Wednesday 2 January 2013

~ jangan sedih, Allah kan ada ~


assalamualaikum.. salam cinta kerana Allah.. hidup ini tak luput dari ujian kan.. dan kebanyakan ujian datang melalui sesama manusia.. kutukan kejian tohmahan hasad dengki fitnah umpatan dan banyak lagilah.. mulut manusia.. sampai bila-bila pun tak dapat kita nak tutup.. hati manusia.. sampai mati pun tak dapat kita nak puaskan.. semua ini kerana.....


kalau semua manusia itu sempurna pun saya rasa masih ramai yang tak berpuas hati.. oleh sebab itulah, segala kesempurnaan itu hanya milik Allah.. hak mutlak Allah.. sedangkan kita hanya manusia biasa.. takkan pernah luput dari ujian dan segala pandangan negatif dari manusia lain.. seperti saya juga.. kadangkala tersandar dengan perkataan dan sikap manusia.. walau tidak sehebat mana ujian untuk saya, namun ia cukup membuatkan hati saya sedih dan terluka.. walau kesedihan kadang kala memamah hati, saya tak boleh menolak hakikat ketidaksempurnaan makhluk yang bernama insan.. dan saya harus belajar menerima dengan hati yang terbuka..


dalam proses perubahan dari diri saya yang dahulu kepada diri saya sekarang, sehingga saat, saya masih menerima ujian-ujian kecil dari Allah.. ada antaranya adalah pandangan negatif manusia kepada saya.. saya pernah dikatakan hipokrit.. dikatakan kurang ini kurang itu.. bla bla bla.. Allahurabbi.. memang merenggut hati.. menyentap saluran darah.. menghentikan denyut-denyut nadi.. (macam over jek.. ^^) tapi tak mengapa.. saya faham.. saya baru saja bermula.. perjalanan saya masih jauh.. mungkin banyak lagi ujian yang bakal saya lalui.. namun saya takkan pernah berhenti.. dan saya amat yakin, Dia bersama saya..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Dia bersama saya.. saya akan terus kuat..

ALLAHUAKBAR !












No comments:

Post a Comment