Wednesday 27 February 2013

~ teristimewa buatmu sahabat ~


sahabatku Rose..
warkah ini ku tulis khas buatmu..
insan teristimewa pilihan Tuhan..
lembut hatimu mengakui kebenaran..
walau terpaksa menghadapi banyak ujian..

sahabatku Rose..
aku manusia biasa yang tak punya apa-apa..
tetapi dengan izin Allah aku akan berusaha..
membantu dirimu sedaya upaya..
disamping membaiki diriku juga..
agar kau juga rasa apa yang ku rasa..

sahabatku Rose..
mari ku ceritakan betapa indahnya agama ini..
melalui bisikan hatiku sendiri..
betapa kemanisannya tak terperi..
bila seluruh jiwa untukNya terpatri..

sahabatku Rose..
benar, Islam itu indah..
kerana setiap ketika Allah ada bersama..
di saat suka mahupun duka..
pada malam dan siang juga..
tak pernah Dia tak ada..

sahabatku Rose..
benar, Islam itu indah..
bila jiwa dipupuk dengan sifat mulia..
bukan hanya dengan sesama Islam sahaja..
malah dengan yang belum Islam pun hubungan di jaga..

sahabatku Rose..
benar, Islam itu indah..
hadirnya bening menyelinap jiwa yang mencinta..
memenuhi ruang hati yang dulunya kosong tak bererti..
sungguh, kau akan menemui damai bersamanya nanti..

sahabatku Rose..
benar, Islam itu indah..
lihat saja dimana ia meletakkan kedudukan wanita..
tak lain tak bukan, di tempat yang sangat mulia..
wanita Islam dijaga dan dilindungi dengan syariah yang ampuh..
sehingga debu-debu jalanan pun tak bisa menyentuh..

sahabatku Rose..
benar, Islam itu indah..
bila solat terlaksana dengan penuh penyerahan..
taktala bibir mendendangkan lagu al-Quran..
tak lupa berzikir penuh tumpuan..
terasa diri semakin dekat dengan Tuhan..
nikmatnya sukar nak digambarkan..

sahabatku Rose..
tiada kata yang mampu ku ungkapkan..
yang setanding dengan kesempurnaan Islam..
hanya jiwa yang mencari erti sebuah kehidupan sebenar akan menemui jawapan..

sahabatku Rose..
berilah peluang pada dirimu..
untuk merasai betapa kudusnya kalimah syahadah..

sahabatku Rose..
berilah ruang buat dirimu..
untuk mengenali dan mengagumi dia.. kekasih Allah, Muhammad Rasulullah..

sahabatku Rose..
izinkan dirimu..
mengecap damai dari buaian kalimah-kalimah Allah..

sahabatku Rose..
betapa engkau insan istimewa..
terdetik hatimu mahu mengenal agama ini..
semoga kau diberikan hidayah oleh Allah..
sungguh, kami menyambutmu dengan hati yang terbuka..
bahkan seluruh alam turut merasa gembira..
andai suatu hati nanti kau menjadi sebahagian dari kami semua..

sahabatku Rose..
semoga kita dapat bersua..
dan berkongsi segala rasa yang ada..
tentang Dia dan agama disisiNya..
dan semoga di pertemuan pertama..
kita sudah mencintai Tuhan yang sama..

sahabatku Rose..
tidak ku pandai menyusun kata..
apa yang lahir dari hati ku tuliskan saja..
yang ku harap setiap bait ayatku tak buat hatimu terluka..
andai ada.. maafku pinta..
.
.
.
~ teristimewa buat sahabat saya Rozaine Rose.. pada yang sudi membaca, doakan supaya dibukakan pintu hidayah oleh Allah untuknya.. dan semoga segala usahanya dipermudahkan.. aamiin ~





No comments:

Post a Comment