Thursday 6 September 2012

.. Tudung saji berlubang ..


Assalamualaikum.. dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. berbekalkan redhaMu yang Aula..


kali ini.. tergerak hati saya untuk berkongsi tentang, tudung saji yang berlubang.. ma makna tudung saji berlubang..? adakah saya nak berkongsi ttg jenis-jenis tudung saji dan perkara yang menyebabkannya berlubang? Oh tidak.. itu hanya ayat imaginasi yang saya gunakan untuk menggambarkan seorang wanita yang tidak menutup auratnya dengan sempurna mengikut syariat sebenar agama Islam.. ianya seperti tudung saji yang berlubang pada pandangan saya.. tidak sempurna.. tidak menyenangkan malah merunsingkan.. dengan lubang-lubang itu, mudahlah bagi serangga-serangga untuk menghinggap dan merosakkan makanan yang tersimpan.. sama juga dengan wanita.. tanpa menutup aurat dengan sempurna maka mudahlah mata-mata tidak bertanggungjawab menjamah keindahan tubuhmu.. kerana bagi saya, maruah itu bukan sahaja diragut melalui sentuhan atau apabila sudah berlakunya zina, malah maruah sudah tercalar dan rosak melalui pandangan. kali ini dengan senang hati saya mahu berkongsi beberapa kesilapan wanita dalam menutup aurat nya.. kesilapan yang pernah saya lakukan.. tetapi telah saya tinggalkan.. Alhamdulillah, syukran Allah.. Antara kesilapan-kesilapan tersebut adalah : 

Menjadi mayat sebelum masanya

Ramai wanita yang menganggap mereka telah menutup aurat apabila mereka memakai baju kurung, baju t lengan panjang seluar panjang dan bertudung.. adakah menutup aurat seringan itu.. betul.. menutup aurat adalah ringan.. namun ringannya bersyarat dan bersyariat.. jika kita kata kita sudah menutup seluruh badan tetapi dengan keadaan yang ketat seketat ketat..sehingga menampakkan segala lekuk tubuh, adakah itu menutup aurat dengan sempurna dan mengikut syariat..? kelihatannya kita mahu menjadi mayat sebelum tiba waktunya.. bukan begitu? Hanya mayat sahaja yang diikat ketat dgn menggunakan kain kafan.. jika belum waktunya mengapa kita sibuk mahu menjadi mayat.. ya.. kita digalakkan untuk mengingati mati supaya tidak buta hati tetapi bukan itu caranya.. dulu saya juga begitu.. bila di tegur si ibu, pandai pula saya menjawab " alaaa mak.. xpela.. ketat sikit je ni.. tp labuh kan ni... ok dah ni mak..." mmmmm.. begitu senang saya mempermainkan soal hukum agama.. entah apa yang saya banggakan pun saya tak tahu.. bukan saya menyebut masa lalu seolah-olah saya mengagung-agungkannya tetapi untuk pengajaran saya sendiri..dan seperti saya katakan selalu.. suka kiranya saya memberikan contoh tentang diri sendiri..dengan ini.. saya tidak akan menyinggung mana-mana hati. InsyaAllah..

ini bukan..bukan..bukan menutup aurat!!

lihat.. hanya mayat yang diikat dengan ketat.. jika kita bukan mayat tak payahlah pakai ketat-ketat.. ^_^


kini Alhamdulillah.. saya hanya memilih untuk mengenakan jubah sahaja.. saya begitu senang dengannya.. tetapi kita juga perlu berhati-hati dalam pemilihan jubah.. kerana di pasaran terdapat pelbagai jenis jubah daripada pelbagai jenis fabrik.. ada fabrik yang betul-betul akan mengikut bentuk badan.. fabrik ini dinamakan "lycra''.. pemakaian jubah dr jenis fabrik ini dan juga dari jenis-jenis fabrik yang tidak bersesuaian akan mencemarkan kesucian dan keindahan jubah itu sendiri.. jika nak pakai jubah pakai lah jubah yang lebih besar dan longgar.. seperti saya, saiz sebenar baju yang betul-betul untuk saya adalah 38.. tetapi saya akan memilih saiz yang lebih besar seperti 42 dan 44 semasa saya membeli jubah.. dengan memakai pakaian yang longgar selain tidak menampakkan lekuk tubuh badan, kamu akan merasa selesa dan bebas untuk bergerak.. manakala ganjaran yang lebih besar daripada itu adalah mendapat keredhaan Allah.. InsyaAllah...

wahai wanita.. jangan jadi begini.. T.T

pakailah begini wahai wanitaku sayang.. longgar, indah, penyejuk hati..

lesung batu di kepala

lesung batu di kepala..? apakah? bagaimanakah..? logikkah..? ok.. mari sy terangkan satu per satu.. di bawah ini adalah lesung batu.. semua tahu kan..



dan tgk.. ini adalah kepada.. tq baby tolong tunjukkan.. ok.. siapa yang takde kepala? hehe..


maka.. bilamana lesung batu tersebut, berada di atas kepala.. ia kan jadi begini.........


