Friday 7 December 2012

~ semua perkara bersebab ~


Assalamualaikum.. hari yang mendung.. angin sepoi-sepoi bahasa.. hati berbisik.. alangkah indahnya jika hari-hari cuaca macam ni.. oh tidak.. itu bisikan hati yang tak tahu erti syukur pada ketentuan Allah.. walau bagaimana pun cuaca kita hendaklah bersyukur.. hujan panas mendung semua dijadikan bersebab.. dan semua sebab yang baik-baik belaka.. kerana Allah Maha Mulia dan Maha Merahmati.. hehe.. saya ni pantang menulis, mesti ayatnya panjang berjela.. sama juga kalau bercakap.. kalau dah mula bercakap memang payah nak jumpa noktah.. ^^ ok baiklah, apa sebenarnya saya nak tulis hari ni.. apa ye...? oh.. saya nak tulis beberapa perkara atau sebab-sebab saya menulis blog ini.. yelakan semua perkara bersebab.. saya menulis blog pun ada sebab.. bukan saja-saja atau suka-suka.. jom tengok kenapa saya tulis blog..

1) mencari redha Allah..

'' SAHAJA AKU MENULIS BLOG KERANA ALLAH TAALA''.. dengan niat begini sahaja segala perbuatan kita telah menjadi 1 ibadah kepada Allah.. kan? tetapi janganlah pula ''SAHAJA AKU MENCURI DUIT MAK CIK PEAH KERANA ALLAH TAALA''.. itu dah lain kerjanya.. buatlah segala perkara yang baik kerana Allah.. saya menulis blog untuk berkongsi perkara baik-baik bukanlah nak menunjukkan bahawasanya saya, rakyat Malaysia.. dan hamba Allah yang sempurna.. tidak sama sekali.. saya buat blog supaya saya dapat redha Allah.. sebab tu kalau boleh saya nak share perkara yang baik-baik saja dalam blog saya ni.. dan semoga ada yang mendapat manfaat darinya.. ye.. semuanya kerana Dia, Allah ~


2) sumbangan kepada masyarakat dan agama..

cehhh.. lagaknya macam besar sangat je sumbangan saya kan.. sebenarnya, saya selalu terfikir tentang satu persoalan.. dahulu soalan ni selalu berlegar-legar dalam kelapa otak ni, malah sekarang pun masih ada..  saya takut apabila di akhirat kelak saya ditanya dengan soalan yang berbunyi begini.. " WAHAI NURUL JANNAH.. SEMASA HAYATMU DI DUNIA, APAKAH SUMBANGAN ENGKAU KEPADA MASYARAKAT DAN AGAMAMU..? mungkin dengan adanya blog ini saya boleh menjawab.. '' WAHAI ALLAH YANG KU KASIHI, TIDAKLAH AKU MEMBERIKAN SUMBANGAN APA-APA KEPADA MASYARAKAT DAN AGAMAKU MELAINKAN AKU MEMPUNYAI SATU BLOG YANG MANA DI SITU AKU BERKONGSI TENTANG KEAGUNGANMU DAN KEISTIMEWAAN KEKASIHMU SERTA KEMULIAAN AGAMAMU.. DI SITU AKU BERHARAP MASYARAKAT MENDAPAT SEDIKIT MANFAAT WALAU SEBESAR ZARAH SEKALIPUN.. DAN AKU MOHON ENGKAU MEREDHAI USAHAKU ITU..'' lebih kurang macam tu lah.. mungkin ada yang bertanya.. perlu ke capslock segala? sebenarnya saya turut bertanya.. perlu ke?


3) medium nasihat yang berhikmah..

bila nampak orang pakai baju sendat.. saya tak mampu nak tegur.. " eh akak, awat la pakai baju ketat sangat tuuuuu.. tak takut api neraka ka..?'' atau apabila melihat seorang mak cik yang mencukur keningnya.. " mak cik oi.. haluihnya kening.. kemah keming.. tak takut ke Allah laknat..?'' atau apabila nampak loving couple pegang-pegang tangan masa jalan kat taman, saya tak mampu tegur.. '' adik-adik yang akan sayang kerana Allah.. tak baik tau pegang tangan kalau belum nikah.. harom harom..'' saya hamba Allah yang lemah malah belum cukup sempurna, tak mampu saya untuk menegur saudara-saudara saya dengan begini caranya.. jadi, saya memilih blog untuk membuat perkongsian dan memberi nasihat sekadar yang mampu.. semua orang layak menasihati ke arah kebaikan walaupun dia seorang pelacur atau perompak sekalipun.. seorang tokoh pernah berkata, saya lupa pula namanya.. cuma saya ingat kata-katanya yakni kalau tak silap,'' dengarlah nasihat yang diberikan dan bukan melihat siapa yang memberikan nasihat..'' 


3) salah satu cara muhasabah diri..

sebenarnya saya sendiri adalah pembaca setia blog saya.. nak tahu kenapa.. saya suka melayari internet dan membaca banyak perkara.. bila terjumpa perkara yang menarik, saya akan baca sekali imbas kemudian saya akan letak di blog saya.. kenapa? kerana kemudiannya nanti, saya akan membaca semula mengenai penulisan tersebut dengan lebih mendalam dan terperinci supaya lebih faham.. lihat.. saya boleh belajar sambil berkongsi dengan semua pada masa yang sama.. selain itu, setiap kali saya baca balik blog saya, ketika itu juga saya akan muhasabah diri.. ''aku boleh tulis n share benda-benda baik.. so, aku kena jadi baik juga seperti apa yang aku tulis dan share..'' oleh itu.. saya berazam.. nak jadi sebaik apa yang saya tulis dan kongsikan dengan semua.. In Shaa Allah.. Nurul Jannah budak baik   ^^


4) menghabiskan masa dengan perkara bermanfaat..

masa saya sebenarnya banyak dihabiskan di rumah.. saya malas keluar rumah.. kecuali kalau ada perkara yang sangat penting atau apabila saya rasa terlau lama saya tak melihat dunia luar.. haha.. jadi daripada membiarkan masa saya terluang begitu saja baik saya lakukan sesuatu yang bermanfaat.. kepada diri sendiri, masyarakat dan agama hendaknya.. apalah sangat yang ada pada blog saya.. tetapi tak mengapa.. " innamal a'malu binniyat..'' sesungguhnya sesuatu perkara itu bergantung pada niat.. niat yang baik kerana Allah adalah yang terbaik..


banyak gambar tak sabit dalam blog ini.. kerana saya suka kecantikan keindahan kecomelan keanggunan kejelitaan ciptaan Allah..
menaikkan mood saya membaca blog saya.. ok, syok sendiri.. >_<
apa pun..

~ uhibbukum fillah abadan abada ~

















No comments:

Post a Comment