Tuesday 14 August 2012

anjakan paradigma~


Berbekalkan keberkatan namaMu Ya Ilahi..

Bila bertaburan perkara yang baik-baik, kenapa tetap pilih yang buruk..


kali ini saya ingin melakukan perubahan dan mengajak kawan-kawan untuk melakukan satu anjakan paradigma.. sebelum saya menulis lebih panjang berjela.. saya rasa baik saya jelaskan dulu apa yang dimaksudkan dengan perkataan ajakan paradigm itu sendiri.. perkataan ini kedengaran asing bagi kita, tetapi kian banyak digunakan kebelakangan ini. Secara ringkasnya 'anjakan paradigma' ini bermaksud 'ubah kaedah atau ubah cara lama'. 'Ubah' ini termasuklah tukar, buang, tinggalkan, perbaiki dan sebagainya. Dan 'cara' pula ini termasuklah ruang-lingkup gaya pemikiran, kaedah,pentadbiran, teknik, 'approach' dan yang sama erti dengannya.. oleh itu, kali ini, saya mahu kongsikan beberapa perkara negative supaya menjadi perkara yang membawa kepada keberkatan dan keredhaan Allah..

gantikan makian kepada istighfar

“isshh, tak guna betul lah!”..”adoiii!geramnye aku dgn budak @##RG$$# ni!!”.. “hoi!drive la elok2 mangkuk hayun..ingat jalan ni #$%&*g% kau punya?” inilah kata-kata yang saya selalu dengar dan saya pernah keluarkan apabila berada dalam keadaan marah.. tersentap hati si pendengar.. manakala puaskah hati kita yang mengeluarkan kata-kata kesat begini..? mengapa tidak bersabar..? baiklah.. kita lupakan kesilapan-kesilapan yang lalu seperti ini.. mari kita ubah.. ketika berasa marah atau tidak puas hati dengan apa-apa sahaja, marilah kita beristigfar.. berhentilah marah-marah dan memaki hamun tak tentu pasal.. ingat, ramai yang akan terluka dengan kata-kata kita malahan mendapat murka Allah.. apabila marah, beristigfarlah.. bukankah lebih baik.. dengan beristigfar, maka terhapus dosa-dosa kecil kita, dan semakin hampir pula kita dengan Sang Pencipta.. InsyaAllah..



Kutukan kepada doa

Pernah tak kamu berjalan, dan ternampak seseorang yang berpakaian pelik atau terlalu sexy..? dalam hati mulalah berbisik..”hishhhh..ntah hape2 pakai baju macam tu, baik x payah pakai baju terus..” “budak ni mesti pakai baju adik die, singkat betol”.. bila nampak mat rempit pula.. “ey ni memang tak lama hidup ni, jap lagi mampos lah tu..”dan apabila ada bersama kawan-kawan lagilah seronok kita mengutuk individu tersebut.. pelbagai perisa ditambah dan dicampur untuk menambahkan kesedapan kutukan.. mengapa jadi begini..? andai kita berada di tempat individu tersebut, sukakah kita dikutuk dan dihina sebegitu..? tidak bukan.. jadi apa kata kita tukarkan kata-kata kutukan dan hinaan itu kepada satu doa.. walaupun kita tidak mengenali mereka, tiada salahnya kita menghadiahkan satu doa semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah.. bila ternampak wanita memakai baju yang mendedahkan aurat, doakanlah “Ya Allah, Kau bukakanlah pintu hidayah buat wanita tersebut supaya dia menjaga auratnya dengan lebih baik..” dan apabila ternampak mat rempit di jalanan, doakan mereka “Ya Rabb, Kau tanamkanlah keinsafan dalam hati mereka supaya mereka sedar nyawa sangat berharga, dan Kau bukakanlah hati mereka untuk meninggalkan pekerjaan sia-sia dan bertukar menjadi pejuang-pejuan Ad-dinMu..aamin”.. lihat, tidak susah bukan.. dan berharaplah supaya doa-doa kita diperkenankan.. bukanlah perkara yang membazir jika mendoakan insan yang tidak kita kenali, malahan itu perkara yang amat mulia.. jadi, mulai sekarang berhentilah mengutuk dan menghina orang dan gantikan dengan doa-doa yang lebih barakah.. insyaAllah.. semoga Allah meredhai kita semua..

Sangka buruk kepada sangka baik

Hati manusia susah untuk lari daripada bersangka buruk.. ada saja perkara buruk yang kita fikirkan tentang seseorang.. sedangkan perkara baik pun ramai yang bersangka buruk, apatah lagi perkara yang benar-benar buruk..