apa yang saya perhatikan trend lesung batu  (imaginasi saya yang begitu tinggi) atau orang ramai sebutkan sebagai sanggul tinggi di kepala sudah menjadi kewajipan setiap wanita yang bertudung.. mengapakah..? cantik sangatkah begitu? sehingga pemakaian tudung seakan tidak lengkap jika tidak meletakkan lesung batu di kepala.. mengapa begini..? dahulu saya juga membuat sanggul tinggi di kepala.. namun setelah mengetahui hukum sebenar melakukan perkara ini, saya mula mengelak daripada melakukannnya lagi.. untuk apa saya lakukan perkara yang sudah saya ketahui sebagai satu kesalahan yang mendatangkan dosa.. saya bukan buta untuk menidakkan hukum-hukum yang saya baca.. saya juga bukan pekak untuk mengingkari ceramah agama yang berkata mengenainya.. OK.. dibawah ini sedikit info yang saya baca yang berbentuk hadis.. 


dan ini pula, pendapat dari dua orang ustaz yang terkemuka di negara kita..




Dengan nama Allah, izinkan saya memberikan sedikit pandangan.. baiklah, jika kita lihat pada maksud hadis di atas... "... Wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencederungkan orang lain kepadanya. Kepala-kepala mereka umpama bonggol-bonggol unta yang senget. Mereka ini tidak akan dapat memasuki syurga dan tidak akan mencium baunya di mana bau syurga dapat dicium dari jarak perjalanan sekian sekian jauh... ''

baik.. ini merupakan hadis Rasullullah.. apa yang telah disabdakan oleh junjungan besar kita.. apa lagi hak kita untuk menidakkannya..? apa lagi hujah kita untuk menafikannya.. sudah jelas, baginda mengatakan jika kepala kita seperti bonggol unta yakni lesung batu di kepala dalam imaginasi saya atau makna yang sebenar sanggul yang tinggi maka tidaklah kita akan memasuki syurga malah bau syurga pun tidak mampu kita cium.. bagi pendapat Ustaz Nor Amin Sayani.. saya sangat bersetuju dengan apa yang diperkatakan olehnya.. tidak mengapa jika mahu bersanggul jika tidak menarik perhatian lebih-lebih lagi golongan ajnabi.. tetapi benarkah sanggul yang tinggi tidak menarik perhatian..? sedangkan saya sekalipon jika melihat wanita bersanggul tinggi akan menoleh berkali-kali.. apatah lagi lelaki ajnabi.. bukan saya katakan lelaki semuanya bermata keranjang.. tidak.. tetapi soal pandangan.. susah kita nak elakkan kecuali benar-benar beriman.. wallahualam.. 


     motif.....?

dalam hal sengaja atau tak sengaja.. ini sedikit menghairankan saya.. bagaimana pula tak sengaja bersanggul tinggi..? apa maknanya, tak sengaja bersanggul tinggi ?? kiranya beginilah saya.. " saya tak sengaja bersanggul tinggi.. rambut saya panjang sangatlah..." mmmmmm..  kenapa tak memilih tak sengaja bersanggul rendah..? alasan tak sengaja kerana rambut panjang seakan sukar untuk diterima.. semua wanita yang tidak bersanggul tinggi ketika bertudung itu adakah mereka berambut pendek? botak? atau bagaimana..? di mana mereka menyimpan rambut mereka tanpa perlu bersanggul tinggi? mungkin dalam situasi yang tertentu seperti dalam keadaan tergesa-gesa kerana berlaku kecemasan, seseorang wanita itu terlupa membetulkan sanggulnya yang tinggi ketika di rumah lalu terus menyarung tudung dan keluar, keadaan ini mungkin boleh diterima jika kita menggunakan alasan "tidak sengaja".. tetapi apabila sudah menyedarinya, tak salah jika diturunkan sanggul tersebut.. tepok kepala tanya akal.. tepok dada tanya hati.. ketahuilah.. Allah mengetahui segala.. apa yang ada di segenap hati kita, walau dapat kita sembunyikan dari manusia.. dari Allah, jangan haraplah.. malahan sekarang ada alat yang diletakkan di kepala untuk dijadikan sebagai sanggul.. adakah ini juga dikira tidak sengaja..? bagi saya.. berhentilah buat perkara yang kita tahu ianya mendatangkan dosa.. mengapa masih nak buat kalau dah tahu salah..? depan Allah nanti tak boleh nak cipta pelbagai alasan.. Dia Maha Mengetahui.. dan pada yang tak tahu.. bangun! pergilah cari tahu.. cari ilmu.. segala apa yang mahu dilakukan, semak hukumnya dahulu.. barulah hidup indah bersyariat.. wallahualam.. ini hanya pandangan saya hamba Allah yang hina.. tiada niat untuk menyinggung mana-mana hati.. sekadar secebis perkongsian.. dengan izinNya...

antara ikon terbaik dalam berpakaian.. InsyaAllah..





No comments:

Post a Comment