Sunday 2 September 2012

~warkah buat bakal zaujan~


assalamualaikum.. dengan penuh cinta kepada Ilahi..



hari ini.. saya mahu berkongsi tentang.. sebuah warkah yang saya tuliskan.. entah bila jari jemari saya menaip warkah ini pun tidak saya sedari.. tetapi baru hari ini saya berani kongsikan kepada semua.. mungkin ada yang berkata.. alahai.. muda lagi kot..tak payah fikir sangat soal nikah.. oh tidak.. saya manusia biasa yang mempunyai fitrah semulajadi yang ingin meiliki dan dimiliki.. memang tak dapat dinafikan saya milik Allah sejak azali lagi.. namun, ini merupakan bisikan hati saya kepada bakal zaujan yang tidaklah saya tahu siapa gerangannya.. dan segalanya saya serahkan pada Allah.. andai saya mengenalinya dan tahu siapa dia, inilah yang saya mahu katakan kepadanya..... 



zaujanku.. 

Adakah kau juga sepertiku.. kadangkala tertanya siapa pemilik cinta selepas Allah dan rasul..
terfikir bila Allah akan ketemukanku dengan mu..
membayangkan bagaimana cara kita bertemu..
memang takdir dan jodoh itu milik Allah..
tetapi kadangkala.. naluri membisik mahu merisik khabar tentangmu..

zaujanku..

Walau aku x tahu siapa gerangannya dirimu.. bagaimanakah wajahmu..
Aku tahu dirimu setia kepadaku dgn tidak memberi cintamu kepada yang belum layak untuk mu..
Begitu juga aku.. aku akan berusaha menjaga cinta ini untukmu.. tanpamu bergelar suami belum layak untuk ku mencintai selain cinta selayaknya pada Ilahi..

Zaujanku..

Tidak aku minta kau semulia ulama.. tidak ku harap kau sealim bak seorang ustaz..
Yang ku mahu kau carilah Allah dan Rasul, sebelum kau menjemputku menemani hidupmu..
Aku pinta, carilah ilmu agama semampumu..
Supaya kau boleh menjadi imam dalam solat-solat ku..
Supaya kau mampu menjadi buku panduan ketika aku penuh persoalan..
Supaya engkau menjadi kamusku ketika aku perlukan pengertian..
dan supaya kau mampu membimbingku ke jalan redhaNya..

Zaujanku..

Jangan mencintaiku kerana diriku.. atau sebab-sebab tertentu..
Kerana aku akan berubah.. aku juga akan mati meninggalkanmu..
Cintailah aku kerana Allah.. kerana bila aku berubah Allah tetap sama..
Dan bila aku mati, Allah tetap ada.. dengan ini aku semakin percaya cintamu luar biasa dan mampu ku junjung hingga ke syurga..

Zaujanku..

Jangan memujaku..
Pujalah Dia Penciptaku..
Jangan memuji ku..
Pujilah Dia pemilik nyawaku..

Zaujanku..

Jangan melamar ku menjadi kekasihmu..
Lamaran ini akan merosakkan cintaku pada yang Aula..
Tetapi..
Suntinglah aku menjadi zaujahmu..
Supaya kita halal dan tidak berkalung noda..

 zaujanku..
aku tak sempurna kerana aku sederhana..
wajahku tak secantik dara dambaan setiap teruna..
akhlak ku belum cukup baik..
diriku pula masih punya banyak kekurangan..

tetapi.....

aku sedang pesiapkan diriku menjadi zaujahmu yang solehah..
supaya tanggungjawabmu padaku kelak menjadi lebih mudah..
dan sama-samalah kita mengejar cinta Allah tanpa lelah..

zaujanku.. 

bersamamu..
aku mahu membina keluarga sakinah bertunjangkan akar islamiah..
menjadikan mahligai kita kelak sebagai markas pengkalan tentera..
melahirkan pejuang-pejuang yang tak takut mati kerana agama..
yang akan bertebaran di muka bumi menyebarkan syiar Islam..

zaujanku..

aku mahu kau tahu..
aku mengharapkan cinta  yang berpaksikan keberkatan dari Allah..
dan kekal sehingga ke Jannah..
insyaAllah..


yang benar.......
bakal zaujahmu....


No comments:

Post a Comment