Sunday 12 August 2012

dakwah sebesar zarah..


assalamualaikum..dengan restu Allah..

alhamdulillah..masih dipinjamkan nyawa dan juga kesempatan waktu untuk terus hidup di bumi fana ini..ketika detik-detik waktu menghambat, dengan kerakusan masa beredar tanpa sudi menoleh ke belakang lagi..berbekalkan sisa-sisa usia yang masih tinggal..saya putuskan..untuk melakukan sedikit dakwah kecil..hanya sebesar zarah..mungkin..atau lebih sesuai saya katakan sebagai perkongsian..ingin juga saya gunakan perkataan "tarbiyah"..tetapi mungkin waktunya belum sesuai kerana analogi makna tarbiyah itu sendiri masih kabur buat saya..insyaAllah, nanti saya akan mencari makna sebenarnya..jadi lebih eloklah saya kirakan sebagai perkongsian..jadi semua akan bebas meneroka.. iya..sudah tentulah kepada mereka yang sudi..


"Sampaikan pesanku walau dengan satu ayat" , Rasulullah SAW.

niat untuk menulis blog ini sebenarnya sudah lama tersimpan dalam hati..namun ia tertanam sungguh jauh ke dasar sehingga sukar untuk timbul ke permukaannya..saya sendiri sangat suka untuk membaca blog..kadang kala saya meluangkan masa untuk membaca pelbagai jenis blog untuk melihat uniknya kepelbagaian ragam manusia..ada yang suka memaparkan tips-tips kecantikan, fesyen, gaya tudung, cara untuk bermake up dan sebagainya..tak kurang juga yang menulis tentang gossip-gosip artist dan juga berita-berita tentang dunia hari ini..semuanya mempunyai kelebihan tersendiri..namun, saya juga tidak lupa untuk melewati blog-blog islamiah yang ditulis oleh putera dan puteri Islam..terselit rasa kagum dalam hati..ketika kebanyakan muda mudi begitu sibuk dengan pelbagai urusan dunia yang tidak pernah berkesudahan, masih ada jiwa-jiwa kudus yang mahu menerangi dunia dengan tulisan-tulisan indah mengenai Islam..MasyaAllah..saya juga mahu begitu…

semoga usaha kecil saya ini mendapat redha dari Allah..apa yang saya lakukan ini bukanlah untuk menunjukkan saya terlalu baik, terlalu bijak atau apa sahaja..ianya adalah satu usaha kecil untuk saya megingatkan diri saya sendiri dan juga kepada mereka-mereka yang sudi melewati dan membaca perkongsian saya, supaya sentiasa berada dalam landasan Islam yang sebenar..hidup dalam suasana Islam, bukan sekadar Islam secara teori sahaja malahan secara praktikal dan rohani..saya juga manusia biasa, selalu cuai dan leka..tetapi saya tidak mahu melewati hari-hari dan menghabiskan masa saya dengan perkara yang sia-sia lagi..cukuplah apa yang sudah-sudah..saya mahu memperbaiki diri..oleh itu, saya mahu menjemput kawan-kawan menyertai saya..bukan mahu menjadi yang sempurna, jauh sekali untuk mendabik dada..tetapi untuk menjadi insan yang sentiasa berusaha menjadi lebih baik..andai hanya ada satu manusia sahaja yang sudi membaca perkongsian saya ini, saya panjatkan syukur kepada Ilahi..apatah lagi andai ada yang mendapat sesuatu bermanfaat daripadanya..namun jika tiada, tidak mengapa..saya sudah mempunyai pembaca setia..malahan Dia sudah tahu segala yang ada dalam isi hati ini..ya Rabb, semoga Engkau redha dan restui usaha kecilku ini..aamin~

No comments:

Post a Comment