Tuesday 4 September 2012

~ hidup ini indah ~

Assalamualaikum.. syukur di panjatkan kepada yang Aula.. memberi izin kita hidup lagi di dunia ini.. syukur di atas kesempatan nyawa yang masih diberikan.. syukur di atas ruang waktu yang masih boleh digunakan.. hidup ini indah.. walau dunia bukan syurga...


terkadang diri di uji dengan pelbagai masalah yang datang melanda.. tetapi hidup tetap indah.. terkadang pula kita dihukum oleh pengadilan moral manusia yang entah hapa-hapa.. tetapi hidup tetap indah.. ada juga ketikanya kita leka dihambat gelodak gelora nafsu yang tidak pernah berkesudahan sehingga hampir tergelincir dari landasan.. penyelasan mencengkam jiwa, sakit terasa, gundah gulana.. tetapi tak mengapa.. kembalilah kepada Maha Pencipta.. ketika itu kau akan tahu indahnya dunia..


hati berbisik.. apa yang kau mahu dalam kehidupan...? sudah tentu... semua mahukan kebahagiaan.. bagaimana nak dapat kebahagiaan..? maka.. carilah ketenangan yang boleh digapai melalui penghargaan terhadap kehidupan yang dilalui.. rasa sentiasa bersyukur dijadikan peneman diri setiap saat.. jangan hasad pada yang tinggi.. jangan pula merendahkan yang kekurangan.. beri motivasi pada diri.. bila memandang yang lebih.. aku mahu seperti mereka.. tapi bila memandang yang bawah, aku bersyukur apa yang ada.. hidup ini indah.. bagi yang benar-benar tahu menghargai.. insyaAllah..


setiap insan mempunyai kebahagian yang berbeza.. bagi saya.. kebahagiaan yang menambahkan rasa indahnya kehidupan adalah bila mana.. saya dekat dengan Ilahi.. Pemilik Cinta Abadi.. yang dulunya kurang saya rasai.. kebahagiaan ini turut saya rasa melalui  rindu kasih kepada junjungan besar Rasulullah yang saya hantar menerusi hamparan salawat salam kepada Baginda serta cuba mengamalkan sunnah-sunnahnya semampu saya.. saya juga mempunyai sebab lain untuk merasa bahagia.. tidak mungkin saya menidakkan nikmat yang Allah kurniakan kepada saya.. keluarga yang bahagia.. bukanlah sempurna namun saya merasa senang dengan anugerahNya yang tidak ternilai ini.. Alhamdulillah.. syukran Ya Rabb.. selain itu, saya juga didampingi oleh ramai insan yang begitu istimewa.. yang hadir ketika saya suka mahupun duka.. sudi berkongsi rasa bersama-sama.. saudara mara.. sahabat handai juga saudara seislam seisinya.. terima kasih Allah.. menghadiahkan mereka kepada saya..sungguh.. saya bahagia.....


mendampingi Kalam Allah juga satu cara mencari bahagia yang tak berkesudahan.. InsyaAllah..


duhai kunang-kunang kecil.. cahayamu terang menyenangkan.. =)

 ini juga salah satu punca kebahagian saya.. yummmm.. terima kasih Allah atas nikmat ini!

lihat.. betapa banyak nikmat yang Allah berikan.. jadi, jangan menyesali kehidupan.. sebaliknya carilah kebahagian.. kebahagian mengikut cara mu sendiri selagi tidak menjauhkan kamu dariNya dan RasulNya.. memang ada duka yang menerpa.. tabahlah.. serah semua pada Allah melalui doa dan tawakal.. insyaAllah.. ada hikmahnya...


kebahagiaan seterusnya yang sedang saya usahakan.. semoga dipermudahkan.. aamin Ya Rabb..










2 comments:

  1. moga kunang itu kan twus berchya..hehe

    ReplyDelete
  2. rupanya 'kebahagiaan seterusnya yg diusahakan itu' = ana.
    moga mendapat keredhoan Allah. Amin..

    ReplyDelete