Wednesday 5 September 2012

.. zahirkan cintamu padaNya ..

assalamualaikum.. syukur atas nikmat nyawa yang masih dipinjamkan.. Alhamdulillah..


selama kita hidup... selama kita berjalan di bumi Allah ini.. selama kita menghirup udara dengan percuma.. selama kita mengecap nikmat yang tidak berkesudahan.. bagaimana pula kita.. menzahirkan cinta kepada Nya.. atau kita buat tak peduli sahaja... cinta manusia sibuk kita nak balas.. tetapi cinta Allah kita biarkan sepi begitu sahaja.. bila mencintai manusia.. kita mungkin akan terluka.. cinta kita juga mungkin bertepuk sebelah tangan.. tetapi jika kita cinta kepada Allah, maka Allah akan membalasnya dengan sejuta cinta.. memberikan limpahan kasih sayangNya kita tanpa kita sedar.. Ya Rabb.. Maha Suci Allah sekalian alam.. Ampunkan kami andai cinta kami tak sempurna untukMU...



wahai manusia seisi alam.. selama mana lagikah kita mahu terleka..? dan nikmat Allah yang manakah mahu kita dustakan..? sudah, sudah lah.. ayuh buktikan cinta pada Nya.. zahirkan cinta kepadaNya.. mari saya kongsikan beberapa perkara yang boleh kita lakukan sebagai penzahiran cinta kita pada yang Aula.. perkara-perkara ini, saya dapati daripada buku istimewa "BERCINTA KERANA ALLAH" hasil coretan Misbah Em Majidy.. insyaAllah.. sama-sama kita cuba lakukan.. sedikit demi sedikit... dan istiqamah.. mudah-mudahan..

1) membaca dan memahami Al-Quran.

2) memperbanyakkan amalam-amalan sunat.

3) sentiasa mengamalkan zikrullah.

4) mengutamakan cinta Allah berbanding cinta terhadap perkara-perkara lain.

5) menghidupkan hati dengan memahami nama-nama dan sifat-sifat Allah.

6) mengakui dan meyakini kebaikan serta keluhuran Allah SWT.

7) menjaga hati dari segala perasaan cinta selain cinta yang Aula serta mendidik hati agar tunduk di bawah    
    perintah dan suruhan Allah SWT.

8) mengasingkan diri untuk syahdu kepada Allah SWT. khalwat dan bangun malam.

9) bergaul dan bersahabat dengan para pencinta agama.

10 ) menjauhkan diri daripada perkara yang mematikan hati.



semoga kita semua diredhai Allah.. aamin.. <3

No comments:

Post a Comment