Monday 13 August 2012

Menjaga Dan Mendidik Hati


Dengan nama Allah Tuhan sekalian Alam...


“HATI”..besar maknanya..bukan sekadar seketul daging merah yang mendiami jasad seorang manusia..besar maknanya sebuah hati.. hati melambangkan peribadi dan pekerti.. namun, bukan mudah kita untuk menebak apa makna sebenar hati atau bagaimana keadaan hati seseorang itu dengan sekadar melihat luaran sahaja.. mungkin zahirnya kelihatan brutal dan rock.. tetapi dalam hatinya ada taman-taman syurga.. mungkin juga seseorang itu kelihatan indah pada luaran, namun hatinya pula sebaliknya..entah..saya sendiri sukar meneka bagaimana keadaannya hati seseorang.. tetapi saya lebih memilih untuk bersangka yang baik-baik sahaja, bukankah itu lebih elok?

Menjaga dan mendidik hati.. apa keperluannya?kenapa tidak kita biarkan begitu sahaja.. tidak.. jawapan saya muktamad.. tidak! Hati yang kosong umpama rumah yang ditinggalkan tanpa penghuni.. walaupun binaannya kukuh namun lama kelamaan rumah tersebut akan usang dimamah anai-anai.. dan bila sampai saatnya, robohlah rumah itu menyembah bumi.. begitu lah juga dengan hati manusia.. jangan dibiarkan hati begitu sahaja.. jangan tinggalkan hati kita sendirian tanpa diisi dengan curahan-curahan keindahan menjadi seorang muslim..



Bagaimana menjaga dan mendidik hati..? menjaga hati, dari sudut pandangan saya ialah melindungi atau memelihara hati daripada sebarang unsur-unsur yang mampu membawa kepada rosaknya hati..yang membawa kepada busuknya hati.. kata orang menjaga anak perempuan lebih susah daripada menjaga sekandang lembu.. ini benar.. dan saya ingin menambah, menjaga hati lebih sukar daripada menjaga sekandang unta.. oleh itu, soal hati merupakan landasan yang paling penting sebelum kita melangkah menjadi insan yang terbilang di sisi Ilahi.. mananakala mendidik hati, suka saya fahamkan sebagai satu usaha atau cara atau langkah untuk meningkatkan kualiti hati ke tahap yang lebih tinggi.. insyaAllah.. kesempurnaan itu tidak mungkin kita gapai.. malahan mustahil pula.. yang sempurna hanyalah Maha Pencipta sekalian alam.. namun, kita sebagai hambanya hendaklah selalu berusaha untuk menjadi lebih baik daripada sebelum-sebelum ini..dan sekecil-kecil langkah namun merupakan senjata yang paling penting dalam sesebuah kehidupan yang bermakna bermula dari keindahan dan kecemerlangan hati.. 

Apa yang perlu kita buat untuk menjaga dan mendidik hati..? di sini, saya akan suarakan beberapa pendapat saya melalui pengalaman dan keinginan saya sendiri.. maksudnya, apa yang sedang saya usahakan untuk menjaga dan mendidik hati..InsyaAllah..

Niat murni Lillahi Taala

Sebagai orang Islam, kita semua tahu.. segala perbuatan dan amalan kita bermula dari niat.. tapi jangan pula kita lupa, niat tidak menghalalkan cara.. perlakuan yang jahat dan keji tidak akan menjadi halal dengan niat yang baik.. dan dari mana pula lahirnya niat..? niat itu lahir dan terbit dari hati.. hati yang mulia, melahirkan niat yang mulia.. dan sebaliknya.. oleh itu, niat yang paling mulia adalah niat kerana Allah.. niatkan dalam hati segala apa yang kita buat hanya untuk Allah.. walau kedengaran mudah tetapi secara praktikal ianya sangat susah.. saya sendiri kadangkala lupa, oh tidak, bukan kadangkala.. mungkin selalu lupa untuk meniatkan semua perkara kerana Allah.. oleh itu, saya akan mulakannya sekarang.. sebagai manusia yang penuh dengan kecuaian dan kelalaian tidak salah kiranya saya katakan bahawa setiap perbuatan kita mempunyai kepelbagaian niat selain khusus untuk Allah sahaja.. ada sesetengah individu yang melakukan sesuatu kebaikan hanya untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia lainnya.. ada yang melakukan kebaikan kerana mahukan balasan yang setimpal.. tidak kurang juga yang mahukan pujian dari orang ramai..

baiklah, daripada memberikan contoh berkenaan orang lain yang bakal menyinggung hati mereka, molek kiranya supaya saya memberikan contoh tentang diri dan pengalaman saya sendiri.. dengan ini saya mampu membaiki kekurangan saya secara tidak langsung.. seperti saya, dan saya rasa semua orang lain juga begini.. melakukan kebaikan untuk mendapatkan pahala dan supaya dapat memasuki syurga, mengelak dari masuk neraka.. niatnya kelihatan sungguh luhur dan mulia bukan..? tetapi, andai syurga dan neraka itu tidak wujud, adakah kita akan melakukan segala suruhan Allah dan meninggalkan larangannya..? ketika diajukan soalan ini, saya tersentak dan otak mula giat berfikir, apakan jawapan yang paling tepat untuk soalan ini..saya biarkan kamu semua menjawab soalan ini kerana sehingga sekarang saya sendiri masih belum menemukan jawapan.. tetapi, apa yang saya akan mulakan dan akan lakukan mulai saat ini adalah meniatkan segala perkara dan perbuatan kerana Allah.. jom join saya..!



Kemanisan ikhlas

Terpaksa.. itulah yang selalu saya rasa ketika melakukan perkara-perkara tertentu.. walhal solat sekalipun ada ketikanya saya terpaksa memaksa diri.. astagfirullah.. saya akui rasa terpaksa sebenarnya sangat menyeksa.. ada ketikanya, saya tertanya pada diri.. kenapa tak tukarkan saja keterpaksaan itu kepada sebuah keikhlasan.. bukankah itu lebih manis..? sepatutnya, kita melakukan segala perbuatan dengan hati yang ikhlas kerana keikhlasan akan membuatkan kita lebih tenang.. apatah lagi bila berkaitan dengan soal ibadah dan pengabdiaan diri kepada Allah.. ketenangan yang akan kita dapat melakui keikhlasan hati sukar digambarkan dalam bentuk kata-kata dan rantaian ayat-ayat.. ianya hanya dapat dirasai oleh mereka yang benar-benar ikhlas dalam ibadahnya.. insyaAllah.. oleh itu, marilah kita cuba sedaya upaya menjadikan keikhlasan salah satu daripada keutamaan kita dalam melakukan apa sahaja.. semoga dengan keikhlasan hati kita, Allah SWT akan melebarkan sayap keredhaanNya buat kita semua.. aamin~



No comments:

Post a Comment