Thursday 20 September 2012

~ manusia seperti aku ~


assalamualaikum.. kali ini saya ingin berkongsi coretan rahsia hati yang sangat bermakna buat diri saya.. mungkin penulisannya tidak seindah Fatimah Syarha mahupun Oki Setiana Dewi.. namun cukup untuk menggambarkan apa yang terisi di dalam sebuah hati ~



manusia seperti aku..

pernah suatu ketika terlalu asyik menjulang dunia..
hingga suruhan Allah seringkali aku lupa..
tetapi aku semakin sedar bahwa semuanya tak bermakna..
jika cinta padaNya tidak sempurna..

manusia seperti aku..

kadangala menjadi keliru dan  buntu..
tak tahu arah mana nak tuju..
sehingga seluruh jasad dan akal menjadi beku..
lalu ku putuskan untuk mengadu..
kepada pemilik nyawaku..
sesungguhnya Dia tak pernah jemu..
mendengar rintihan dan pujuk rayu..



manusia seperti aku...

selalu melakukan khilaf yang dikesali..
maka selalu juga aku pesan pada diri..
jangan buat lagi..
jangan buat lagi..
dan tanpa aku sedari..
kesalahan yang sama telah aku lakukan berulang kali..
namun, aku kuatkan diri..
dengan meminta kepada Ilahi..
kerana Dia Maha Memaaf, Maha Mengampuni..



manusia seperti aku..

selalu lemas dalam pencarian..
berenang dalam gelora nafsu dunia yang tak berkesudahan..
entah apa yang aku mahukan..
aku sendiri tak dapat nak pastikan..
namun... bila aku tersentak dari lamunan...
aku mula sedar dunia ini bukan gelanggang permainan...
kerana dunia adalah landasan..
yang menghubungkan kita kepada hari pembalasan..


manusia seperti aku..

sangat ingin melukis pelangi..
dengan pilihan warnaku sendiri..
walau warnanya mungkin tak seindah yang ku impi..
semoga berseri juga suatu hari nanti..
ini rayuanku pada Ilahi..

manusia seperti aku..

ada ketikanya merasa sangat sepi..
seolah-olah tiada siapa di sisi..
yang sudi menemani..
dan mahu mendengar lara hati..
namun apa yang wajib aku yakini..
Allah sentiasa ada di sisi..
tak pernah tinggal aku walau sekali..



manusia seperti aku..

mula bersungguh-sungguh mencari diri..
yang telah lama hilang bersembunyi..
di sebalik keindahan duniawi..
namun aku terus cari dan mencari..
hingga akhirnya kini...
aku menemui diri sendiri..
dengan mengenal siapa Ilahi.......
dan semoga perjalanan aku menuju pelukanNya diredhai..



alhamdulillah.. akhirnya aku temui keindahan dan ketenangan yang aku cari.. 
semoga apa yang aku kecapi kini akan kekal sehingga syurga hakiki.. aamiin ya Rabb ~




1 comment:

  1. aamiinn..istiqamahlah dalam pencarianmu..mungkin kau telah temui..tapi percayalah ia belom lagi sempurna..cari dan teruslah mencari..

    ReplyDelete