Monday 17 December 2012

~ batas aurat bagi wanita ~


1. Aurat sesama wanita Muslimah
  • Dari pusat hingga lutut.

2. Aurat dengan lelaki ajnabi/asing (sama ada lelaki Muslim atau Non-Muslim)
  • Seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan.
3. Aurat dengan wanita bukan Muslim
  • Sama dengan aurat di hadapan lelaki ajnabi/asing. Ini berdasarkan hujah bahawa dibimbangkan wanita Non-Muslim akan mendedahkan kepada lelaki ajnabi/asing.
  • Namun dalam situasi tertentu seperti di asrama sebilik dengan pelajar Non-Muslim dan jika baik moralnya, maka boleh didedahkan anggota badan yang biasa terdedah (seperti rambut, leher, tangan hingga ke siku dan kaki) tatkala melakukan kerja di dalam rumah.
4. Aurat di hadapan mahram (orang yang haram dikahwini)
  • Menurut mazhab Syafi’iy, ianya daripada pusat hingga ke lutut.


5. Aurat di dalam solat
  • Seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan.
6. Aurat wanita dengan kanak-kanak
  • Kanak-kanak yang belum mumayyiz (belum boleh memikirkan baik buruk sesuatu perkara) – tiada aurat.
  • Kanak-kanak yang telah mumayyiz yang tiada syahwat adalah daripada pusat hingga ke lutut.
  • Kanak-kanak yang telah mumayyiz dan ada syahwat ialah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
7. Aurat bersama suami
  • Tiada aurat.
Anjuran supaya menutup aurat bagi wanita terkandung dalam ayat yang sinonim dengan wanita, iaitu firman Allah yang bermaksud:
“… Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak daripadanya.” [Surah al-Nur, ayat 31]
Menurut Ibnu Abbas, Ibnu ‘Umar dan ‘A’ishah, maksud ‘kecuali yang biasa nampak daripadanya’ adalah anggota tubuh yang boleh malah perlu nampak iaitu wajah dan kedua-dua telapak tangan.
Firman Allah Ta’ala juga:
“Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya (tudungnya) ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenali (sebagai wanita Muslimah), dan supaya mereka tidak mudah diganggu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” [Surah al-Ahzab, ayat 56]

oleh itu.. semua rakan-rakan muslimah yang saya sayang kerana Allah..
.
.


~ uhibbukum fillah abadan abada ~

No comments:

Post a Comment