Sunday 3 March 2013

~ Syria, sejauhmana kita peduli? ~

Assalamualaikum...

hari ni saya nak kongsi kan beberapa keping gambar mengenai pergolakan yang sedang berlaku kepada saudara-saudara kita di Syria.. gambar-gambar ni saya ambil dari blog  Syria Care : Pertubuhan Penyayang Islam membantu Syria.. saya ambil gambar dan captionnya sekali..semua gambar sangat menyayat hati.. terfikir pula saya apakah yang sedang kita lakuakan ketika saudara mara kita ini berada di ambang maut.. pedulikah kita kepada mereka sebenarnya..? jika ya, bagaimana caranya kita pedulikan mereka? sudahkah kita titipkan warkah doa kepada yang Esa untuk mereka setiap kali selepas solat..? sudahkah kita merayu belas ihsan Tuhan untuk membantu mereka..? wallahua'lam.. sama-sama kita muhasabah diri dengan melihat semua gambar ini.. in shaa Allah ~


Tiga mawar suci masih belum dipetik dari Taman 'Damsyik'..
Laknatullah mereka yang dengan kejam membunuh mawar suci ini..



Mujahideen (Jubhat al Nusrah = Penggempur bahagian depan)
meraikan kejayaan mereka diatas sebuah helikopter selepas mereka berjaya menawan sebuah lapangan terbang..



Inilah sebab kenapa Syria digelar dengan nama Rumah Sembelihan Ahlul Sunnah oleh Kufar Alawites dan Syiah!!


Adik ini masih dapat tersenyum indah meskipun mainannya adalah hasil daripada sisa-sisa perang. MasyaAllah.
Hidup perlu diteruskan, dan pasti akan diteruskan. Semuanya bergantung dengan bagaimana kamu melihat masalah itu dan menanganinya. Allahuakbar!



"Sesungguhnya aku hanyalah mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah ....


Di medan juang kau umpama SINGA di rimba! Di dalam hati rupanya ada mesin jahit! 
Inilah hebatnya perwira-perwira FSA yang serba berkebolehan. Mereka sedang menyediakan lembaran untuk mengelak dari penembak tepat syiah. Semoga Allah mengurniakan Syurga Firdaus kepada para Mujahideen. Amin amin amin. 



Ibu itu tidak meminta anaknya kembali ke pangluannya, ibu itu pergi sendiri ke medan perang berjumpa dgn anaknya....
Dan menyokong kegiatan jihad anaknya dengan berdoa bersungguh sungguh..
Tidak hairanlah syurga di bawah tapak kaki ibu....
Oh ibu sesungguhnya ibu teramat istimewa! ♥
Semoga Allah kembalikan anakmu dengan selamat dan berjaya menumpaskan Assad..... Aminn.....



Kenapa perlu gentar lakukan jihad fi sabil Allah?
Walaupun Jihad menentang Kafir Syiah?
Allah adalah pelindung yang Maha Kuasa, dia yang menentukan jangka hayat kita.
Jika maut datang, ia pasti datang tanpa dapat dihalang oleh sesiapa pun, jika sebaliknya, kita akan hidup tak kira apa halangan.
Lihatlah Mujahid ini, bertempur menentang kafir Syiah. Allah melindunginya dari ditembusi peluru.
Semoga Allah melindungi saudara seagama kita di Syria dan Palestin. Amin..






50 mayat ditemui di Damsyik, setengah dari mayat ini terdapat kesan penderaan, orang tempatan tidak dapat mengenalpasti mayat-mayat ini kerana terdapat kecacatan yang teruk pada mayat serta sekurang-kurangnya 30 daripada mayat-mayat ini tidak berkepala. (Jober/Damsyik) bandar Sunni..






Detik-detik terakhir keberanian seorang Videografer “Mustaffa” berdepan dengan muncung penembak kereta kebal sebelum dia ditembak mati. Begitulah betapa peritnya jalan-jalan yang dilalui mereka untuk menyalurkan kebenaran kepada dunia tentang apa yang sedang berlaku di sana. 
Kini yang telah sampai kepada anda pada hari ini adalah dari keperitan mereka bersabung nyawa menyalurkan berita dari celah-celah runtuhan bangunan sebelum diluncurkan ke internet melalui talian satelit. Kadang-kadang yang tertinggal hanyalah kamera bersama memori tanpa pemiliknya yang sudah pun dijemput Syahid..






Putraku sayang...
Ayah akan bertempur untukmu, untuk kebebasan dan masa depanmu.

Ayah akan memerangi ketakutanmu dan akan segera bebas (insyaAllah)

Ayah akan meraih bintang-bintang untukmu, untuk menerangi saat gelap malam kita.

Jika ayah mati, kau akan menjadi matahari Syahid, kau akan membangun sebuah kejayaan umat kita.

Putraku sayang...
Jangan takut pada bom dan peluru, kau adalah sebuah gunung berapi bagi mereka.

-Abu Ammar dengan anaknya.
-Semoga Allah melindungi mereka..






