Thursday 25 October 2012

~ phd ~


Assalamualaikum.. alhamdulillah.. masih dipanjangkan nyawa untuk merasai nikmat hidup di dunia.. syukur ada sedikit kesempatan waktu untuk menulis sesuatu pada hari ini..
.
.
.
ok.. hari ini saya ingin berkongsi tentang satu perkara jelek.. perkara jelek atau tak baik tetapi selalu ada bersama kita sama ada secara kita sedar atau tidak.. namun saya rasa kita sedar dengan kehadirannya kerana kita sendiri yang merasakannya.. apa yang saya cuba sampaikan ni.. baiklah.. hari ini saya mahu memperkatakan tentang salah satu perkara yang menunjukkan hati kita telah hampir mati atau pun memang telah mati.. yakni.. PHD.. perasaan hasad dengki.. saya akui, saya ada juga rasa dengki.. dan saya rasa hampir semua manusia akan ada rasa dengki.. baik orang melayu.. orang uganda.. orang kemboja.. orang melayu kacukan kemboja.. orang bangla.. orang Somalia.. orang Bangladesh.. orang kacukan pan-asia dan lain-lain lagi.. kalau ada yang menidakkan tu maknanya dia dah buat 2 perkara.. yakni.. dengki + menipu.. tak mengapa.. rasa dengki ini sebenarnya ada juga nilai baiknya (terlalu sikit) jika kita membawanya ke sudut positif.. rasa dengki yang baik.. akan mendorong kita untuk berusaha mendapatkan sesuatau yang lebih tinggi.. namun apa yang saya lihat.. kebanyakan hasad dengki atau rasa dengki akan membawa kepada kehancuran.. kehancuran yang pertama adalah diri sendiri.. perasaan hasad dengki sebenarnya memakan hati dan diri.. benar.. cuba lihat di bawah...
.
.
.
.
.
.
seterusnya.. apabila perasaan hasad dengki ini tidak dibendung.. lama kelamaan ia akan mendorong kita untuk melakukan sesuatu di luar jangkaun akal manusia yang normal.. jika tidak masakan berlaku kes-kes simbah asid, kes-kes santau dan sebagainya.. bila manusia hilang pedoman, dan tenggelam dalam lautan gelora nafsu hasad dengki.. tak mustahil perkara-perkara yang kita anggap tak sanggup kita buat, akan kita buat suatu hari nanti.. jadi.. marilah kita jaga hati baik.. jika tidak.. pincanglah masyarakat dan sesisinya kerana mempunyai golongan yang tak habis-habis dengan hasad dengki..
.
.
.
.
.
.
~ Antara sebab-sebab terjadinya hasad dengki ~

1) tak bersyukur dgn diri sendiri..

tidak bersyukur dengan apa yang ada pada diri sendiri.. apa yang diberikan oleh Allah kepada kita.. merupakan salah satu punca utama yang menimbulakn rasa hasad dengki.. "hadoooo.. nape la kulit dia lawa sangat.. licin, putih melepak, gebu. ohseem.. nice ahhakk... sedangkan aku? jerawat bertaburan sana sini.. sampai dalam lubang hidung pun ada.. sob.." dan lagi... "alaaahaii... kenapa la aku ni miskin sangat.. nak beli ubat gigi pun tak mampu.. tengok si Gayah tu.. siap boleh bukak kilang koleget lagi.. ape la nasib aku ni.." tengok.. kita sebagai manusia susah betul nak rasa bersyukur.. asyik komplen sana-sini.. asyik mempersoalkan.. kenapa? kenapa? dan kenapa? kalau kita susah untuk bersyukur maka virus-virus dengki akan mudah untuk mendampingi..  ini series...... ok, mulai sekarang cubalah sentiasa bersyukur atas apa yang Allah kurniakan kepada kita.. setiap apa sahaja yang Allah kurniakan itu, mempunyai asbab-asbab yang tertentu.. mungkin Allah tidak menjadikan kita kaya, kerana dengan kekayaan itu akan membuatkan kita merasa riak dan hidup penuh dengan dosa.. mungkin juga Allah tak jadikan kita cantik secantik Fasha Sandha. Nora Danish mahupun Izara Aisyah.. kerana Allah tak mahu kita lupa diri dan alpa... lihat.. semua kejadian Allah mempunyai hikmah bukan.. jadi.. jom sama-sama kadi manusia yang suka bersyukur atas apa sahaja kurniaanNya.. dan berdoalah dengan rasa syukur yang tak sudah ini akan membuatkan kita jauh dari penyakit hati yang satu ini.. yakni hasad dengki.. mudah-mudahan Ya Rabb~
.
.
.


