Tuesday 2 October 2012

~ pesona milikku.. pesona milikmu ~

assalamualaikum.. masih saya ada waktu untuk menulis.. sedangkan esok.. penyeliaan terakhir untuk praktikal akan berlaku.. tak mengapalah.. Allah kan ada.. dan mohon doa kawan-kawan semua ya agar segalanya berjalan dengan baik dan lancar.. aamiin.. 
.
.
.
setiap orang mempunyai pesona yang berbeza.. di setiap perbezaan ini mempunyai keunikan sendiri.. percayalah.. kita semua tiada yang sama.. dan tiada yang lebih.. tiada yang kurang.. usahlah merendah diri apabila melihat yang lebih.. dan jangan pula membangga diri memandang yang kurang.. kerana.. pesonaku milikku, pesonamu milikku.. aku tak akan menjadi kamu.. kamu juga mustahil menjadi aku..
.
.
.
.
.
.
pesona bukan sahaja terletak pada kejelitaan wajah mahupun keindahan tubuh yang montok atau sebagainya.. ini adalah pesona yang berlandaskan nafsu serakah semata.. pesona sebenarnya bertunjangkan gerak gaya.. personaliti dan bagaimana seseorang itu membawa dirinya..
pesona yang paling indah adalah pesona iman. yang mana segala gerak laku adalah berpaksikan kepada sandaran agama Islam semata-mata.. tak ramai yang mempunyai pesona sebegini.. namun jumlahnya tak pula sedikit..dan saya doakan bilangan hamba Allah yang mempunyai pesona iman yang mantap akan bertambah banyak hari demi hari.. insyaAllah..
.
.
.
Fatimah Syarha
.
.
.
Oki Setiana Dewi
.
.
.
lihat kedua-dua wanita ini.. kedua-duanya Islam.. kedua-duanya cantik dan lawa.. kedua-duanya berakhlak mulia.. namun mereka berdua mempunyai pesona yang berbeda.. negara asal mereka juga berbeda.. satunya dari malaysia.. satu nya pula dari indonesia.. jadi makanya, pembawakan mereka sedah tentulah berbeda tetapi apa yang sama, keduanya kuat berpegang pada satu yang namanya agama Islam tercinta.. ya iyaaa laahhh.. tengok saja sudah tahu.. ^^ 
.
.
.
.
.
.
pesona wanita.. dimana letaknya..? adakah di raut wajah yang serba jelita ditambah pula dengan olesan solekan setebal 3 inci.. atau dari gerak gaya lenggokan mengatur langkah..? atau dari tubuh badan yang molek bak ratu kerengga.. atau bagaimana? jawapannya? terserah kamu.. tetapi bagi saya pesona wanita yang berbeza-beza antara setiap satunya adalah terletak pada keindahan hati dan kemolekan budi pekerti.. keindahan hati yang memacu akal waras supaya bertindak atau berkelakuan tidak terkeluar dari landasan syarak.. kemolekan budi yang memandu akhlak islamiah bertunjangkan syariah.. nah.. itulah dia pesona muslimah sejati..
.
.
.
.
.
.
wahai muslimah sejati.. jagalah pesonamu.. walau bagaimana sekalipun keadaannya.. jangan biarkan ia terlalu tunduk kepada hawa nafsumu yang meronta-ronta mahukan segala keindahan dunia.. jagalah pesonamu.. biar ia tetap berada di jalan kebenaran.. peganglah kepada akar iman supaya pesonamu tak lapuk di telan zaman.. kekal sampai ke syurga dek kerana ketaqwaanmu pada yang Esa..
.
.
.
.
.
.
akan ku pelihara pesonaku.. untuk teguh kepada redhaNya.. ini janjiku.. insyaAllah~




1 comment:

  1. pesona wanita itu..dinilai daripada hebatnya peribadi..teguhnya keimananan di hati..tingginya ketaqwaan pada Ilahi..

    -pemuda agama-

    ReplyDelete