Monday 3 September 2012

~ lelaki ~

assalamualaikum.. dengan izinNya...


dulu..
bila disebut lelaki..
wanitanya mendongak megah..
lelaki kami Asadullah, Saifullah..
tokoh ramai tak terkira..
kini..
bila disebut lelaki..
wanitanya menunduk lemah.. 
tokoh kami sedikit sekali..
ramainya, boneka Yahudi..

dulu..
bila disebut lelaki..
wanitanya tenang di hati..
lelaki kami menjaga, melindungi..
kini..
bila disebut lelaki..
wanitanya mahu cabut lari..
lelaki khianat, perogol bersiri..

dulu..
bila seorang wanita teraniaya..
sepasukan kuda putih membela..
Al-Mu'tasim kebanggan wanita..
kini..
ribuan wanita suci dipenjara..
Fatimah diperkosa minta dibela..
lelaki tunduk tidak bertenaga..


dulu..
bila wanita di bawah jagaannya..
lelaki memagari sehabis daya..
tiada siapa berani menggoda..
kini..
bila wanita di bawah jagaanya..
lelaki tak kisah auratnya dibuka..
wanitanya dibiar bebas, binasa..

dulu..
lelaki menggadai harta dan nyawa..
untuk mengangkat kemuliaan agama..
kini..
lelaki menggadai kesucian agama..
demi nafsu, dunia dan seisinya..

dulu..
lelaki bermatian mencipta sejarah..
kental berjihad, tekun berdakwah..
kini..
lelaki hanya menyanjungi sejarah..
diri bermalasan, tenaga tak dikerah..


dulu..
lelaki memperjuangkan deen dan ummah..
Al-Farouq, Zunurain mati terbunuh..
kini..
lelaki memperjuangkan diri dan kroninya..
hingga ada yang sanggup membunuh..

dulu..
lelaki bersatu menghadapi musuh..
angkatannya kuat dan teguh..
kini..
lelakinya berpuak dan berpecah..
sesama sendiri pun saling bertelingkah..

kembalilah lelakiku..
pada kelelakianmu..
kami rindukan lelaki dulu..
Acuan Madrasah Rasul yang ulung..


ya Allah yang Maha Mulia.. Penguasa sekalian alam.. berkati dan rahmatilah lelaki-lelaki kami.. jadikanlah mereka sebaik-baik lelaki.. Aamin Ya Rabb~



No comments:

Post a Comment