.
.
.
2) tak boleh lihat kelebihan orang lain / suka membanding

selain daripada rasa tak bersyukur, antara sebab lain yang menyebabkan timbulnya rasa hasad dengki adalah kerana kita tidak boleh melihat kelebihan orang lain.. pantang orang lebih mula nak marah, mula nak dengki.. sedangkan apa yang mereka dapat adalah usaha mereka sendiri dan juga disebabkan oleh kelebihan-kelebihan yang Allah berikan padanya.. sebagai contoh.. jika kita cuba bandingkan pakaian kita dengan orang lain.. ataupun dengan sahabat sendiri.. sahabat kita selalu menggunakan barangan yang berjenama manakala kita hanya memakai barangan keluaran pasar malam.. setelah itu kita mula membandingkan diri kita dengan dirinya.. dia banyak duit.. kta tidak.. dia anak orang kaya, kita biasa-biasa saja.. jika sikap kita ini berterusan maka tidak hairanlah perasaan hasad dengki itu akan terbit dari hati.. iyalah.. tiada lain yang kita fikirkan selain membandingkan kelebihan orang lain dengan kekurangan kita.. sampai bila-bila pun kita tak akan pernah berpuas hati.. jadinya, berhentilah membuat perbandingan.. perbandingan itu perlu untuk beberapa situasi, bukan untuk mencari siapa lebih siapa kurang.. mahupun siapa kalah siapa menang.. dan percayalah setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.. jadi.. jangan membenci kelebihan orang lain dan cuba berhenti daripada selalu membuat perbandingan.. semoga dengan usaha ini.. perasaan hasad dengki kita pada orang lain akan hilang sedikit demi sedikit.. insyaAllah ~
.
.
.
.
.
.
3) hati rosak, jauh dari Allah..

perasaan hasad dengki yang bercambah dalam hati-hati manusia juga disebabkan oleh keadaan hidup atau cara hidup yang jauh dari Allah.. tetapi tak pula saya katakan orang alim warak itu tiada hasad dengki dalam hatinya.. namun, perasaan hasad dengki mereka layu dek kerana dekatnya mereka pada Allah.. gugur ketakutan apabila menyebut nama Allah.. dan jika hati disulami dengan rasa cinta pada Allah.. insyaAllah.. penyakit hati ini tak akan merebak menguasai diri sehingga akal fikiran waras tak lagi mampu berfungsi.. jadi saya sarankan marilah kita dekatkan diri kepada Allah maka dengannya InsyaAllah akan terjaga hati kita dengan sebaiknya.. mudah-mudahan..
.
.
.
.
.
.
~ contoh perasaan hasad dengki ~

dengki kepada orang yang lebih kaya..
dengki kepada orang yang lebih banyak isteri.. ( amboi )
dengki kepada orang yang disenangi ramai..
dengki bila orang lain diberi kepercayaan untuk menguruskan sesuatu..
dengki kepada orang yang lebih cantik..
dengki kepada rakan yang dapat markah assignment lebih tinggi.. (hoho.. penah2 ^_^)
dengki kepada adik sebab dapat duet raya lebih..
dengki kepada orang yang ada banyak kereta mewah.. (abah.. nak mini cooper!)
dengki kepada orang yang banyak duit, dan dia boleh beli apa saja tanpa fikir dulu.. (nak jugak.. sob3..)
dengki kat adik yang dok relaks je.. kita sorang jek kena kemas umah.. (heeeeeee..x patot x patot^^)
dengki kepada jiran sebelah yang baru tukar pagar baru.. lawa.. besar lak uw.. (kat umah takde pagar.. atap ada ^^)
dengki kat kawan yang pakai kasut conserve/puma/nike g skolah.. sedangkan kita kasut -----> TEN TEN / MYDIN..
dengki anak-anak kawan semuanya masuk ubisti (universiti) tetapi anak kita.. ---> pusat serenti..
dengki pada tok ngulu.. umah dia ada mesin basuh auto.. walhal kita mesin basih semi-auto jek yang mampu..
dengki itu.. dengki ini.. bla bla bla.. tak habes-habes ngan dengki.. semua benda nak dengki..


