Wednesday 5 September 2012

.. hati hati dengan hati ..

assalamualaikum... dengan izinMu Ya Rabb...


saat ini.. mari sejenak.. kita bermuhasabah diri.. menilai di mana letaknya hati.. kerana hati nilai pekerti, cerminan diri.. adakah di hati kita memiliki perkara-perkara seperti ini ..........


jika ada.. ayuh kita tanya pada diri.. mengapa jadi begini.. di mana silapnya.. kita diutus menjadi khalifah.. bukan sebagai manusia lemah yang tertipu dengan nafsu sendiri.. jadi jom sama-sama ubah.. nyahkan semua perkara-perkara kotor ini dari hati.. istigfar.. Mohon keampunan kepadaNya.. kerana kita hidup bukan untuk menjadi manusia yang rugi tetapi menjadi hamba Allah yang baik serba serbi.. segalanya bermula dari seketul daging kecil yang bernama hati.....


duhai sang hati.. kehendakmu sukar dimengerti.. semoga dapat disucikan kembali semata-mata kerana Ilahi..<3



1 comment:

  1. Hati..
    kadang kala kau melampaui..
    kadang kala kau memamah diri..

    Hati..
    jadilah hati yang mndekatkn diri ini pada Ilahi..
    membawa ke JANNAH yg kekal abadi..

    ReplyDelete