Friday 14 September 2012

.. sedarlah.. ia semakin dekat ..

assalamualaikum.. di pagi yang nyaman ini.. alhamdulillah.. masih dipinjamkan nyawa untuk berada di dunia..sambil menunggu mak pulang dari pasar..dan alhamdulillah sekali lagi.. mak balik dengan membawa buah kegemaran saya.. buah delima.. masyeh Allah.. masyeh mak.. ^_^.. ok.. saya  terbaca di satu blog tentang tanda-tanda yang menunjukkan hari kiamat sedang menghampiri kita.. suka atau tidak.. mahu atau tak mahu.. cepat atau lambat.. kiamat pasti akan datang.. sebagaimana firman Allah yang bermaksud..

'' Dan bahawa sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang.. tidak ada sebarang syak padanya.. dan bahawa sesungguhnya Allah akan membangkitkan (menghidupkan semula) orang-orang yang berada dalam kubur.." - surah Al- Haj, ayat 7.

Allah berfirman bahawa hari kiamat itu akan tiba.. mesti tiba.. wajib berlaku.. cuma.. tarikhnya.. bila akan berlaku.. itu di sembunyikan dari pengetahuan kita semua.. tetapi.. Allah turut menurunkan tanda-tanda yang menunjukkan ketibaan hari kiamat semakin dekat.. kenapa ye..? sudah tentulah supaya kita semua sentiasa sedar bahawa hidup di dunia ini tidak kekal.. yang kekal hanyalah kehidupan di akhirat sana.. jom.. mari sama-sama kita lihat apakah tanda-tanda yang menunjukkan hari kiamat semakin menghampiri kita.. dengan izinNya.....

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).
2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.
3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.
5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.
6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.
11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.
13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.
15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,
16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.
17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.
18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.
21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).
22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah

lihat.. pada pandangan saya.. kesemua tanda itu telah wujud ketika ini.. ya Allah.. kenapa kita masih tak sedar-sedar juga.. kenapa..? Allah menyayangi kita.. dengan menurunkan tanda-tanda ini.. tetapi kita buat tak peduli.. mata kita, kita butakan dari memandang kebaikan.. telinga kita, kita pekakkan dari mendengar kebenaran.. akal kita yang sihat pula.. dibiarkan lumpuh tanpa pengisian tentang ilmu Allah.. saya tak menuding jari kepada mana-mana pihak.. tetapi bagi saya.. semua masih ada masa untuk berubah.. dan semuanya layak.. tiada hak kita sebagai manusia untuk mengatakan sesiapa tak layak untuk kembali kepada Allah.. oleh itu.. marilah kita sama-sama ubah diri kita.. tak mengapa.. perlahan-perlahan tetapi tetaplah istiqamah.. berubah bukan takut pada hari kiamat.. bukan takut masuk neraka dan juga bukan kerana nak masuk syurga.. tetapi semata-mata kerana Allah.. ayuhlah.. jangan buang masa lagi.. Allah sedang tunggu kita datang ke pelukan redhaNYA..... insyaAllah~

No comments:

Post a Comment