Monday 29 October 2012

~ kasihan wanita itu ~

Dengan nama Allah.. hari ini saya mahu kongsikan sedikit penulisan tentang wanita.. iya.. penulisan yang santai dan keluar begitu sahaja dari kotak fikiran saya.. ringkas.. namun telah lama saya fikirkan fenomena ini.. dan saya merasa sedih tentangnya.. semoga membawa makna dan manfaat kepada semua.. insyaAllah..



kasihan wanita itu..
pakaiannya bukan untuk menutup..
tetapi pakaiannya terbuka..
senang untuk mata-mata durjana menjamah dan memuja..

kasihan wanita itu..
dia berpakaian tetapi seperti bertelanjang..
apa yang dia cuba tunjukkan..
kepada siapa dia cuba pamerkan..
apa yang dia ada, kami pun ada..
dan mereka semua pun ada..
jadi apa yang mereka banggakan..?

kasihan wanita itu..
pakai pakaian membuka dada..
hingga nampak segala lurah yang tersedia..
mungkin agaknya mereka suka..
menjadi pemuas nafsu serakah manusia tak guna..

kasihan wanita itu..
dia rasa dia dah cukup sempurna menutup aurat..
dengan tudung yang singkat..
pakaian yang ketat..
sedangkan itu langsung tak mengikut syariat..

kasihan wanita itu..
memakai pakaian fesyen muslimah katanya..
menjadi model muslimah kononnya..
ah sudah..
itu hanya perkataan..
yang digunakan untuk menghalalkan apa yang mereka suka..
sedangkan dalam islam..
tiada istilah fesyen..
tiada pula pekerjaan memperaga pakaian bagi wanita..
lihatlah..
betapa mereka tertipu dengan dunia..

kasihan wanita itu..
di kepalanya ada bonggol sedangkan dia manusia..
bukan unta..
Allah dah kata, takkan bau syurga..
tetapi mereka degil.. mereka buat juga..


kasihan wanita itu..
dia rasa dia paling cantik..
paling bergaya..
dan tiada siapa mampu menandinginya..
tetapi dia lupa..
wanita terindah di dunia..
mahupun di syurga adalah wanita solehah yang bertaqwa..

kasihan wanita itu..
bau badannya semerbak..
hingga di hidu jejaka yang tak halal baginya..
adakah dia tidak tahu..
hukumnya disamakan dengan zina!

kasihan wanita itu..
fizikalnya sempurna..
malah sangat cantik dipandang mata..
tetapi..
akhlaknya tidak elok..
tutur katanya tajam menikam..
ketawanya berdekah-dekah..
tak peduli walau siapa di sekeliling..

kasihan wanita itu..
apa mereka tuli..
apa mereka buta..
dah tahu Allah tak suka..
dah tahu Allah murka..
dah tahu akan dapat dosa..
tetapi tetap buat juga..

kasihan wanita itu..
mereka tidak tahu..
betapa berharganya mereka..
betapa tingginya martabat mereka..
betapa tingginya harga mereka di sisi agama.. 
ya..
mungkin mereka tak tahu..
atau saja-saja buat tak tahu
sehingga menempatkan diri ke lembah paling hina..
.
.
.
tetapi tak mengapa..
jangan hina mereka..
jangan kutuk mereka..
nanti Allah murka..
mungkin mereka alpa..
mungkin mereka lupa..
dan mungkin mereka leka..
bukankah kita dahulu, begitu juga..?
jadi, marilah sama-sama mendoakan mereka..
supaya dicampakkan hidayah ke dalam kolong-kolong hati mereka yang kosong..
semoga diberikan cahaya ke dalam hati mereka yang kelam..
Allah Maha Kuasa Allah Maha Besar..
mungkin mereka akan menjadi manusia paling mulia suatu hari kelak..
aamiin ~



No comments:

Post a Comment