Thursday 3 January 2013

~ jika aku diuji ~

jika aku diuji dengan kekayaan ..
janganlah sampai aku lupa pada yang susah..
biarlah rezeki yang melimpah ku curah pada jalan Allah..

jika aku diuji dengan kemiskinan..
biar aku tabah hadapi segala kemungkinan..
dan terus berusaha agar tak lari dari landasan..

jika aku diuji dengan kecantikan..
semoga cantik itu hanya untuk yang halal bagiku..
bukan untuk mata-mata yang tak menentu..

jika aku diuji dengan kejelekan..
jangan sampai aku marahkan Tuhan..
dan bersyukur dengan segala yang Dia anugerahkan..

jika aku di uji dengan kelapangan..
betapa aku mahu mengisinya dengan segala kebaikan..
agar Allah memberiku keredhaan..

jika aku diuji dengan kesibukan..
jangan aku lupa segala tuntutan..
yang akan mengheret ke arah kebinasaan..

jika aku diuji dengan puji-pujian..
akan ku titip kepada Ilahi..
supaya tidak memakan diri..

jika aku diuji dengan umpat keji manusia..
akan aku maafkan mereka..
dan berdoa semoga diberikan hidayah dariNya..

jika aku diuji.. dengan kesusahan atau kesenangan..
biarlah segala ujian mendekatkan aku dengan Tuhan..
agar aku tak tersesat dari jalan..
mencapai redhaNya yang menjadi impian..

~ Nurul Jannah ~




No comments:

Post a Comment