Daripada Abu Hurairah, NABI SAW bersabda : “ Berhati-hatilah kamu daripada berperasangka, kerana prasangka adalah sebohong-bohong ucapan. “ ( Muttafaqun Alaih ).. di sini saya cuba berikan satu situasi.. jika terdapat seorang hamba Allah yang kebiasaannya di bulan-bulan lain tidak kita nampak dirinya ke masjid, tetapi apabila tiba bulan ramadhan, rajin pula dia ke masjid.. bagi mereka-mereka yang selalu bersangka buruk, mesti mereka menebak bahawa individu ini hanya ke masjid pada bulan ramadhan sahaja, nanti bila habis sahaja bulan ramadhan sudah tentu dia tidak akan ke masjid lagi.. begitu buruknya fikiran sebegini.. ayuh kita ubah fikiran ini kepada.. dia rajin datang ke masjid pada bulan ramadhan, nanti bila habis ramadhan mesti dia datang lagi kerana sudah terbiasa..bukankah lebih indah begitu..? lagi satu, ramai orang suka beranggapan begini, alahh, orang yang pakai tudung labuh ni belum tentu hatinya baik..ataupun eleehhh, orang yang selalu pakai kopiah pon banyak dosa juga..saya hairan, kenapa sampai begini kotornya hati kita.. iya.. memang benar, orang pakai tudung labuh belum tentu baik dan orang pakai kopiah pon buat dosa tetapi janganlah menilai pada keburukan.. nilai indahnya kebaikan.. dia pakai tudung labuh kerana dia akur dengan syarat Allah yang menetapkan garis panduan sebenar dalam menutup aurat.. dan dia pakai kopiah kerana dia mengikut sunnah Rasullullah.. kenapa benci melihat kebaikan? dan suka menyebut-nyebut keburukan..? oleh itu.. ayuh kita berubah.. bersihkan hati dan cuba untuk selalu bersangka baik.. tidak mengapa.. cuba ubah perlahan-lahan.. saya pun begitu.. sedang merangkak-rangkak menuju redha Ilahi.. dengan izinNya~ 


Lupakan dendam dan memaafkan



suatu ketika dulu.. ada seseorang telah menyakiti hati arwah nenek (mak tok) saya.. saya tidak kisah andai mereka menyakiti hati saya tetapi saya tak boleh terima kalau ianya berlaku kepada insan kecintaan saya.. ketika itu saya masih di sekolah rendah.. tetapi saya sudah dapat memahami apabila seseorang itu sedang berduka atau bergembira.. saya lihat.. kadangkala arwah mak tok saya menangis selepas solat.. mengenangkan nasibnya.. saya tahu dia sedih.. saya tahu siapa buat dia begitu.. sampai hati orang tu buat nenek kesayangan saya macam tu.. saya marah, saya rasa benci kat orang tu.. tetapi semasa arwah mak tok saya sedang sakit di hospital orang tu ada datang melawat dan minta maaf dari mak tok.. mak tok nangis, dan sebenarnya mak tok dah lama maafkan orang tu.. lepas tu orang tu menangis juga dan datang peluk saya.. ketika itu, hati saya berbisik, orang ni netul-betul insaf atau berpura-pura sebab sudah beberapa kali dia begini.. mak tok pesan suruh saya lupakan rasa marah saya.. saya terima, dan maafkan orang tu.. tetapi apabila hari-hari berlalu.. entahlah.. memang saya maafkan dia tetapi saya seakan tidak mahu melihat wajahnya lagi.. kalau pun kami bertemu di kenduri saudara mara, saya hanya berbasa basi dengannya.. hati saya masih perit.. saya sering tertanya adakah ini dendam..? saya tak pernah mengharapkan apa-apa balasan buruk berlaku pada dia.. cuma saya tidak sukakan dia lagi.. mungkin ini dendam.. namun.. kini, setelah waktu memakan usia dan melahirkan kematangan.. saya telah menerima dia seadanya.. saya maafkan dia dan mengikhlaskan segalanya yang telah berlaku dahulu..saya betul-betul telah maafkan dia.. tiada lagi yang tersisa dalam hati.. ternyata, setelah saya buang sisa-sisa dendam ini jauh-jauh, saya semakin tenang dan lega.. ya Allah, besarnya nikmat kemaafan yang tulus.. oleh itu, saya mahu mengajak kawan-kawan supaya berhentilah berdendam kerana dendam itu memamah hati kita sendiri.. maafkan, lupakan dan mulakan ukhwah yang lebih baik.. InsyaAllah..



ini sahaja yang dapat saya kongsikan kali ini.. perkara-perkara ini merupakan apa yang sedang cuba saya usahakan.. semoga kita mampu berubah ke arah yang lebih baik dan menjadi mukmin terbilang.. aamin~

No comments:

Post a Comment