Keluarga Syahid Husam Zakaria Muhammad dari perkampungan Sunni Al-Rakka tidak dapat membayar wang untuk mendapatkan jenazahnya dan akhirnya dibakar oleh jeneral Syiah.
Lelaki di dalam telefon menerangkan secara terperinci bagaimana jeneral Syiah mencuri jenazah Syuhada dan rakyat yang telah meninggal untuk dijual dengan harga yang tinggi pada keluarga mereka. Bukan semua keluarga boleh membayarnya kerana berada dalam peperangan.
Ini adalah cara terbaru jeneral Syiah untuk menghina Sunnah dan merampas pendapatan mereka. Selepas berita menggemparkan bila pihak berkuasa Bashar Assad membenarkan mencuri barangan di rumah Mujahideen sebagai gaji mereka dan juga membenarkan tentera mereka menculik perempuan untuk menekan keluarga lelaki mereka untuk menyerah diri kepada Syiah, kini mereka menculik orang mati pula.
Apa yang terjadi pada Sunni di Syria tidak pernah berlaku di tangan Kristian di Chechnya atau di oleh Serbs di Sbernechia..


Semoga Allah selamatkan Sunni di Syria..






Apa yang tidak kena dengan gambar ini ?
Adakah ini situasi umat Islam sekarang ??!
Musuh Islam saban hari bekerja keras menghapuskan dan memusnahkan Islam. Kita bagaimana? Alpa? Leka? Atau pura-pura tidak mengerti?
Di Malaysia, kanak-kanak diajar menari dan menyanyi tanpa pengisian rohani. Di Syria, kanak-kanak dibunuh tanpa ihsan!






Walaupun Beliau kehilangan matanya, semangat juangnya masih tinggi sehinggakan Beliau bersumpah tidak akan pernah sesekali meletakkan senjata selagi Syria tidak bebas dari kezaliman Basyar.

General Khalid Al Tawil / Homs.

{Wahai Nabi, perangsangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu dua puluh yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh yang kafir itu) dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang yang tidak mengerti. (65)} Al-Anfal.

Sumpah (Kasam):
Dengan nama Allah Yang Maha Kuasa, kami berjanji akan selamatkan, memelihara, dan menjaga kehormatan dan maruah negara kami, Syria. Kami akan melindungi orang awam tak kira perbezaan kepercayaan dan agama. Kami bersumpah akan berkorban demi membebaskan Syria , demi maruah orang Syria, dan kebebasan Syria. InsyaAllah..






Di pondok kecil di pantai ombak
Berbuih putih beralun-alun

Disuatu hari ayah berkata
Jaga adik mu ayahkan pergi jauh
Ku pandang wajah ayah dahinya ku cium
Air mata mengalir hatiku pilu

Diam-diamlah sayang jangan menangis 
Doakan ayah semoga diterima
Diam adik ku sayang jangan menangis
Andai ayah gugur doakan dia syahid

Selamat berjuangan ayah tercinta
Kau pergi dulu ayah ke medan juang
Ku iringi doa moga berjaya
Beroleh kemenangan demi agama Islam

Wahai abang ku kemana 
Ayah ku sayang ayah ku cinta ayah 2x

Duhai adik ku sayang jangan bersedih 
Ayah mu pergi menyambut seruan Ilahi
Tapi ingatlah adik ku pesanan ayah
Berjuangan dan berkorban walau dimana jua

Pada Mu Tuhan aku bermohon 
Dosa ayah ku minta diampunkan
Berilah rahmat bantulah dia 
Untuk menegakkan agama Islam..






Ini bukan pendekar bujang lapok ataupun laksamana Doremi, ini lah pejuang kebanggan Ummah yang tidak akan lapok ditelan zaman...merekalah MUJAHIDEEN ♥






Peranan wanita dalam Jihad tidak boleh dipandang rendah.....

Ini ialah Um Fares, anaknya merupakan pejuang barisan hadapan menentang Bashar the Syiah 'Bastard' di Liwa Umar Al Faroq. 

Dia kehilangan rumahnya di Homs-Baba Amru, tapi dia tidak menyerah kalah lagi....Dia mengabadikan dirinya dengan membantu mereka yang tercedera di hospital-hospital di Damsyik, Jober.

Inilah wanita hebat yang layak mendapat segala bentuk penghormatan.
Inilah 'tangan-tangan yang diperbuat dari emas', semoga ALLAH s.w.t melindungi engkau...






Owh DUNIA! ... Masuk telinga kanan keluar telinga kiri dan mulutmu terus terkunci membisu..



Ya Allah..
sedih sayu melihat gambar-gambar ini..

hati sakit bagai disiat-siat..

inginku marah pada diri sendiri..

apa saja yang aku lakukan untuk mereka?

Allahu ya Allah..



Ya Allah..

aku ini lemah..

tak mampu ku ke sana membantu mereka..

tetapi redhalah padaku Ya Allah..

kerana aku tak pernah melupakan..

walau aku tak berada di sana..



Ya Allah..

dalam kesayuan hati, aku memohon..

Kau selamatkalah saudara-saudara ku di sana..

pada yang masih hidup, jagakan keselamatan mereka..

pada yang sudah Kau jemput..
redhailah mereka..
bawalah mereka dalam lembayung syurgaMu..
sesungguhnya mereka adalah golongan yang terseksa..
akibat perbuatan manusia durjana..

Ya Allah..
sungguh aku tiada apa-apa untuk membantu mereka..
melainkan doa dari kejauhan..
dan bisikkan khabar rindu kepada mereka..
katakan aku turut bersimpatai di atas musibah yang menimpa..

Ya Allah..
tiupkan angin kekuatanMu kepada setiap mereka..
jangan Kau biarkan mereka berputus asa..
Ya Allahu YA Allah..
redhailah kami umat Islam seluruh pelusuk alam..
~ aamiin Ya Allah ~










No comments:

Post a Comment