkata, "Saya monogami kerana ikut Sunnah Nabi." Adakah kerana mereka memang belum betul-betul mempelajari akan sirah Nabi (Ate juga belum khatam-khatam baca sirah Rasulullah) atau 'Poligami itu Sunnah Nabi' hanya digunapakai sebagai alasan? 

Membaca buku Pak Cah yang terkenal sebagai consultant keluarga iaitu buku Bahagiakan Diri Dengan Satu Isteri, Ate boleh faham mengapa ketika buku ini diterbitkan pada tahun 2007 Pak Cah menjadi 'musuh' bagi ramai kaum lelaki, bahkan dikalangan teman-temannya sendiri. Pak Cah cuba meluruskan persepsi yang salah tentang poligami. Pak Cah bukan penentang poligami. Pak Cah sangat jelas dengan hukum poligami dan keharusannya dalam Islam. Tapi bukan semua masalah dapat diselesaikan dengan poligami. Poligami adalah jalan darurat, masih banyak pilihan kebaikan dapat dilakukan tanpa perlu mengamalkan poligami. Apa yang sangat dikesalkan adalah ramai yang berpoligami mengatasnamakan syariat tetapi pelaksanaannya jauh dari kebaikan. Jika banyak hak tidak dapat dipenuhi maka sebaiknya BELAJARLAH MEMBAHAGIAKAN DIRI DENGAN SATU ISTERI. 

salam alaikum.. penulisan di atas aku ambil dari http://kacamatate.blogspot.com.. aku pun ade banyak benda nak tulis pasal monogami vs poligami ni.. tapi sekarang malas lagi.. so kita baca yg ni dulu ye..

No comments:

Post a Comment