Wednesday 16 January 2013

~ wanita mahal ~


aku ingin sekali menjadi wanita mahal..
yang menurut segala perintah Tuhan..
dan meninggalkan semua larangan..

aku ingin sekali menjadi wanita mahal..
yang hanya melakukan segala-galanya hanya kerana Dia..
ya, Dia..

aku ingin sekali menjadi wanita mahal..
taat perintah ibubapa selagi tak bertentangan dengan agamaku..
dan mencintai kedua mereka hingga ke syurga kembali bertemu..

aku ingin sekali menjadi wanita mahal..
yang tidak menghabiskan masa dengan sia-sia..
melainkan segala yang mendatangkan redhaNya..

aku ingin sekali menjadi wanita mahal..
yang tidak lokek memberi sedekah..
walau hanya senyuman dari bibir yang merekah..

aku ingin sekali menjadi wanita mahal..
yang tidak dipandang mahupun memandang..
kerana aku tahu pandangan itu lebih tajam dari pedang..

aku ingin sekali menjadi wanita mahal..
yang selalu berdampingan dengan Al-Quran..
dan akan menjadi teman sepanjang jalan..

aku ingin sekali menjadi wanita mahal..
yang selalu melatih diri dengan berpuasa..
supaya segala nikmatNya tidak aku dusta..

aku ingin sekali menjadi wanita mahal..
yang tak henti-henti memuji Ilahi dengan zikir..
supaya aku tidak menjadi manusia yang fakir..


aku ingin sekali menjadi wanita mahal.. 
yang tak akan melayan lelaki yang tak tentu pasal..
kecualilah kalau ada hal..

aku ingin sekali menjadi wanita mahal..
yang tak lemah dengan segala kata-kata manusia..
malah menjadikan aku lebih perkasa menghadapi hari muka..

aku ingin sekali menjadi wanita mahal..
yang selalu ada rasa syukur..
tanpa perlu menjadi manusia yang kufur..

aku ingin sekali menjadi wanita mahal..
yang menghabiskan seluruh nyawaku dengan perkara yang penuh bermakna..
supaya aku tak malu bertemu denganNya..

~ aamiin.. In Shaa Allah.. Biiznillah ~

~ Nurul Jannah ~

No comments:

Post a Comment