Wednesday 13 February 2013

~ celaru ~

Assalamualaikum..

masa terasa berlalu begitu pantas sedangkan kehidupan seakan begitu sukar berputar seperti roda yang berbentuk segi empat sama, tidak lagi bulat seperti biasa.. benak kian memprotes kerana terlalu sesak dengan banyak perkara.. lebih kepada perkara fana.. tetapi tidak mungkin sama sekali aku sisihkan Tuhanku.. kerana aku tahu betapa indahnya tawakal..

banyak perkara yang perlu diselesaikan dalam masa yang tak pernah tahu makna sabar.. masa tak mahu menunggu walau sedetik dan mustahil untuk menoleh, tidak sama sekali ingin bersimpati.. jadi apa yang harus dilakukan adalah mempercepatkan rancangan dan juga tindakan.. walau tak banyak boleh dibuat tetapi sekurang-kurangnya ada juga perkembangan..

berkenaan dengan diri yang masih bergelut dengan emosi dan situasi baru, memandangkan masih dalam usaha untuk istiqamah dalam penghijrahan.. tertanya pada diri, betulkah apa yang aku buat ni..? tidakkah aku berlebihan.. bertubi-tubi persoalan terbit menerjah dari minda sendiri, maka dengan itu jawapannya hanya ada pada empunya diri.. sendiri mau ingat.. lebih kurang begitulah..

syukur masih ramai yang menyokong setiap langkah yang diambil.. masih ada yang menegur supaya tidak terpesong daripada tujuan dan matlamat sebenar.. walaupun mungkin kadang-kadang banyak pula ujian yang mendatang, tetap cuba ditepis dengan iman yang masih senipis kulit bawang.. Allah, semoga Kau tambahkan iman dalam diri ini.. 

No comments:

Post a Comment