Tuesday 1 January 2013

~ cikgu Jannah, part 2 ~

gambar mesti nak cantik kan.. wee >_<

assalamualaikum.. alhamdulillah hari hujan.. segala tumbuhan disiram dengan penuh cinta oleh Allah.. tumbuhlah segar duhai flora.. ok, mak pulak belum balik dari hantar aideed masuk tadika.. ntah-ntah mak masuk kelas sekali, duk sebelah aideed.. haha.. aideed dari kecik memang manja sangat dengan mak.. tak pernah berenggang.. tak sabar nak tunggu mak balik ni.. excited and geli hati nak tahu cerita tentang aideed.. macam mana lah adik kecintaan semua tu hari ni ye.. hari pertama sekolah.. hari pertama terpaksa berpisah dengan mak buat sementara waktu.. huff.. seram pula nak membayangkan lebih-lebih..

pintu masuk SMAI.. hummmm.. T_T

oklah.. ni sebenarnya nak sambung cerita malam tadi yang bertajuk pengalamanku menjadi guru praktikal.. (lahai tajuk... =.='') malam tadi last kat part perhimpunan kan, lepas jek perhimpunan kami semua guru praktikal terkial-kial masuk pejabat balik.. muka memang suci dari debu belaka.. masuk pejabat, terkebil-kebil bagai.. pengetua minta kami semua tunggu beliau kat library buat sementara waktu.. nanti beliau datang jumpa kami untuk bincang-bincang apa yang patut.. baik tuan, kami menurut perintah..
.
.
.
beberpa jam kemudian, pengetua pun masuklah library.. then pong pang pong pang.. beliau bagi sedikit taklimat.. lepas tu, kami diberitahu yang guru praktikal lelaki akan duduk di bilik guru lelaki.. sudah tentulah.. dan kami guru-guru praktikal perempuan akan duduk di........................... LIBRARY.... untuk sepanjang tempoh berpraktikal.. hal ini demikian kerana, bilik guru perempuan yang ada tak muat untuk menempatkan kami berenam guru praktikal perempuan.. ok takpe takpe.. tiada masalah.. kami faham.. sekolah ni under kerajaan negeri.. so peruntukan takdelah macam sekolah bawah kerajaan ye dak.. tak mengapa.. kami bersyukur apa adanya.. ok ape kat library.. selesa ada aircond banyak buku dekat ngan kantin.. best-best.. alhamdulillah..  cuma yang kurang tu, kami tak dapat lah nak bersama dengan lebih rapat dengan guru-guru  perempuan tetap yang ada kat sekolah tu.. duduk jauh kan.. jarang-jarang dapat jumpa.. masing-masing bz.. 

ini lah library SMAI.. Ya Allah.. rindunya........

kami juga diberitahu yang minggu pertama ni kami tak payah masuk kelas lagi untuk mengajar sebab jadual belum disusun lagi.. kami hanya akan dipanggil untuk menggantikan kelas bila ketiadaan cikgu sahaja.. wow.. ganti kelas? itu bermakna, saya akan dipanggil masuk ke mana-mana kelas sahajalah nanti, bila tiada cikgu.. seram sejuk.. tapi tak apa.. tak ada masalah kot.. bese je bese je.. (cis kau..)

maka berlalulah minggu pertama di SMAI.. pengalaman ganti kelas memang manis.. hehe.. saya dah mula nak kenal telatah dan gelagat pelajar-pelajar kat sekolah ni.. macam-macam ada.. biasanya, budak-budak yang masih naif dan muda.. bila ada cikgu baru memang excited nak kenal.. cikgu cantik pulak tu.. haha.. bukan saya tapi kawan-kawan praktikal yang lain.. semua cantik tau.. heee.. macam-macam soalan diorang tanya.. soalan paling kerap ditanya.. '' cikgu dah kahwin? dah ada tunang? pakwe? si dia ehem-ehem? cakkk aaa!!..'' hehe.. and saya.. just.... blup blup blup.. heeeee... mereka semua memang comel sangat dan baik-baik belaka.. haihhhh.. rindunya!
.
.
.
masuk minggu kedua, kami telah diberi jadual semua kelas pelajar SMAI.. dan kami telah diminta untuk menyusun dan memilih kelas sendiri.. bagi saya dan kawan saya (Janah) yang mengajar subjek sejarah.. kami hanya diberi kelas teingkatan 2 dan 4.. nak tahu macam mana kami buat untuk pilih kelas..? hehe.. ni perkara  yang selalu saya dan kawan-kawan buat bila berada dalam situasi harus memilih.. kami tak akan pilih.. tapi kami akan undi.. tulis nama kelas dalam kertas.. gulung gulung gulung.. get ready.. goncang goncang goncang.. and lammmbunggg!! pastu masing-masing kutip kertas mana yang dikehendaki.. huhu.. mudah kan..?

saya pun ambil la 5 kertas daripada 10 kertas tersebut.. saya buka kertas satu-satu.. ok.. 2 IBNU ABBAS.. 2 IBNU KHALDUN.. 2 IBNU MAJAH.. 4 AL-FARABI 2.. DAN 4 AL-KHAWARIZMI.. are u guys ready to rock??? yeahhhh.. hehe.. tak sabar pula nak masuk kelas.. walaupun jantung vibrate tak henti henti.. nebes weh.. >_<
.
.
.


ini pengalaman saya pada minggu-minggu awal memulakan tugas saya sebagai guru praktikal.. banyak lagi sebenarnya.. dan ianya lebih indah dari apa yang saya tulis.. yelah.. tak retilah pulak nak tulis best-best macam novel.. hehe.. nak tahu tak macam mana cikgu Jannah mengajar dalam kelas..? nanti saya cerita.. seronoknya jadi cikgu..! ok.. uhibbukum fillah.. wassalam ~
















No comments:

Post a Comment