~ jadi macam mana nak buang sifat dengki? ~

belajar bersyukur..

perkara pertama yang boleh kita buat untuk mengelakkan perasaan hasad dengki adalah dengan belajar bersyukur.. bagaimana..? perlu pergi sekolah ke..? oh tidak.. perasaan bersyukur tak dapat dipelajari di sekolah mahupun di ipt ipta sekalipun.. ianya adalah satu rasa rendah diri dan rasa cukup apa yang ada.. yakni terbit dari hati naluri yang selalu dambakan cinta Ilahi.. bagi mengelakkan penyakit hati termasuklah perasaan hasad dengki.. kita perlu menjadi hamba yang berterima kasih dengan segala apa yang dikurniakan.. bersyukur dengan apa yang kita ada.. bukan mengeluh kepada perkara yang tiada.. nanti kita kufur.. Oleh itu.. mulai saat ini.. marilah kita sama-sama bersyukur ke atas setiap nikmat yang Allah berikan kepada kita.. walhal jika sekiranya kita ditimpa musibah sekalipun kita harus bersykur juga.. kerana di sebalik musibah itu.. tersembunyinya sebuah hikmah yang indah.. kerana Allah tidak akan sesekali mensisa-siakan sekalian hambaNya.. insyaAllah...

tunduk ke bawah, jangan terlalu mendongak ke atas

baiklah.. cara lain untuk mengelakkan perasaan hasad dengki pada pendapat saya ialah dengan menundukkan pandangan.. lebih memandang ke bumi berbanding mendongak ke langit.. apa maksudnya.. begini.. orang yang mempunyai perasaan hasad dengki biasanya adalah orang yang suka melihat kepada kelebihan orang lain.. dia melihat dari sudut negatif.. bukan dari sudut positif.. boleh faham maksud saya..? kita sentiasa memandang rumah banglo.. kereta-kereta mewah.. barang kemas sampai ketiak.. baju-baju berjenama.. kasut kulit buaya.. tetapi kenapa kita tak pandang rumah pondok atap rumbia.. kenapa tak pandang orang yang hanya berjalan kaki kerana tiada kenderaan.. kenapa tak pandang kawan-kawan kita yang bajunya koyak sana-sini, berlubang bertampal.. kenapa tak pandang orang yang berkaki ayam, tak mampu nak beli sepasang kasut apatah lagi kasut kulit buaya.. kenapa begini ya..? kerana.. manusia sangat suka akan keindahan dunia.. sehingga kita alpa kepada keindahan hakiki yakni di syurga kelak.. perangai dan sikap sebegini sebenarnya akan melunaskan benih-benih iri hati dalam jiwa manusia.. jadi, jom kita ubah.. pandang yang lebih untuk meningkatkan semangat dan usaha.. bukan menerbitkan perasaan hasad dengki.. dan pandang yang bawah untuk dijadikan iktibar serta menguatkan rasa syukur pada Allah..

banyakkan doa dan zikir

cara seterusnya yang boleh dilakukan untuk menyahkan perasaan hasad dengki dari hati dan sanubari adalah dengan memperbanyakkan doa dan zikir.. mana mungkin hati yang sentiasa dekat dengan Allah punya masa untuk melakukan perbatatn sia-sia.. mustahil hati yang dipenuhi dengan rasa cinta kepada Allah melalui alunan zikir-zikir indah ada masa untuk berdengki dengan manusia lain.. betul kan..? jadi.. marilah kita sama-sama tinggalkan perbuatan sia-sia dengan menggantikannya kepada perbuatan yang lebih baik malah berpahala.. insyaAllah..


~ buang phd yang memakan hati.. insyaAllah ke syurga kita kembali ~

1 comment: