Monday 1 October 2012

~ maaf.. kamu tak layak ~

assalamualaikum.. syukur diberi sedikit kesempatan, ruang dan waktu.. untuk membuat perkongsian sebagai pengetahuan dan pengajaran buat kita semua terutamanya kepada muslimah-muslimah Islam.. tentang.. wanita-wanita yang tidak layak bergelar isteri.. wanita-wanita tak sesuai untuk di jadikan suri dalam sebuah rumah tangga Islam yang sakinah.. ayuh.. sama-sama kita ambil pengajaran darinya.. 


1. Al-Anaanah
Terlalu banyak keluh-kesah kerana merasakan segala pemberian suami dalam kehidupan bersama sentiasa tidak mencukupi. Malah, perbuatan ini juga seolah-olah menunjukkan perasaan tidak redha dengan usaha dan pemberian yang diberikan. Terlalu inginkan suami memenuhi kehendak dan nafsu sendiri tanpa melihat dan menjaga perasaan suami. Perbuatan ini mampu mewujudkan perasaan tidak hormatkan suami apatah lagi berterima kasih. sebagai seorang suri yang baik buat sang suami kita patutnya bersyukur dengan segala pemberian yang diberikan oleh suami. jangan mengeluh, jangan mencemuh apatah lagi menghina pemberian suami kepada kita.. ingat.. dia.. suami.. banyak jasa kepada kita.. maka, berterima kasih lah ke atas segala yang diberikannya kepada kita dan belajar untuk sentiasa bersyukur.. insyaAllah..


2. Al-Manaanah
Wanita yang suka mengungkit dalam satu-satu perkara. Sekiranya tidak menyukai dengan pengorbanan atau kerja yang dilakukan oleh suami, setiap perkara itu akan diungkit kerana berasa tidak senang. Mudah untuk mengeluarkan kata-kata seperti suami tidak sayangkan dirinya, tidak bertanggungjawab, tidak mengenang budi dan pelbagai lagi. perbuatan mengungkit sebenarnya sangat menyakitkan hati.. kalau ungkitan itu berupa ungkitan yang manis tak mengapa, jika ungkitan yang pedih bagaimana pula..? jadi, sedarlah muslimah-muslimah sekalian.. janganlah kita sering mengungkit hal-hal yang tidak perlu.. hal-hal yang mendatangkan pilu.. dia.. sang suami berhak mendapat kata-kata pujian yang baik daripada surinya, bukan kata-kata ungkitan yang meruntuhkan ego seorang yang bergelar suami..


3. Al-Hunaanah
Wanita yang mempunyai perasaan menginginkan atau berkenan kepada lelaki lain. Juga suka membandingkan suami dengan lelaki lain dalam kehidupan mereka. pada pendapat saya, ini adalah perkara yang paling teruk di antara sifat-sifat teruk yang lain.. membayangkan lelaki lain? menginginkan lelaki lain? berkehendakkan lelaki lain? malah, membandingkan suami dengan lelaki lain.. Ya Allah.. bagaimana perkara ini terjadi.. saya tak berani komen lebih sebab saya sendiri belum bernikah.. namun apa yang saya tahu.. apa yang saya akan lakukan.. wajib ke atas diri saya dan juga semua muslimah yang bergelar suri, kita hendaklah melupuskan, menyahkan, membuang, campak jauh-jauh semua nama-nama lelaki yang pernah hadir dalam hidup kita setelah akad nikah selesai dibaca oleh si dia yang bergelar suami.. membayangkan lelaki lain, atau menginginkan lelaki lain akan mengundang murka Allah dan seterusnya mampu mengundang malapetaka dalam rumah tangga yang di bina.. dan mahukah kita duhai muslimah.. di campak tanpa belas ke dalam api neraka..? sudah tentu tidak mahu bukan.. jadi.. apabila bergelar suri suatu hari kelak.. ukirlah hanya satu nama di dalam hatimu selepas Allah dan Rasulmu.. hanya satu nama yang bertakhta sehingga ke syurga.. satu nama, hanya satu.. 


4. Al-Hudaaqoh
Wanita yang suka memaksa suami sekiranya inginkan sesuatu atau dalam menyuruh melakukan sesuatu kerja. Sentiasa menekan suami tidak kira masa kerana mahukan nafsunya dipenuhi dan suami diperlakukan seperti orang suruhan. Jika tidak ditunaikan, akan memberikan ugutan seperti ingin lari dari rumah, mahu bunuh diri atau mencemarkan maruah suami sendiri. inilah yang kita boleh namakan sebagai isteri yang tak sedar dek untung.. sudah ada suami yang menyayangi, sanggup melindungi dan menanggung segala dosa, masih mahu menyusahkan si suami dengan keinginan diri yang meronta-ronta mahukan segala macam benda.. hukkkk.. sedihnya.. ada ke wanita macam ni..? kasihanilah suami.. yang telah berhempas pulas mencari rezeki untuk anda dan anak-anak.. hiburkan hatinya dengan sifat yang sentiasa rasa cukup dengan apa yang diberikan olehnya.. jangan meminta apa-apa yang keluarkan dari batas kemampuannya.. dengan begini, kita semua akan menjadi suri yang baik.. insyaAllah..


5. Al-Hulaaqoh
Wanita yang sibuk menghabiskan masanya dengan perkara yang tidak berfaedah seperti suka bersolek, tidur, dan sebagainya hingga mengabaikan urusan rumah tangga. Malah, langsung tidak melakukan perkara-perkara yang sunat seperti zikir atau pun menjaga anak-anak.. bersolek tidak salah.. apatah lagi untuk suami.. ia sangat digalakkan malah akan mendapat ganjaran pahala yang besar dari Allah.. namun.. jika bersolek dan melawa sehingga lupa tanggungjawab sebagai seorang suri, itu merupakan satu perkara yang sangat ditegah.. bersolek, bersolek juga.. tanggungjawab yang diamanahkan mesti tetap dilakukan.. apa guna seorang suri dalam sebuah rumah tangga, jika dia hanya tahu bersolek dan tidur..? jika begitu, lebih baik si suami membujang sampai ke tua.. oleh itu.. mariilah menjadi suri yang tidak lupa tanggungjawab kepada suami dan keluarga, di samping itu, sentiasa melawa dan bersolek cantik untuk suami.. insyaAllah.. ^^


6. As-Salaaqoh
Wanita yang gemar berbicara dan bergosip mengenai suami. Sentiasa memburukkan perihal diri suami di mata orang lain. ok.. ini juga satu hal.. bukan sahaja satu hal malahan satu dosa besar.. seorang muslimah yang telah mempunyai suami tidak patut menceritakan apa-apa perkara dalam perkahwinannya apatah lagi bercerita tentang keburukan suami.. apa sahaja perkara yang terjadi dalam sesebuah keluarga adalah merupakan satu rahsia antara suri dan suami.. ini juga termasuk keburukan pasangan.. seorang suri yang baik, tidak akan menceritakan perihal rumhatangganya kepada orang lain apatah lagi memburuk-burukkan suami.. segalanya menjadi rahsia yang disimpan kemas dalam sanubari.. namun jika berlaku sesuatu hal atau masalah yang besar dalam rumah tangga sehingga memerlukan campur tangan orang luar, mungkin seorang suri boleh merujuk kepada orang yang terdekat dan paling dipercayai.. tetapi bukan untuk memburukkan suami.. hanya untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada yang lebih berpengalaman.. sekali lagi diingatkan kepada suri-suri muslimah sekalian.. jangan bercerita tentang keburukan suami kepada orang lain.. percayalah.. perbuatan ini mengundang murka Allah kepadamu..

duhai muslimah-muslimah, samada yang sudah bernikah, akan bernikah mahupun bakal bernikah dan juga entahlah bila nak nikah sekalian.. buanglah sifat-sifat keji ini.. marilah menjadi...
.
.
.
.
SURI YANG SOLEHAH
.
.
.
.
dan ingatlah...
.
.
.
.
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik.” – An-Nur; 26.

.
.
.
.

No comments:

Post a Comment